Rabu, 29 Julai 2020

KEHEBATAN DOA PADA HARI ARAFAH

KEHEBATAN DOA PADA HARI ARAFAH.

Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

Rasulullah saw bersabda "Sebaik-baik doa ialah doa yang dibuat pada hari Arafah".
(Tirmizi)

Terkait dgn terkabulnya do’a pada hari Arafah, seorang soleh berkata:

“Demi Allah, aku tidak berdo’a dgn suatu do’a pd hari Arafah, dan belum sampai genap satu tahun, kecuali apa yg aku pinta telah aku saksikan sbg kenyataan seterang terbitnya fajar.

Imam Al-Ghazali berkata:

“Sesungguhnya, jika Allah SWT mencintai seseorang, maka Allah SWT akan mempergunakannya di waktu-waktu fadhilah (utama) dgn amal-amal yg fadhilah (utama) pula, dan pertanda bahwa seseorang tidak disukai Allah SWT adalah bahwa org itu mengisi waktu-waktu utama dgn amal-amal yg buruk!!”. (Ihya’ Ulumiddin [1/188]).

Berdo’alah dgn penuh kekhusyu’an dan keyakinan (kemantapan) yg sempurna kpd Allah SWT bahwa akan dikabulkan.

Berikut adalah beberapa doa yg anda boleh masukkan dlm senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dlm golongan yg beriman.. yg menerima kitab amal di tgn kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yg diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sblm aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dlm kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dgn org2 yg aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku dpd kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian dpd agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat utkku. Padamkan dosa2ku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu utkku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pd hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak2ku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dlm golongan yg Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pd hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dlm kepercayaanku dlm keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih byk peluang utk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya utk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk2 dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jgn biarkan aku sendirian. Berkati aku dgn pasangan yg sesuai dan anak2 yg akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari org2 yg sabar dan patuh kepada Mu dan kpd ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dlm kerja2 Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dgn kesihatan y baik, agar aku dpt bersujud padamu dgn mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dlm menentang penindas2 yg zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bg kami mengharungi zaman yg sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dgn yg terbaik di dunia ini, yg terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kpd Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kpd ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon dpdmu utk mengurniakan bimbingan kpd pemuda dan umat Islam. Selamatkan umat Islam kesemuanya dari beeputus asa dan berpatah harap.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan utk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dpt bangun utk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Amin Ya Robbal alamin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan