kaswi pandan lemak kakbesah
Bahan-bahan diperlukan:
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung ubi kayu
1 cwn santan (x pyh pekat2 sgt..)
1 1/2 cwn air perahan daun pandan (3 helai)
3/4 cwn gula pasir
1/2 sudu teh AIR kapur sireh
1/2 sudu teh garam
1 bj telur (xkira saiz)- boleh diabaikan
beberapa titik pewarna hijau.
secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.
Cara menyediakan dan memasak:
kacau sebati tepung2 & gula bersama air pandan & telur. pastu campurkan kesemua bhn2 lain. kacau hingga tidak bergentel. kalau ditapis lagi bagus!seterusnye, masukkan adunan ke dlm loyang yg tlh disapu sedikit minyak. jgn lah tebal sangat, dlm 3 cm cukup. pastu kukus lah hingga masak.. dlm 20-25 minit. (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah panaskn pengukus sbelum mengadun adunan.)bila kaswi dah sejuk, bleh la dipotong & digolekkan dlm kelapa parut yg tlh dicampur dgn secubit garam. di rmh ni bdk2 xsuke mkn ngn kelapa parut.. tp ok jer..coz kaswi ni dah lemak rasenyer..hehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan