Jumaat, 5 Jun 2015

Kole kacang

KOLEH KACANG-

 loyang 10x10x2 inciSumber: Kelas Chef Asma

BAHAN2(A)

400gram gula merah

100gram gula halus

300ml air

1 helai daun pandan

BAHAN(B)

300gram tepung kacang hijau

1tsp garam

400ml santan pekat

1300ml air

Cara2:

1. Masak bahan2 (A) sehingga mendidih hingga gula hancur, tapiskan menjadi 500ml ( jgn sampai air gula pekat)2. Satukan bahan (B), kacau hingga sebati tapiskan dalam kuali.3. Masukkna bahan (A) ke dalam bancuhan (B), kacau diatas api sederhana besar sehingga pekat dan tak melekat di periuk.jgn terlebih pekat sgt nanti jadi kuih plastik(Masukkan 1 ½ tbsp minyak supaya berkilat)4. Bila masak tuang kedalam loyang yang telah dilapik kertas & disapu marjerin.5. Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.

TAHI MINYAK & CARA2NYA

300ml santan pekat + 1/8tsp garam(dimasak dengan api perlahan hingga menjadi tahi minyak & warna kekuningan, tapis supaya tahi minyak tidak hitam & tabur di atas kertas).*minyaknya jangan dibuang, guna 11/2 tbsp masuk ke dalam adunan supaya berkilat **Yatie masak adunan kuih koleh kacang selama 40 minit guna api sederhana je. Sentiasalah di kacau supaya adunan tak bergentel Bila dah siap, tutupkan api dan tuangkan dlm loyang yg telah di gris dngn minyak/marjerin. Taburkan tahi minyak ketika masih panas lagi.