Sabtu, 31 Disember 2016

MARSHMELLOW

Resepi MARSHMALLOW halal
jom kita buat HOMEMADE MARSHMALLOW

Bahan:

1/4 cawan tepung jagung**
1/3 cawan confectioner sugar **
21 gm gelatin (gelatin Halalgel)

1/3 cawan air
2/3 cawan gula (boleh kurang kalau nak kurang manis)
1/2 cawan corn syrup (glucose syrup)
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla (boleh guna strawberry essence)
pewarna (hijau, merah, kuning, biru, ikut suka)

bentuk bunga dan bentuk twist

Cara-cara
Ayak tepung jagung bersama confectioner sugar, ketepikan buat sementara.

Satukan gelatin bersama air, biarkan terendam selama 5 minit. Kemudian masukkan gula, panaskan dengan api kecil sehingga gula larut.

Dalam bekas lain, satukan bancuhan gelatin tadi, corn syrup, vanilla, garam dan pewarna. Pukul dengan speed paling laju selama 15 minit.

Sediakan loyang 8x8 inci. Sapukan sedikit minyak, kemudian taburkan tepung jagung dan confectioner sugar tadi. taburkan pada dasar dan bahagian teping loyang.

Tuang bancuhan ke dalam loyang, kemudian biarkan mengeras sehingga 2 jam.

Bila dah ready, potong dengan pisau basah ataupun terap dengan acuan yang telah dibasahkan dengan air.
Salutkan dengan lebihan tepung jagung dan gula tadi. Biarkan betul2 kering baru simpan dalam botol kedap udara.

KEK CHIFON PANDAN

RESEPI KEK CHIFFON PANDAN TANPA PERLU MERINGUE..

BAHAN2NYA:

• 150gm tepung kek ( nak guna tepung gandum aje pun boleh )*
• 2 sudu kecil baking powder *
• 150gm gula kastor
• 1 sudu besar ovellete
• 3 biji telur (A)
• 80ml air pati daun pandan ( dalam sukatan cawan =1/3 cawan ye)
• 80ml butter cair ( dalam sukatan cawan = 1/3 cawan ye) -mama cair kan butter dlm microwave then sukat jadi 1/3 cawan butter cair
• Pewarna hijau
• 1 sudu kecil essen pandan

BAHAN BERTANDA * DI AYAK SEKALI YE

CARANYA:

• Dalam bekas bersih masukkan Telur+ovellete+ gula castor dan putar hingga pekat dan kembang gebu. ( rujuk gambar ye)

• Masukkan air pati daun pandan + essen and perwarna hijau - putar lagi sampai kembang dan sebati..then baru add tepung sikit demi sedikit and sebatikan dlm adunan ..guna speed rendah ye

• Masukkan butter cair dan kacau kaup balik guna spatula aje kasi sebati…part nie tak perlu mixer ye.

• masukkan adunan tersebut ke dalam loyang chiffon dan tidak perlu di oles butter or tepung so that kek boleh naik tinggi..guna Loyang chiffon bersaiz 6 cm baru kek nyer naik meninggi ..kek mama rendah aje ..pasal mama guna Loyang chiffon yan g besar..

• Bakar dgn suhu 150 darjah selama 45-50 minit ..setting api atas bawah bergantung pada jenis oven masing masing ye..

• Once kek dah masak keluarkan terus dari oven and telangkup kan di redai ..or boleh rujuk cara mama telangkupkan kek chiffon nie..cara mama nie untuk pastikan permukaan atas kek tak cacat dengan garisan redai..kek bila dah sejuk akan meluncur keluar dengan mudah ..

SELAMAT MENCUBA YEE..

Jumaat, 30 Disember 2016

Kuih bakar pandan

Resepi dari Mariana Zainal
Sumber: Aziah Rashid

KUIH BAKAR PANDAN....

Bahan:-
1cwn tpg gandum
1cwn air
1cwn susu cair
1cwn santan
1cwn gula
3bj telur
1sdk pewarna hijau
1sdk perisa pandan
1sdt garam
Bijan

Blender semua bhn kecuali bijan...leser loyang dgn marjerin. ..tuang adunan...tabur bijan....bakar 175'selama 40-50mnt.

Sabtu, 24 Disember 2016

RENDANG AYAM TUA

(RESEPI LENGKAP RAYA) = Rendang Ayam Pencen (ayam tua)

Bahan-bahan :
1 ekor ayam pencen (ayam tua)
2 camca besar penuh kerisik
2 camca besar rempah kari daging (baba's)
1 keping asam gelugor
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, mayang halus
3 camca besar cili kisar
1.2 liter santan
Sedikit air panas secukupnya
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

Bahan-bahan : (Kisar halus)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1/2 camca teh lada hitam
6 batang serai (hiris halus)

Bahan-bahan : (Tumis)
4 biji bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara-cara :
1) Ayam dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan. Bancuh bahan2 kisar halus dengan rempah kari, kacau hingga menjadi pes, tambah air jika perlu. Ketepikan.

2) Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3/4 cawan), masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masuk pes rempah, kacau dan masak hingga rempah garing dan naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu.

3) Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan, kacau dan masak hingga ayam empuk (jika rendang mula kering tapi ayam belum empuk, tuang sedikit air panas dan terus memasak). Masukkan daun limau puru, kerisik, gula melaka dan asam gelugor. Kacau rata.

4) Masak dengan api kecil hingga rendang kering, kacau sekali sekala. Perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan daun kunyit yang dimayang halus, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ketupat.

Note : Lebih kerisik, lebih gelap rendang tersebut.

LIKE :
Banyak lagi Info & Picture menarik di pages Warisan Network
Tq
Resepi Rendang ayam tua
Bahan2 ;
1 ekor ayam tua (potong dan cuci bersih)
2-3btg serai titik
Daun kunyit
Garam n gula secukup rasa
1 kiub ayam jika suka
Minyak untuk menumis
Kerisik

Bahan2 kisar ;
Cili kering ikut kepedasan masing2
2-3 biji b.besar
3-4ulas b.putih
Halia
Kunyit hidup
2 btg serai
Ketumbar biji
Kesemua bahan2 dikisar hingga halus

Cara2:
Panaskan minyak tumis bahan2 kisar serta serai titik hingga garing n terbit minyak 
Setelah itu masukkan kerisik kacau rata .
Baru masukkan ayam tua gaul rata , masukkan air secukupnya biar sehingga ayam tua betul2 empuk .Bila dah separuh empuk perasakan dgn garam gula n kiub ayam serta daun kunyit kacau lagi n biar sehingga ayam empuk n kuahnya kering sedikit .
Bila dah masak tutup api
Siap dihidangkan dgn nasi impit .

FYI: Ayam tua ni masak agak berjam2 sebab nak kasi betul2 empuk .

SELAMAT MENCUBA 😆😆😆