Khamis, 14 Julai 2016

SOTO LINA ZUBIR

Resepi Kuah Soto ini saya dpt dari Kak Linazubir..memang sedap giler...dah lama saya carik resepi kuah soto yg mcm ni...thanks kak Lina for d recipe...sya panjangkan perkongsiannya...

Kuah Soto

1 ekor ayam - basuh
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
1 inci lengkuas *
1/2 inci halia * (AMENDED 04/09/13)
1/2 inci kunyit hidup (saya guna 1/2 sk serbuk kunyit) *
2 biji buah keras *
bhn * diblender bersama
1sk lada hitam ^
1sk ketumbar^
1 sk jintan manis ^
1sk jintan putih ^
bhn ^ digoreng tanpa minyak dan dblender
2 btg serai dititik
1 biji kiub pati ayam
3sb serbuk rempah sup adabi

- Tumis semua bahan hingga naik bau
- masukkan ayam dan air - rebus ayam sekejap (tp saya x letak ayam,cuma letak kiub pati ayam)
- keluarkan ayam utk disiat2 (saya goreng ayam dan siat2)
- perasakan kuah soto dgn garam dan kiub pati ayam

Nasi himpit - beli yg siap je senang,tinggal rebus je
kacang - digoreng
daun sup dan daun bawang
bawang goreng
suun goreng
ayam goreng yg telah disiat2

Sambal Kicap
10 biji cili api
2 ulas bwang putih
sedikit halia (AMENDED 04/09/13)
sedikit kuah soto (AMENDED 04/09/13)
kicap secukupnya
- blender semua

SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan