Sabtu, 24 Disember 2016

RENDANG AYAM TUA

(RESEPI LENGKAP RAYA) = Rendang Ayam Pencen (ayam tua)

Bahan-bahan :
1 ekor ayam pencen (ayam tua)
2 camca besar penuh kerisik
2 camca besar rempah kari daging (baba's)
1 keping asam gelugor
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, mayang halus
3 camca besar cili kisar
1.2 liter santan
Sedikit air panas secukupnya
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

Bahan-bahan : (Kisar halus)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1/2 camca teh lada hitam
6 batang serai (hiris halus)

Bahan-bahan : (Tumis)
4 biji bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara-cara :
1) Ayam dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan. Bancuh bahan2 kisar halus dengan rempah kari, kacau hingga menjadi pes, tambah air jika perlu. Ketepikan.

2) Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3/4 cawan), masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masuk pes rempah, kacau dan masak hingga rempah garing dan naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu.

3) Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan, kacau dan masak hingga ayam empuk (jika rendang mula kering tapi ayam belum empuk, tuang sedikit air panas dan terus memasak). Masukkan daun limau puru, kerisik, gula melaka dan asam gelugor. Kacau rata.

4) Masak dengan api kecil hingga rendang kering, kacau sekali sekala. Perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan daun kunyit yang dimayang halus, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ketupat.

Note : Lebih kerisik, lebih gelap rendang tersebut.

LIKE :
Banyak lagi Info & Picture menarik di pages Warisan Network
Tq
Resepi Rendang ayam tua
Bahan2 ;
1 ekor ayam tua (potong dan cuci bersih)
2-3btg serai titik
Daun kunyit
Garam n gula secukup rasa
1 kiub ayam jika suka
Minyak untuk menumis
Kerisik

Bahan2 kisar ;
Cili kering ikut kepedasan masing2
2-3 biji b.besar
3-4ulas b.putih
Halia
Kunyit hidup
2 btg serai
Ketumbar biji
Kesemua bahan2 dikisar hingga halus

Cara2:
Panaskan minyak tumis bahan2 kisar serta serai titik hingga garing n terbit minyak 
Setelah itu masukkan kerisik kacau rata .
Baru masukkan ayam tua gaul rata , masukkan air secukupnya biar sehingga ayam tua betul2 empuk .Bila dah separuh empuk perasakan dgn garam gula n kiub ayam serta daun kunyit kacau lagi n biar sehingga ayam empuk n kuahnya kering sedikit .
Bila dah masak tutup api
Siap dihidangkan dgn nasi impit .

FYI: Ayam tua ni masak agak berjam2 sebab nak kasi betul2 empuk .

SELAMAT MENCUBA 😆😆😆

Tiada ulasan:

Catat Ulasan