Rabu, 15 Oktober 2014

Buat kuey teow sendiri

KUEY TEOW

Bahan-Bahan:
350g tepung gandum
250g tepung beras
100 ml air
2 biji putih telur
6 sudu makan minyak masak
Sedikit garam

Cara-cara Membuat: Masukkan tepung gandum, tepung beras, air dan putih telur ke dalam mangkuk. Masukkan minyak dan garam. Uli sehingga sebati dan doh menjadi kental. Gunakan mesin pembuat mi dan gelekkan hingga menjadi kepingan kueh teow. Didihkan air dalam periuk dan campurkan dengan sedikit minyak. Celur seketika kueh teow dan toskan.

Khamis, 2 Oktober 2014

SAMBAL TOMATO

Sambal Tomato

BAHAN:
5 buah tomato masak diiris kecil-kecil
10 biji cili merah
5 biji cili padi
3 siung bawang merah
3 siung bawang putih
2 buah kemiri..buah keras
Garam secukupnya
Gula merah secukupnya
50 ml santan
Sedikit minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT SAMBAL TOMAT 2:
Goreng cili, bawang merah, bawang putih dan kemiri sampai layu. Tumis rempah2 tadi lalu rnasukkan tomato ke dalam sisa minyak dan gorenglah sampai tomato menjadi hancurSambil menunggu tomato hancur, haluskan bumbu yang digoreng dengan ditambah garam dan gula merah. Setelah tomato hancur masukkan bumbu yang dihaluskan lalu tuangkan santan.Aduk-aduk sambal tadi sampai santan berkurang dan mengental.