MEE REBUS MARIAM
Bahan:
3OOG daging hiris nipis dan rebus lembut.
600g keledek buang kulit rebus n kisar
1cawan udang kering rendam kisar
Rempah:
3 biji bawang besar*
8biji bawang putih*
3 batang serai*
1" halia*
1" lengkuas*
1/2 cawan cili kisar
1/4 cawan rempah kari daging
1/4 cawan rempah kari ikan
2 bunga lawang. 3 buah pelaga. 1 batang kayu manis.
*bahan dikisar halus.
1/2 cawan gula melaka+3 tbsp gula pasir. Kuah biar terasa manis sedikit
1 tbsp garam .blh tambah ikut rasa.
Cara:
1/2 cawan minyak. Tumiskan cili hingga wangi. Masukkan bahan mesin bertanda* kemudian diikuti dgn rempah kari. Biar lama sedikit tumis.
Masukkan daging rebus bersama airnya. Udang kering. Keledek kisar. Biar kuah sederhana pekat dgn kisaran keledek saja..
Masukkan gula garam. Rasa secukup rasa yg dikehendaki. Biar ada manis2 sedikit..
Celur mee kuning. Sawi. Taugeh biar segar. Daun sup. Tauhu goreng. Limau kasturi. Cili potong.bawang goreng. Telor rebus..hidangkan. selamat mencuba..
Bersama saya untuk mengetahui teknologi terkini dalam masakan yang dapat menjimatkan masa, tenaga dan gas memasak. Juga saya akan kongsikan resepi-resepi masakan yang saya pernah dan akan cuba! Cookline Malaysia.
Isnin, 31 Oktober 2016
MEE REBUS MARIAM
Khamis, 27 Oktober 2016
ICE CREAM YOGURT
Resepi Yogurt Ice Cream
Jangan lupa
Bahan2
250gm Plain Yogurt
250gm Dairy Whipping Cream
250gm Non Dairy Whipping Cream
200gm Susu Pekat Manis
2sdb perahan jus lemon
200gm Filling Mangga
2 biji Buah mangga (potong dadu)
200gm Filling Kiwi
4biji buah kiwi (potong dadu)
Hershey's Coklat
Hershey's strawberry
250gm Buah strawberi (potong 8)
Cup secukupnya
Cara2
1. Pukul Non dairy whipping hingga kembang. Ketepikan.
2. Pukul Dairy whipping cream hingga kental.
3. Satukan non dairy whipping cream dengan whipping.
4. Masukkan plain yogurt, jus lemon dan susu. Kacau sebati.
5. Masukkan adunan dalam paiping bag.
6. Paipkan adunan dalam bekas layerkan dengan filling mangga / filling kiwi / hershey's coklat / hershey's strawberi.
7. Buat beberapa lapisan antara yogurt dan filling.
8. Akhir sekali paipkan Filling dan hias dengan buah segar atau coklat.
9. Simpan dalam chiller k
Selamat mencuba
ROJAK AYAM GORENG ALA SG ULAR
AYAM PERAP BBQ
Ayam Perap BBQ
Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
½ inci lengkuas
2 batang serai
1 botol sos BBQ(ada jual kat supermarket p la carik apa2 brand pun ok)
3 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar mentega/margerin or minyak
1/2 cawan kicap pekat manis(saya buh tak sampai 1/2 pun ni agak2 ye kang negro lak ayam nya)
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada sulah@lada hitam(saya buh lada hitam best lagi dr lada putih)
garam secukup rasa
Cara Cara Dia :-
1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai
2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.
3.Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.
Tambahan:
Selain ayam, boleh guna sosej atau daging juga.
Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar2 sikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap.
Baki perap boleh simpan didalam peti sejuk, utk digunakan di masa akan dtg.
BBQ lebih sedap diperap lebih lama.
Mula2 perap sekurang2nya 3jam dlm suhu bilik, lepas tu masukkan dlm peti sejuk.
Pada hari yg nak masak nnt, baru keluarkan, dan biarkan ais cair dulu.
kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih :)
==================
Anda menderita penyakit psoriasis,ruam bayi & semua jenis penyakit kulit ? ??? Ingin mencari penawar yang sangat mujarab?Boleh dapatkan disini >> Penawar Ruam Bayi & Kanak-Kanak No.1
Sila like sekarang untuk mendapatkan lagi info lanjut dan testimoni pengguna yang sangat berpuas hati dengan kemujaraban penawar tradisional ini
===================
Nak lagi resepi? like je Resepi Sedap
Rabu, 26 Oktober 2016
PUTERI AYU
Ni petua utk dptkan p.ayu yg gebu, lembut n x bantat.
Resepi sy guna.
Guna kaedah pic A .
Utk adunan 1cup, 2/3 @ 3/4 telur sama ja 3bj
Blh guna 3sukatan. Guna bekas ada sukatan. Pic rujuk komen
1cup dpt 50bj
3/4 dpt 40bj
1/2 dpt 30bj
3bj telur A
Gula 1cwn@ lbh ckit
Ovelet 1sb
Baking powder 1sk
Santan@susu cair 1cwn
Daun pandan 5helai blander dgn santan @ susu cair.
Pwarna hijau.
T. Gandum 2cwn.
Kelapa parut + garam+ T.ubi.
Sapu minyak pd acuan.
Sy sll guna susu cair
sumbr resepi : Cah Sah #mahn
BROWNIES WALNUT
Malam ini abang ajar kau kali terakhir untuk buat brownies. Nantilah abang ceritakan sebabnya. Hihi kasi suspen sikit kan.
Tak apa. Malam ini abang sanggup bongkar rahsia Brownies Walnut abang pada kau orang. Punyalah abang sayangkan kau orang. Yelah, hari rabu begini memang lemau sahaja kau orang itu. Kan? Kahkahkah. Dah jom masak.
Brownies Walnut ByKHM. Cewah.
250gm Dark Choc Compound
80gm Milk Choc Compound
250gm butter
180gm tepung gandum
250gm gula halus
80gm serbuk koko
1/2 cawan walnut
4 biji telur gred A.
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla.
cara-caranya kau tengok gambar.
Share sahaja, tak usah minta izin. Semua status abang public belaka. Tak ada rahsia-rahsia.
AYAM GORENG REMPAH
AYAM GORENG BEREMPAH
Ayam goreng rempah ni memang sangat sedap jika dimakan dengan nasi lemak ataupun nasi ayam penyet. Sangat mudah disediakan dan rasa dia memang terbaik!
Bahan:
12 - 15 ketul ayam
3 batang serai dikisar halus
3 biji bawang putih dikisar halus
1 inci halia dikisar halus
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
2 sudu teh garam
Cara:
1. Perapkan ayam dengan semua bahan sehingga sebati. Perap di dalam peti ais sekurang kurangnya 2 jam. Lebih lama perap, lebih bagus.
2. Gorengkan ayam menggunakan api sederhana sehingga gelap keemasan.
----
✔ Ada tips lain? Kongsikan di ruangan komen
✔ SHARE untuk save video ini di wall anda
✔ TAG ahli keluarga dan rakan rakan untuk manfaat bersama