Khamis, 11 Ogos 2016

CENDOL

Jom kita tengok resepi cendol. Kalau ada sahabat yang punya tip dan pernah buat cendol kita kongsi di komen yea..kita ceriakan bahagian komen, tapi jangan kutuk orang baru yang bertanya...kesian kat dia beri jawapan yang betul. Sharing Is Caring.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
- 125gm tepung beras (1 cawan).
-  20gm tepung Hoen Kwe.
-  50gm tepung ubi/kanji.
-  200ml air pandan (2 cawan).
-  3/4 sdm. Air Kapur.
-  1 sudu kecil garam.
-  secubit pewarna hijau.

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Untuk mendapatkan Air Pandan,Potong 4-5 daun pandan kira 2 inci. dan masukkan 2 dan 1/2 cawan air dalam mesin pengisar(Blender). Masukkan pewarna dan kisar sehingga halus. Tapis airnya dan sediakan dua cawan untuk adunan.

2. Ambil sebuah bekas masukkan tepung beras, tepung Hoen Kwe, tepung ubi, garam dan air pandan, adun rata dan masukkan air kapur dan kacau rata.

3. Masukkan dalam periok dan panaskan dengan api yang sederhana..sentiasa kacau  adunan. Bila adunan mula pekat kecilkan api dapur. Kacau sehingga adunan menjadi kilat dan mula mendidih berlopak. Matikan api dapur. Walau api dapur dimatikan kita perlukan adunan itu sentiasa panas untuk tidak menjadi keras sebelum cendol dibentuk melalui acuan muruku. Dengan sebab ini kita perlu sediakan sebuah bekas yang menampung sekurang-kurangnya 500ml air panas dan bekas adunan yang digunakan masak. Bila adunan telah dikeluarkan dari dapur letak bekas itu di atas bekas yang mengandungi air panas..sebenarnya kita panaskan double bottom.

4. Dalam pada itu siapkan sebuah bekas air yang mengandungi air ais.

5. Ambil bekas buat muruku (atau alat pelenyek ubi kentang), masukkan adunan dan mula kenakan tekanan adunan itu jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air ais. Panjang cendol yang baik ada 1 inci lebih. Jangan pendek sangat. Bekas muruku yang terbaik buatan dari kayu atau plastik. Jenis yang diperbuat dari logam ..akan panas dan sukar untuk anda memutarnya.

6. Buat sampai adunan habis. Air yang cendol berada itu jangan buang kerana ia mengandungi air kapur boleh melambatkan cendol basi dan juga santan semasa bancuh cendol.
7. Simpan di peti sejuk sehingga anda ingin gunakan buat air cendol, cendol ABC atau pun agar-agar cendol yang lazat. selamat mencuba. Air gula dan santan mamak haji terangkan selepas ini.

LAKSAM KELANTAN

Resepi laksam (12 gulung)
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
sedikit garam
4  3/4 cawan air suam
3 sudu besar minyak masak

campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar

*  panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang
    disapu dengan minyak masak
*  masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn
    nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..
*angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk..
* guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..
*kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis..

kuah laksam 6 orang makan

3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je  ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
2 biji bwang sederhana besar
2 ulas bawang putih..
sedikit je halia
1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
sedikit belacan
1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
garam , gula
2 keping asam gelugur

*  ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan
*  bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar
    bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya
    senang kisaran..
*  masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan
    ikan 
*  kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
*  masak hingga mendidih..dgn api sederhana

ulaman
kacang panjang
timun
tauge
kobis - semuanya dihiris halus..

belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam

sambal lada
sedikit belacan
lada merah
cili api merah
garam sikit  _semuanya kisar/tumbuk halus

Isnin, 1 Ogos 2016

Periuk noxxa...

Periuk serba guna yg sgt berpatutan harganya...tak pandai masak bukannya alasan. Beli sebiji pi belajar asas2 kegunaannya. Pasti dlm sekelip mata anda pandai memasak..
Anda berminat??
Hubungi saya wasup 0192515536.

*[ HARGA ADALAH AMANAH ]*

Pernah jumpa orang jual periuk noxxa harga

RM800
RM700
RM600
Pernah smpai 1 ribu lebih pun ada
Dan mcm2 harga

Mungkin ada yang pernah kan? Jangan risau, anda tak salah. Yang salah adalah penjual tersebut yang tidak mematuhi HARGA TETAP oleh Amway iaitu

RM657.20 untuk harga ahli
RM788.95 bagi yg bukan ahli

Tidak patuh bermaksud tidak amanah. Mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak Amway.

Peringatan Allah dalam ayat ini boleh kita renung-renungkan:

*" Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu " (an-Nisaa': 29)*