Najib Isa:
AL QURAN 2
Bacalah, Bacalah, Bacalah
Bacalah dengan nama tuhan
Bacalah untuk mencari pengetahuan
Bacalah untuk mencari kebenaran
Bacalah untuk mencari keadilan
Bacalah untuk mencari keyakinan
Bacalah untuk meningkat keimanan
Bacalah untuk merenung masa depan
Bacalah untuk menjadi insan diredai Tuhan
Bacalah kerana ilmu itu pencetus pemikiran
Bacalah kerana ilmu itu mengukuh pegangan
Bacalah kerana ilmu itu mengukuh keimanan
Bacalah kerana ilmu itu menjitu amalan
Bacalah kerana ilmu penentu peraturan
Bacalah kerana ilmu itu menepatkan kiblat Tuhan
Bacalah kerana ia saranan pertama dari alquran
Kini kefahaman alquran diambil ringan
Tumpuan hanya pada bacaan dan hafalan
Tajwid dan lagu menjadi sanjungan
Bukan ketinggian ilmu untuk kajian
Hiduplah umat dalam kegelapan ilmuan
Hiduplah umat dalam serba kecelaruan
Hiduplah umat dalam kemiskinan berzaman
Hiduplah umat dengan moral dan integriti memalukan
Hilanglah nikmat alquran Allah Taala turunkan
Tercemarlah maruah Islam yang dimuliakan
Marilah kita mengubah dasar memahami alquran
Marilah kita mengkaji sudut kehebatan alquran
Marilah kita mengamalkan sepenuhnya kehidupan alquran
Itulah rahsia Allah jadikan Adam sebagai khalifah alam
Memerintah alam dengan kemuliaan intipati alquran
Memartabatkan Islam dengan perlembagaan alquran
Najibisa
April 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan