Isnin, 25 Februari 2019

DONUT GEBUS LINA

Assalamualaikum...hari ni nak share resepi donut yang gebu..lembut dan sedap ..insyaallah...semoga ia memberi manfaat pada sahabat2 semua...

resepi donut gebu
250 gram tepung gandum
sebiji kentang yang telah direbus dan dilenyek
1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
2 sudu besar susu tepung apa2 jenama
70-100 ml air ais (dulu guna air suam) tp sbb nak cuba teknik baru
1 1/2 sudu besar shortening/marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 3/4 sudu kecil yis mauripan

** jika takde susu tepung boleh gantikan dgn susu pekat 1 sudu besar

*doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...

Caranya : saya guna mixer

1. Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunankemudian masukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta last skali shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik ye, Uli selama 20 minit

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. saya letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh..

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat....selamat mencuba... # tips nak gebu lagi..masukkan shortening 1 sudu makan dlm minyak panas tu insyaallah gebu..ni tips dari kawan saya juga #maaf lupa namanya..

#tips yang uli tangan
masukkan bahan2 kering dahulu ...kacau bagi sebati..masukkan telor yang dipukul terlebih dahulu dlm bekas lain yang dicampur dengan garam..
kacau guna tangan biar sebati...kemudian taruk air sikit2 ye sehingga doh tak melekat dan lembut ditangan ..kemudian baru taruk marjerin tau shortening...uli sehingga sebati...dlm 30 minit..kalu letih just uli dlm 20 minit dan 10 minit terakhir tu taruk dlm plastik ramas2kan dlm plastik..ni pun tips nak gebu kan doh
cara saya kalu malas nak guna mixer...saya guna tangan masa nak perap doh tu saya taruk dlm plastik yang agak besar dan tutupkan biar ada ruang2 sbb nanti doh nak mengembang...tarukla mana2 tmpat yang dirasakan ada hawa2 panas..dlm oven ke,,,kat luar ke...kat dlm dryer ke mana2 la...
siap nanti tumbuk doh tu ...n bolehla bentukkan...

tips saya bentukkan doh

saya bulatkan doh tu comel2 25gm boleh 30 gm pun boleh taruk atas dulang yang dah ditabur gandum..
dlm 5 minit tu baru saya leper kan sikit doh bulat tu dan buat lubang tengah2...biarkan dlm 20-30 minit sehingga doh naik ....tutup ngan kain atau plastik...
tips tuk frozenkan
saya bakar dulu donat tu dlm 6 minit..suhu 170 bergantung suhu oven msing2..tujuan nak matikan yis ...dah sejuk masuk dlm plastik ..seal n taruk dlm freezer...nak makan kluarkan biarkan suhu bilik dlm 10-15 minit baru goreng dlm minyak panas tp kawal api ye

#tips jika doh donat nak di bentukkan pagi esok..kira malam ni buat dah tak tahan mata ngantuk tahap gaban

bolehla simpan lebihan baki doh tu dlm freezer ..pastikan tutup rapat2 ye samada dlm tupperware atau plastik...esoknya kluarkan dr freezer biarkan doh tu jadi lembut dan boleh diuli

tak pun kluarkan dr freezer taruk atas periuk/bekas yang dlmnya ada air panas...supaya boleh lembutkan doh tu n uli kejap dan bentukkan

takkk pun masukkan kejap dlm oven suhu dlm 30 darjah...atau 40 darjah...masuk kejap dah agak2 lembut kluarkan n bolehla di bentukkan

Selasa, 12 Februari 2019

100 PERINTAH ALLAH YG TERCATIT DALAM ALQURAN

100 PERINTAH ALLAH PADA MANUSIA YANG TERCATAT DI DALAM QURAN

*1. Jangan berkata kasar.*
(QS 3 – Ali Imran : 159)

*2. Tahanlah marah.*
(QS 3 – Ali Imran : 134)

*3. Berbaiklah kepada orang lain.*
(QS 4 – An Nisaa’ : 36)

*4. Jangan sombong dan bongkak.*
(QS 7 – Al A’raaf : 13)

*5. Maafkanlah kesalahan orang lain.*
(QS 7 – Al A’raaf : 199)

*6. Berbicaralah dengan nada halus dan bersopan.*
(QS 20 – Thaahaa : 44)

*7. Rendahkanlah suaramu.*
(QS 31 - Luqman : 19)

*8. Jangan mengejek orang lain.*
(QS 49 – Al Hujuraat : 11)

*9. Berbaktilah pada orang tua (ibu bapa).*
(QS 17 – Al Israa’ : 23)

*10. Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua ( ibu bapa).*
(QS 17 – Al Israa’ : 23)

*11. Jangan memasuki bilik peribadi ibu bapa tanpa izin.*
(QS 24 – An Nuur : 58)

*12. Catatlah hutang-hutangmu.*
(QS 2 – Al Baqarah : 282)

*13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta.*
(QS 2 – Al Baqarah : 170)

*14. Berikanlah lanjutan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesempitan.*
(QS 2 – Al Baqarah : 280)

*15. Jangan makan riba’/membungakan wang*
(QS 2 – Al Baqarah : l

*16. Jangan melakukan rasuah)*
(QS 2 – Al Baqarah : 188)

*17. Jangan ingkar atau melanggar janji*
(QS 2 – Al Baqarah : 177)

*18. Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu*
(QS 2 – Al Baqarah : 283)

*19. Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan*
(QS 2 – Al Baqarah : 42)

*20. Berlakulah adil terhadap semua orang*
(QS 4 – An Nisaa’ : 58)

*21. Tegakkanlah keadilan dengan tegas*
(QS 4 – An Nisaa’ : 135)

*22. Harta yang meninggal harus dibagikan kepada anggota keluarga*
(QS 4 – An Nisaa’ : 7)

*23. Wanita memiliki hak waris*
(QS 4 – An Nisaa’ : 7)

*24. Jangan memakan harta anak yatim*
(QS 4 – An Nisaa’ : 10)

*25. Lindungi anak yatim*
(QS 2 – Al Baqarah : 220)

*26. Jangan memboroskan harta dengan sewenang-wenangnya*
(QS 4 – An Nisaa’ : 29)

*27. Damaikanlah orang yang berselisih*
(QS 49 – Al Hujuraat : 9)

*28. Hindari perasangka buruk*
(QS 49 – Al Hujuraat : 12)

*29. Jangan memfitnah orang*
(QS 2 – Al Baqarah : 283)

*30. Jangan memfitnah orang*
(QS 49 – Al Hujuraat : 12)

*31. Gunakan harta untuk kegiatan sosial*(QS 57 – Al Hadid : 7)

*32. Biasakan memberi makan orang miskin*
(QS 107 – Al Maa’uun : 3)

*33. Bantulah orang fakir yang berada di jalan Allah*
(QS 2 – Al Baqarah : 273)

*34. Jangan menghabiskan wang untuk bermegah-megah*
(QS 17 – Al Israa’ : 29)

*35. Jangan menyebut-nyebut tentang sedekahmu*
(QS 2 – Al Baqarah : 264)

*36. Hormatilah tetamu anda*
(QS 51 – Adz Dzaariyaat : 26)

*37. Perintahkan kebajikan setelah kita melakukannya sendiri*
(QS 2 – Al Baqarah : 44)

*38. Jangan berbuat kerosakan di muka bumi*
(QS 2 – Al Baqarah : 60)

*39. Jangan menghalangi orang datang ke masjid*
(QS 2 – Al Baqarah : 114)

*40. Perangilah mereka yang memerangi mu*
(QS 2 – Al Baqarah : 190)

*41. Jagalah etika perang*
(QS 2 – Al Baqarah : 191)

*42. Jangan lari dari peperangan*
(QS 8 – Al Anfaal : 15)

*43. Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam)*
(QS 2 – Al Baqarah : 256)

*44. Berimanlah kepada para Nabi*
(QS 2 – Al Baqarah : 285)

*45. Jangan melakukan hubungan jenis di saat haid*
(QS 2 – Al Baqarah : 222)

*46. Susuilah anak-anakmu selama dua tahun penuh*
(QS 2 – Al Baqarah : 233)

*47. Jauhilah hubungan jenis di luar nikah*
(QS 17 – Al Israa’ : 32)

*48. Pilihlah pemimpin dari meritnya. Pilihlah pemimpin berdasarkan ilmu dan jasanya*
(QS 2 – Al Baqarah : 247)

*49. Jangan membebani orang di luar kesanggupannya*
(QS 2 – Al Baqarah : 286)

*50. Jangan mahu dipecah belah*
(QS 3 – Ali Imran : 103)

*51. Renungkanlah keajaiban dan penciptaan alam semesta ini*
(QS 3 – Ali Imran 3 :191)

*52. Lelaki mahupun wanita mendapat balasan yang sama sesuai perbuatannya*
(QS 3 – Ali Imran : 195)

*53. Jangan menikahi mereka yang sedarah denganmu*
(QS 4 – An Nisaa’ : 23)

*54. Keluarga harus di-imami oleh seorang lelaki*
(QS 4 – An Nisaa’ : 34)

*55. Jangan kedekut*
(QS 4 – An Nisaa’ : 37)

*56. Jangan iri hati*
(QS 4 – An Nisaa’ : 54)

*57. Jangan saling membunuh*
(QS 4 – An Nisaa’ : 92)

*58. Jangan membela ketidakjujuran atau kebohongan*
(QS 4 – An Nisaa’ : 105)

*59. Jangan bekerja-sama dalam dosa dan kekerasan*
(QS 5 – Al Maa-idah : 2)

*60. Bekerja samalah dalam kebenaran*
(QS 5 – Al Maa-idah : 2)

*61. Majoriti bukanlah merupakan kriteria kebenaran*
(QS 6 – Al An’aam : 116)

*62. Berlaku adil*
(QS 5 – Al Maa-idah:8)

*63. Berikan hukuman untuk setiap kejahatan*
(QS 5 – Al Maa-idah : 38)

*64. Berjuanglah melawan perbuatan dosa dan melanggar hukum*
(QS 5 – Al Maa-idah : 63)

*65. Dilarang memakan binatang mati, darah dan daging babi*
(QS 5 – Al Maa-idah : 3)

*66. Hindari minum racun dan alkohol*
(QS 5 – Al Maa-idah : 90)

*67. Jangan berjudi*
(QS 5 – Al Maa-idah : 90)

*68. Jangan menghina keyakinan atau agama orang lain*
(QS 6 – Al An’aam : 108)

*69. Jangan mengurangi timbangan untuk menipu*
(QS 6 – Al An’aam : 152)

*70. Makan dan minumlah secukupnya*
(QS 7 – Al A’raaf : 31)

*71. Kenakanlah pakaian yang bagus di saat solat*
(QS 7 – Al A’raaf : 31)

*72. Lindungi dan bantulah mereka yang meminta perlindungan*
(QS 9 – At Taubah:6)

*73. Jagalah kemurnian*
(QS 9 – At Taubah : 108)

*74. Jangan pernah putus asa akan pertolongan Allah*
(QS 12 – Yusuf : 87)

*75. Allah mengampuni orang yang berbuat dosa kerana kezahilan*
(QS 16 – An Nahl : 119)

*76. Berserulah/ajaklah  kepada jalan Allah dengan cara yang baik dan bijaksana*
(QS 16 – An Nahl : 125)

*77. Tidak ada seorangpun yang menanggung dosa orang lain*
(QS 17 – Al Israa’ : 15)

*78. Jangan membunuh anak-anakmu kerana takut akan kemiskinan*
(QS 17 – Al Israa’ : 31)

*79. Jangan mengikuti sesuatu yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya*
(QS 17 – Al Israa’ : 36)

*80. Jauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanafaat*
(QS 23 – Al Mu’minuun : 3)

*81. Jangan memasuki rumah orang lain tanpa izin pemilik rumah*
(QS 24 – An Nuur : 27)

*82. Allah menjamin balasan kebaikan hanya kepada mereka yang percaya kepada Allah*
(QS 24 – An Nuur : 55)

*83. Berjalanlah di muka bumi dengan rendah hati*
(QS 25 – Al Furqaan : 63)

*84. Jangan melupakan kenikmatan dunia yang telah Allah berikan*
(QS 28 – Al Qashash : 77)

*85. Jangan menyembah Tuhan selain Allah*
(QS 28 – Al Qashash:88)

*86. Jangan terlibat dalam homosexual*
(QS 29 – Al ‘Ankabuut : 29)

*87. Berbuat baik dan cegahlah perbuatan munkar*
(QS 31 - Luqman : 17)

*88. Janganlah berjalan di muka bumi dengan sombong*
(QS 31 - Luqman : 18)

*89. Wanita dilarang mempamerkan diri*
(QS 33 – Al Ahzab : 33)

*90. Allah mengampuni semua dosa-dosa kita*
(QS 39 – Az Zumar : 53)

*91. Jangan berputus asa akan keampunan dari Allah*
(QS 39 – Az Zumar : 53)

*92. Balaslah kejahatan dengan kebaikan*
(QS 41 – Fushshilat : 34)

*93. Selesaikan persoalan dengan bermusyawarah*
(QS 42 – Asy Syuura : 38)

*94. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa*
(QS 49 – Al Hujuraat : 13)

*95. Tidak ada dikenal biara dalam agama (Islam)*
(QS 57 – Al Hadid : 27)

*96. Allah akan meninggikan darjat mereka yang berilmu*
(QS 58 – Al Mujaadilah : 11)

*97. Perlakukan kaum bukan Islam dengan baik dan adil*
(QS 60 - Al Mumtahanah :

*98. Hindari diri dari sifat kikir*
(QS 64 – At Taghaabun : 16)

*99. Mohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang*
(QS 73 – Al Muzzammil : 20)

*100. Jangan mengherdik orang yang meminta-minta*
(QS 93 – Adh Dhuhaa : 10)

SHARING IS CARING AND CARING IS LOVING