Khamis, 18 April 2019

Ikan goreng masak kicap berempah

JOM SAYA INFAQ SATU RESEPI SEDAP NI UNTUK SEMUA RAKAN FB YG SAYA SAYANGI...
🐳🐬🦈🐋🐟🐠🐡🦑🐙🦀IKAN MASAK KICAP BEREMPAH

BAHAN:
5 ekor ikan goreng
3 biji kentang potong wedges goreng hingga masak
2 biji tomato belah 4
10 biji cili padi buang tangkai
2 biji bawang besar potong nipis bulat
1/2 cawan kicap lemak /manis
3 tbsp tomato sos

Bahan Kisar:
3biji bawang putih
3 hiris halia
2biji bawang besar
5 biji cili padi hijau
1 tbsp penuh rempah kari ikan
1/4 cawan minyak untuk menumis
CARA:
Kisar semua bahan diatas. Campurkan rempah kari. Tumis hingga naik baunya. Masukkan kicap dan sos tomato. Jika pekat tambah 1/2 cawan air atau ikut keperluan. Masukkan bawang tomato cili padi dan kentang goreng.Biarkan mendidih. Jangan lama ye. Tutup api
Letakkan ikan goreng dalam pingan dan tuangkan kuah yg dimasak tadi.🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚gelap muka sbb makan kicap...he he..selamat mencuba...saya halalkan resepi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan