Sabtu, 30 Jun 2018

Satay

Sebelum ni ada yang mintak resepi satay dari saya.
Disini saya sediakan agar dapat membantu sahabat2.

Resepi Satay.

Ayam/Daging 2 kilo
Bawang putih 1 labu
Bawang besar 2 biji
Halia 2 1/2 inci
Serai 6 batang
Lengkuas 2 inci
Ketumbar 10 grm
Jintan Manis 50 grm
Jintan Putih 20 grm
Kunyit serbuk 50 grm
Kunyit hidup 3 inci
Gula melaka 1 cwn
Gula pasir 1 cwn (kurangkan jika tak nk manis)
Garam 3 sudu kecil

Blend semua kecuali ayam @ daging.
Akhir satukan dengan ayam @ daging dan gaul sebati.

Rendamkan dahulu lidi satay 1 jam untuk memudahkan cucuk dan bakar nanti lidi tidak hangus.

Kuah kacang

kacang tanah- Goreng dengan minyak sedikit@tanpa minyak dan Blend setelah sejuk.
Lada kering-Blend
Gula melaka
Garam
Gula
Halia
Serai
Bawang besar dan bawang putih.

Tumis bawang ,lada kering sehingga naik bau.
Masukan Kacang ,gula melaka dan bahan perasa.
Akhir masukan air.

#lynnIsmail
#sayaizinkanshare

credit : Lynn Ismail #mahn

Rabu, 13 Jun 2018

KUAH KACANG SEDAP

Kuah Kacang Sedap

Bahan bahan:

1kg kacang tanah - di goreng & blend kasar
1 cawan gula pasir (bole tambah)
2 keping gula Melaka 1 cawan air asam jawa Garam secukup rasa

1 cawan minyak Bahan2 dikisar:
7 bawang merah besar

9 ulas bawang putih
1 inci halia 1 inci lengkuas
5 batang serai 21 Lada kering direbus

8 biji buah keras Cara-caranya Kacang tanah digoreng, sejukkan & dikisar kasar. Panaskan minyak, tumis bahan2 yg dikisar sehingga garing dan naik minyak. Masukkan gula pasir, gula melaka, air asam, masukkan kacang tanah ltk garam, kacau2 guna api perlahan.

Letak air jika perlu. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Jika kurang boleh tambah bawang kisar lagi & gula, masaklah sehingga mendidih dan pekat. Setelah terbit minyak, angkat dan dihidangkan dengan nasi impit.

Nota: Boleh simpan lama dalam bekas berrtutup dan simpan dalam freezer untuk kegunaan akan datang. Boleh juga ltk daging, 200gram daging dipotong kecek di cuci dan di rebus sehingga empuk. Jika Ayam guna isi saja dan di grill hingga masak baru masuk dlm kuah kcg, di tambah 2 sdb serbuk jintan.

Nak tambah sikit ilmu. Kacang tanah selepas kisar rebus dahulu. Jangan kena dgn gula.  Dah lembut baru campurkan dgn sambal yg dah di tumis....petua dari dari orang tua...

Kredit: AzahKumasi

LIKE & SHARE
Dapur Selera

Rabu, 6 Jun 2018

KEK MOIST SUNQUICK

Bekalan utk sminggu, buat 3 adunan dptlaa 9 tupperware nii, 1 kg gandum jer tuupun ada lbh lg 1 cwn nii. Dh biasa mkn benda sama bminggu berbln, ikut kudrat & rezki sambil jimat petrol n bajet mbeli. Mkn panaspun sdp, sejuk dr fridgepun sdp, buat simple2 jerrr.....

SUNQUICK MOIST CAKE
Hasil Tangan iR ~HATii~

BAHAN2 :
- 3 cwn tepung gandum
- 1 st baking powder
- 1 st soda bikarbonat
* satukan ketiga2 bahan, gaul2kan skjap & ayak.
- 4 biji telur A @ 5 biji telur B
- 2 sb parutan kulit buah sunkist
- 1/2 cwn sunquick (perisa OREN)
- 2/3 cwn gula
- 2/3 cwn susu pekat manis
- 1 cwn minyak sayur @ minyak masak
- 1 cwn air panas
- sedikit pewarna kuning lemon @ kuning telur, blh jg guna kaler oren.
* blh krg @ lbhkan sesudu dua gula @ susu jk nk lbh @ krg manisnya.

CARANYA :
* stlh pecah telur, buangkan tali pusatnya spy kek tak hanyir, so x guna esen vanilla pun xperr...
- Pukul telur + gula hingga gula hancur, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil dipukul sebati.
* Jk adunan pekat @ berat utk dipukul blh selang selikan tepung dgn minyak yer. Buat hingga habis minyak & tepung.
- Tambahkan susu pukul kejap pastu tmbh air panas, pukul lg hingga adunan kelihatan licin & tdk berketul. Terus campurkan sunquick, pukul lg hingga sebati & adunanpun kelihatan mula kembang naik dh jgk time nii.
- Akhir sekali letakkan parutan kulit sunkist jg pewarna. Pukul sekejap hingga warnapun sekata dan dh blh mula mengukus @ pun dibakar.
* Sukatan satu adunan di atas utk sebiji kek bersaiz 8"x8" @ 3 biji kek kecil bersaiz 4 1/2"x6 1/2" (spt bekas dlm gmbr saya nii)

* UTK DIKUKUS :
jika guna tupperware plastik tahan panas mcm gmbr nii blh terus tuang & kukus dgn api bsr lbh krg 25 - 35 minit @ sehingga masak (2 biji sekali kukus).
* UTK DIBAKAR :
alaskan dasar loyang dgn kertas minyak, sapukan sedikit marjerin, tuangkan adunan & bakar api atas bwh suhu lbh krg 160-170°c, dlm 45 minit @ hingga masak & bgantung jenis oven. Kalu nk lbh moist dibakar, blh alaskan tray kek dgn tray berisi air.

- cucuk dgn lidi tgh kek, jk kuar x melekat ok siapp utk diangkat n Ready To Deco juga.. kot2 utk buat jualan, utk buat hadiah dsbgnya yerrr....

* kek nii xder pengawet so, saya terus simpan fridge utk thn lbh lama yerr.. tp make sure disimpan dlm bekas tertutup spy still moist.
* jk nk deco wv cream cheese blh krgkan sikit manis kek nii yerr, InsyaAllah wp dikurangkn sesudu dua gula @ susu kek still soft so don't worry....
* cara agak details, sila scroll mula dr pic paling bwh hokeyyy....

'PRAKTIKKAN JIKA BERMANFAAT,
ABAIKAN JIKA BAWA MUDARAT'......

Slmt Mengekek.....

credit : ‎Irma Sheky‎
#mahn

Ahad, 3 Jun 2018

SATAY

Resepi satey, kuah kacang dan nasi impit yg sangat sedap dikongsi oleh seorang peniaga satey. Semoga diluaskan rezeki beliau. Sangat sesuai dijadikan juadah majlis keraian, iftar ramadhan dan juadah Aidilfitri nnti 😁

Resepi Satey

1 ekor Ayam (sy buat 500gm isi ayam dan 500gm daging batang pinang)
6 biji Bwg besar
6 batang serai
1/2 inci halia
2 sb serbuk kunyit
1/2 inci lengkuas
1 sk Jintan manis
1 sk Ketumbar
(Sy ganti jintan manis dan ketumbar dengan 2 sudu teh serbuk kurma)
Kisar semua bahan diatas
1 cawan gula atau ikut selera
1 sk garam
2 sb madu (sy tambah)
1 sk ajinomoto

Satukan semua bahan dan perap. Sediakan sebatang serai yg diketuk hujung, minyak masak dan campur sedikit air utk direnjis2 pada satey semasa membakar (ini tips sy sendiri 😁)

Kuah Satey

6 biji bawang merah
5 ulas Bwg putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 sb cili kisar
2sb Air asam jawa
1 sb gula atau ikut selera
Garam secukup rasa
1 sk Ajinamoto
500gm Kacang tanah di sangai dan buang kulit dan kisar kering
Kisar semua bahan dan tumis hingga naik bau. Masukkan air ikut kepekatan sesuai selera dan masukkan kacang.
3 btg serai diketuk dan masukkan dalam kuah kacang.

Nasi impit (sy tak buat)

3 cawan beras siam
5 cawan air
Kacau 3 hingga 4 kali semasa masak utk lembutkan nasi, kemudian masukkan dalam bekas, tumbuk guna botol atau lesung hingga nasi halus, padat padatkan dan sejukan baru dipotong.

Silakan share utk manafaat bersama. Bismillah..

Kredit Resepi : amie samuri via mahn

LIKE & SHARE Cari Resepi 😁

Sabtu, 2 Jun 2018

DOA SOLAT WITIR B MELAYU

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya 'alim…

Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk…

Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…

Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….

Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Aamiin3 ya rabbal'aa

BISKUT SHARIFAH AINI

resepi sy.sy buat sy jual tmphn raya.
minyak msk 3 cawan
gula halus 2 cawan
jintan hitam 2 sudu
tepung gandum cap lily secukupnya smpi blh buat doh.
bkr 170 c slama 20 minit.
agak2 da suam br taburkn susu nesfrey.mng sdp di mkn