Khamis, 6 September 2018

RESEPI REBUSAN HERBAL

Saya memang suka mengamalkan rebusan2 untuk  mengekalkan kesegaran badan .
Tetapi setiap rebusan yang di ambil haruslah mengikut sukatan dan aturan yang sepatutnya.

Ini antara resepi rebusan yang pernah saya kongsikan.
1. Rebusan  Serai dan Halia.
      - Ambik 3 batang serai
      - 4cm halia  @2 ketul
  Diketuk kedua  bahan di atas.
  Direbus  dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air . Tunggu suam diminum.

** Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali.
Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa  letih dan lenguh2 badan.  kolestrol  tinggi  dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.

2. Rebusan Sireh
      - Ambik daun  sireh 3 ke 5 helai.
Di rebuskan  dengan 3 gelas air dan jadikan 1 gelas. Tunggu suam dan di minum.
**Tambahan : boleh dicampurkan dgn bunga  cengkih 3 kuntum.

Untuk menghilangkan bau badan dan pulihkan  segala sakit urat dan sengal-sengal badan.

**Rebusan ini seeloknya di amalkan setiap seminggu  ke 10 hari sekali.

3 . Rebusan sireh dan daun Inai
       -  3 ke 5 helai daun sireh.
       -  segenggam  daun Inai.
Direbus  dgn 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.

**Rebusan  ini sesuai paling sesuai digunakan  bagi perempuan  yang mengalami  keputihan dan lendiran yang banyak. Juga berbau.

Elok di amalkan  selepas haid.

4. Rebusan Halia Serai cengkih dan kunyit
     -  2 /  3 batang serai di ketuk
     -  3cm halia  (tua/muda).di ketuk
     -  2cm kunyit di ketuk
     -  sedikit  kulit kayu manis / bunga 
        cengkih /bunga lawang
      - daun pandan sehelai
      - sedikit  gula batu.
        *** gula batu boleh di ganti dgn
        madu jika suka.

****Rebusan  ini seeloknya di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid.
Cukup sekali sebulan  shj.
Bagi mewangikan kewanitaan  anda dan menyegarkan badan.

Segala resepi  dan ramuan di atas , anda boleh amalkan mengikut  kepada keperluan dan kesesuaian  badan anda.
Sy tidak syorkan  ambik setiap hari. Sila aturkan mengikut  keperluan badan sendiri. 

Ini adalah amalan untuk  penjagaan  kesihatan  terutama  bagi menjaga  dalaman badan dan menyegarkan  urat saraf. Membuang toksin dan lemak . Dan tersangat  banyak khasiat.
Akak nak share 1 lagi menu minuman untuk kesegaran badan dan dapat menurunkan berat badan.

Jom kita tengok bahan2nya 👇

JUS KURUS VIRAL

Bahan-bahan:

1 liter air
2 batang serai diketuk
7 biji cengkih
3hiris halia diketuk
1 batang kayu manis ceylon(akak guna uncang kayu manis ceylon ,so guna 2 uncang)
hirisan lemon
madu

Cara-cara:

1.Rebus air dengan serai+halia+cengkih+kayu manis ceylon 20minit.
2.Ambik separuh cawan air rebusan + air masak+madu 1sudu + lemon 1 slice.

***Tips mengekalkan kesegaran madu (sila gunakan cawan/gelas plastik & sudu plastik)

3.Layan ja minum suam2 dengan bau wangi tu haaa, baki simpan dalam peti, esok minum panaskan dulu then campur air macam tadi✌


Tiada ulasan:

Catat Ulasan