Isnin, 2 Jun 2014

MUFFIN KURMA

MUFFIN KURMA Bahan A 1 1/2 cawan tepung gandum 3 sudu kecil baking powder garam 1/2 cawan gula halus( boleh kurangkan lagi sebab kurma pun dah manis ) 1 cawan kurma yg dihiris halus sedikit badam cincang Bahan B 1/4 cawan minyak 1 cawan buttermilk (susu + air perahan limau nipis ) 1 egg, lightly beaten 1 teaspoon vanilla extract Method Preheat oven to 190°C. ( Api atas dan bawah ) Grease muffin tins or use liners. Mix all dry ingredients(bahan A) together and make a well. Mix all wet ingredients(bahan B) together and pour into the well. Mix well until just combined. Place in tins and bake for 15-20 minutes or until lightly browned.

Muffin pisang choclate

BAHAN-BAHANNYA :-) 1 1/2 cawan tepung gandum* 1 camca teh baking powder* 1 camca teh soda baicarbonate*(*digaul rata dan ayak) 5 biji pisang emas, dilecek hancur 1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar 1 biji telur gred A 1/3 cawan susu segar 100 gram mentega, cair dan sejukkan Beberapa titik esen pisang (boleh juga guna esen vanilla) 1/4 cawan coklat chip Badam keping untuk hiasan Sedikit lagi coklat chip untuk hiasan CARA MEMBUATNYA :-) Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan papercup atau guna paper cup jenis keras. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula perang dan susu. Kacau rata dengan whisk hingga sebati dan gula larut. Tambah pisang lecek dan mentega cair. Kacau hingga semua rata. Masukkan tepung dan gaul. Tambah esen pisang atau esen vanilla. Masukkan 1/4 coklat chip, gaul rata. Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh. Tabur dengan sedikit coklat chip dan badam keping. Buat hingga siap. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25 minit atau hingga keemasan. Bila masak, keluarkan dan biar sejuk atas redai. Boleh juga dinikmati semasa muffin masih suam..

MUFFIN CHOCOLATE CHIPS

RESIPI MUFFIN COKLAT CIP sumber asal - ummi, fiza nordin sumber 2 - inahar's cooking time Bahan:- 1 3/4 cawan tepung gandum 1/4 cawan serbuk koko ( i used chocolate powder..hmm rasanye lg power!!) 1 cawan gula perang 1 sk baking powder 1 sk soda bikarbonat 1/2 sk garam 1 cawan fresh milk 1 biji telor - pukul sikit 1/3 cawan minyak@ butter yg dicairkan 1 sk esen vanila choc chips secukupnye Cara :- Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata. Masukkan choc chips. Sudukan ke dalam muffin cup dan tabur sedikit coklat cip diatasnye dan bakar selama 20 minit @ hingga masak. tips- untuk memastikan kejadian muffin yg gebu & moist, pastikan kacau campuran bhn kering & basah hanya sebentar sekadar rata jek menggunakan senduk kayu (kalau kacau lama ia akan manyebabkan hasil muffin yg kering & keras) isikan adunan 3/4 penuh ke dalam cup muffin semasa membakar utk menhasilkan muffin yg kembang montoks naiknya ok..

Ahad, 1 Jun 2014

PERTANDINGAN MENGUBAH TOWEL..

GAMBAR KENANGAN HANTAR AGUM GI UMRAH

PERTANDINGAN MENU SEHAT IBU MENGANDUNG H. SERDANG 2012

KELAS MASAKAN NASI MANDY. KUIH SERIKAYA KELEDEK UNGGU DAN TEH ARSB 1 JUN 2014

SERIKAYA KELEDEK UNGGU SBLM DIKUKUS

PENTING untuk ajar anak2 kita : 

Org pertama cipta telefon ? Alexander Graham Bell .. 
kalau org pertama tulis bismillah ??????? kalau anak-anak tanya kepada ibubapa...terkedu nak jawab ni!.. simpan nota ini.

      30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM
---------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :
   Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada
hari qiamat : 
    Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah
pada hari qiamat :     
     Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :
  Sayyidatina Hajar 

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh
hijrah :
Umar bin Al-Khattab 

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah
dalam Islam : 
Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :
Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : 
Al-Harith bin Abi Halah 

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : 
Sumayyah binti Khabbat 

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /
lembaran : 
Abdullah bin Amru bin Al-Ash 

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan
fisabilillah : 
Saad bin Abi Waqqas 

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan adzan: Bilal bin Rabah 

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW : 
Ali bin Abi Tholib 

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi
SAW : 
Tamim Ad-dary 

19. Orang yang pertama menghunus
pedang dalam
perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam 

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan 

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : 
Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib 

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan 

25. Orang yang pertama membuat
perpustakaan awam
Harun Ar-Rasyid 

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar
Al-Khattab 

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas
Rasulullah SAW : 
Ali bn Abi Tholib 

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil
Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair 

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : 
Nabi Muhammad SAW.

✔ Rugilah klu tidak SHARE sbab ianya 1 peluang dakwah yg MUDAH kenali Islam kita.