Selasa, 8 Mac 2016

WANITA HEBAT

��WANITA HEBAT��

�� Wanita hebat bukan karena dia cantik
�� Wanita hebat bukan karena dia kaya
�� Wanita hebat bukan karena dia pintar
�� Dan bukan pula karena disampingnya ada lelaki kacak dan kaya
    
Tapi wanita hebat adalah :
�� Wanita yang mampu terus berdiri  menyelesaikan masalahnya
�� Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sumber kekuatan
�� Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
�� Bersabar saat tertekan
�� Tersenyum saat hati menangis
�� Diam saat terhina
�� Mempesona karena memaafkan
�� Mampu membalut luka hati dengan sabar
�� Mampu memadam amarah dengan istighfar
�� Mampu menghapus dendam dengan maaf.

��Slmt Hari Wanita��

KAIFIYYAH SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

KAIFIYYAH SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Sukacita dimaklumkan bahawa Fenomena Gerhana Matahari Separa dijangka akan berlaku pada hari Rabu bersamaan 9 Mac 2016 bermula jam 7:24 pagi hingga 9:31 pagi dan menjadi sunnah yang dituntut untuk mendirikan Solat Sunat Gerhana Matahari pada waktu tersebut. Sehubungan dengan itu, adalah digalakkan kepada semua Solat Sunat Gerhana Matahari. Kaifiyyah pelaksanaan solat adalah seperti berikut :

KAIFIYYAH SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku' dan 4 sujud, seperti berikut :

RAKAAT PERTAMA

Lafaz niat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى

Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7.Sujud dan seterusnya seperti  solat biasa

RAKAAT KEDUA

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7. Sujud
8. Tahiyyat Akhir

Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.
Y
http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/ilmu-falak/927-gerhana-matahari