Hari ni bgn seawal pkl 3 pg.. Lps tu mata xbole nk pejam dah.. Xtau nk bt apa.. Dan2 tu jg rs nk mkn apam (ngalahkn org mengandung).. Barang pn ada..godek2 kita bt apam jgk la.. Yg ni apam kampung gula merah resepi dr kak yatie Nor Hayati Ramlan jg.. Sblm ni pn pernah bt jg... Mmg sedap.. Like la
APAM KAMPUNG GULA MERAH..
Sumber : Nor Hayati Ramlan..
Dicuba oleh : Aznie Khasri..
http://yatiememories.blogspot.com/2015/01/apam-kampung-gula-merah-lagi.html
Bahan A
1/2 cwn gula merah*
1/2 cwn gula pasir*
2 1/4 cwn air*
2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan, tapiskan)
Bahan B
11gm yis mauripan
1/2 cwn air suam
1 sudu kecil gula halus
Bahan C
4 cwn tepung gandum
secubit garam
Cara-Cara
1.Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut,tapiskan dan sejukkan.
2.Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
3.Satukan bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.(Kacau guna whisk je hingga sebati)
4.Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1 jam.
4.Lenserkan loyang 10x10x3 inci dngn sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 10 minit. Kukus adunan selama 40 minit
5.Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
6.Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.
***UNTUK POTONGAN KUIH NI AZNIE POTONG GUNA BENAG JE SEPERTI SELALU KALAU BUAT APAM...HIHIHIHI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan