Isnin, 2 Jun 2014

Muffin pisang choclate

BAHAN-BAHANNYA :-) 1 1/2 cawan tepung gandum* 1 camca teh baking powder* 1 camca teh soda baicarbonate*(*digaul rata dan ayak) 5 biji pisang emas, dilecek hancur 1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar 1 biji telur gred A 1/3 cawan susu segar 100 gram mentega, cair dan sejukkan Beberapa titik esen pisang (boleh juga guna esen vanilla) 1/4 cawan coklat chip Badam keping untuk hiasan Sedikit lagi coklat chip untuk hiasan CARA MEMBUATNYA :-) Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan papercup atau guna paper cup jenis keras. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula perang dan susu. Kacau rata dengan whisk hingga sebati dan gula larut. Tambah pisang lecek dan mentega cair. Kacau hingga semua rata. Masukkan tepung dan gaul. Tambah esen pisang atau esen vanilla. Masukkan 1/4 coklat chip, gaul rata. Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh. Tabur dengan sedikit coklat chip dan badam keping. Buat hingga siap. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25 minit atau hingga keemasan. Bila masak, keluarkan dan biar sejuk atas redai. Boleh juga dinikmati semasa muffin masih suam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan