Selasa, 24 Julai 2018

Asam tumis ikan siakap

Itu hari buat asam pedas ikan siakap khas untuk kelas kawan-kawan yang join misi kemanusiaan, hihi. Alang-alang mereka datang ke office, bolehlah masak sikit.

Senang ja kawan-kawan. Campak-campak, siap! Haha. Ok jom.

Asam Pedas Ikan Siakap.

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan siakap.
5 sudu besar pes asam jawa.
10 biji cili merah *
10 biji cili api merah *
2 senduk cili kering kisar *
3 inci kunyit hidup *
1/2 inci halia *
3 biji bawang merah *
1 sudu besar halba.
2 cekak daun kesum.
3 kuntum bunga kantan.
10 biji bendi.
Sedikit air.
Garam dan gula.

Cara-caranya tengok dalam gambar ya.

#ResipiKHM

Khamis, 19 Julai 2018

KUIH SERABAI KUAH DOYAN

Resepi Kuih Serabai dan Kuah Durian

bahan2
2 cawan tpg beras
3/4 cawan nasi sejuk
1 sudu kecik yis
1/2 cawan santan
1  cawan air
1/2 cawan air suam
2 sudu besar gula
sedikit garam

caranya
1.  yis, gula dan sedikit air suam dicampur dlm 1 bekas biarkan selama 5 mnit utk
     memastikan yis aktif...
2. kisar nasi sejuk dengan 1  cawan air tadi..dah hancur nasi tu
    masukkan garam,tepung beras , santan,dan bancuhan yis tadi  kacau
    sebati ..
3. Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup
4.  Panaskan acuan kuih serabai atau dlm pan kecik ke atau dlm acuan kuih
    bakar..sapu dgn sedikit minyak dlm acuan tersebut...dah betul2 panas acuan tu
    masukkan adunan dlm acuan... sederhanakan api dapur dan tutup acuan
...agak2 dah kering permukaan atas tu menandakan ia dah masak...cungkil guna
   bende tajam tuk kluarkan kuih dr acuan

utk kuah durian
1 keping gula melaka
2 mgkuk santan sederhana pekat
durian 2@3 ulas
gula jika perlu
daun pandan disimpul
sedikit garam
1 sudu tpg gandum*
sedikit air *

* gandum dan air bancuh terlebih dahulu

caranya
gula melaka dan sedikit air ..dimasak dahulu kemudian ditapis tuk membuang bendasing

masukkan santan, durian, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula tadi.. masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau.. jika kurang manis tambah la gula dan  masukkan campuran gandum tadi tuk memekatkan kuah ..kacau sentiasa dan sehingga masak...

Selasa, 17 Julai 2018

Asam pedas tetel

Resepi Asam pedas daging tetel

Bahan2
1 kg daging tetel
15@20 tangkai cili kering*
Bwg merah kecik 4 biji *
Bwg putih 5 ulas*
Halia 1 inci*
Lengkuas 1 inci *
Kunyit hidup 1 inci *
Belacan 1 inci *
1 sudu kecil lada hitam *
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*
1 mangkuk air asam jawa
Gula melaka(sy guna sikit jer, x suka manis sgt)
Garam secukupnya
Daun limau purut (buang tulang tengah)
3 btg serai ketuk

Caranya
-rendam dlm air panas cili kering, jintan & lada hitam
-kisar bahan2 bertanda * sehingga halus
-panaskan minyak tumis bahan2 yg di kisar td smp garing
-masukkan daging tetel.. masak smp keluar air daging td
-masukkan air asam jawa, serai yg diketuk n daun limau purut
-rasakan dgn garam n gula melaka.. masak smp daging empuk
-blh jgk kalau nak rebus daging tetel dulu, air rebusan jgn dibuang blh masukkan dlm kuah nt
Selamat Mencuba!

kredit: zaimah zakaria
Video : Ig @mori_said