Jumaat, 20 Oktober 2017

MIANG KHAM

Siapa pernah makan "Miang Kham" ni. Saya kenal makanan ni melalui kakak ipar saya asal dari satun Thailand. Ini resepi dari dia. Tapi ni gambar hiasan tau. Saya dah kecur liur tengok gambar ni. Hihihi 😅

Bahan-Bahan

Daun Kaduk
Kacang
Kelapa
Halia
Limau nipis/kasturi
Bawang besar
Cili padi
Udang kering

Kelapa : isi kelapa dihiris halus dan digoreng tanpa minyak (sangai)

Bahan kuah :

Air - 2 cawan
Gula melaka - 5 keping
Gula putih - 2 sudu
Belacan - besar ibu jari
Serai - 2 batang atau daun pandan

Cara sediakan :

Panaskan air, masukkan gula melaka, gula putih, belacan.

Kacau dengan api perlahan

Akhir sekali masukkan serai atau daun pandan untuk wangikan kuah.

Cara makan :

Gulungkan daun kaduk, masukkan semua bahan dan letakkan kuah balut dan makan. Nyum nyum nyum. Sedapnya. Selamat mencuba. Hihihi. Silakan saja SHARE.

kredit resepi kepada NurulHuda Awang Yaacob‎ via Masak Apa Hari Ni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan