Kek Coklat Epal Pecan
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung naik sendiri
Atau
1 cawan tepung +1 st baking powder
½ cawan gula kastor
2 sudu besar serbuk koko
2 biji telur (dipukul)
½ cawan minyak masak
2 biji epal (buang kulit dan parut) 1/3 cawan kacang pecan
Cara:
1.Dengan menggunakan periuk Cookline C masukkan semua ramuan kedalam periuk.
2.Kacau hingga sebati.
3. Sudah sedia untuk dijerang.
4. Gunakan api sederana kecil selama 30-35minit.
5. Setelah masak biarkan 10 minit. Apabila sejuk ayakkan gula aising sebelum dihidangkan.
Bersama saya untuk mengetahui teknologi terkini dalam masakan yang dapat menjimatkan masa, tenaga dan gas memasak. Juga saya akan kongsikan resepi-resepi masakan yang saya pernah dan akan cuba! Cookline Malaysia.
Ahad, 24 November 2013
KEK COKLAT EPAL PECAN
Jumaat, 22 November 2013
Sabtu, 16 November 2013
KEK BELACAN KUKUS
Kek Belacan (Kukus) sumber : HaSue sumber II: DayangJack
Bahan2:
16oz mentega
10 biji telur
1 gelas gula halus (DJ guna 1/2 gelas jer)
1 tin susu pekat manis
1 tin kecil serikaya
1 tin kecil nestle cream
1 peket kecil horlicks
2 gelas tepung gandum
Browning sugar secukupnya (jika susah nak dapat, sila rujuk DI SINI untuk cara-cara membuatnya) satu sudu kecil nescafe (dibancuh sedikit air panas) 1 sudu besar serbuk koko 1 sudu teh esen vanila Cara2: Jerang air pengukus dan pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mengukus kek nanti Pukul mentega dan gula halus sehingga gebu Masukkan telur satu persatu dan pukul sekata(masukkan sebiji telur,pukul lagi sebelum masukkan telur seterusnya) Masukkan esen vanilla,susu pekat manis,serikaya,nestle cream dan pukul sebati Masukkan pula horlicks, serbuk koko dan nescafe..sebatikan adunan Masukkan tepung gandum yg sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Akhir sekali masukkan browning sugar sehingga warna adunan benar2 kehitaman. Gaul adunan sehingga benar2 sekata dan sebati Sediakan loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung Masukkan adunan ke dalam loyang , tutup dengan aluminium foil(jangan rapat kerana adunan akan naik semasa dikukus) untuk mengelakkan air menitik ke atas adunan dan kukuslah selama 4 jam Sejukkan sebelum dipotong..Selamat mencuba!
Jumaat, 15 November 2013
NASI BERYANI JUS OREN
NASI BRIYANI JUS OREN sumber : Cik Mat Gebu
4 cawan beras basmathi
1 cawan susu cair
3 cawan air
1 bj bawang besar - dadu
Bahan kisar -
3 bj bawang merah
2 ulas bawang putih
1 in halia
2 sb rempah garam masala
1 1/2 sb jus oren Sunquick
1 kiub ayam
1 ketul kecil gula batu/ 1 sb gula Rempah 4 sekawan
2 sb minyak sapi
2 helai d/pandan
1 genggam d/ketumbar
1 genggam d/pudina
Pewarna kuning telur + air
Bawang goreng ,Badam, Gajus - goreng Kismis Kacang peas
NASI BUKHARA
NASI BUKHARA sumber : Chef Li ~ AYAM / DAGING / UDANG
1kg beras basmathi
500ml stok
500ml air
Bahan tumis darat
1 senduk minyak masak
Rempah 4 sekawan
1 in halia
1 sb rempah garam masala
1 senduk stok
1 tangkai d/kari
1/2 botol sos tomato
Cara penyediaannya -
1.Bahan tumis darat tuangkan ke dalam periuk berisi stok dan air, masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam.
2.Masukkan ayam / daging / udang - alihkan nasi ke dasar dan kambus / timbus semula. Taburkan bawang goreng, badam dan gajus goreng, kismis, kacang peas, d/ketumbar dan d/pudina. Tompokkan 3 - 4 sudu minyak sapi.
AYAM PANGGANG LEMON 2
AYAM PANGGANG LEMON
sumber : Raidah
1 ekor ayam - butterflied,
toskan dan lap kering
1/2 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk jintan manis
1/2 st serbuk lada hitam
1 st serbuk kunyit
1 st rempah serbuk khabsa
2 bj lemon - hiris bulat
Garam secukupnya
Pewarna kuning/ saffron
2 bj bawang besar - potong bulat
Cara penyediaannya -
Dalam tray taburkan bawang dan lemon. Susunkan ayam di atasnya, tutup dengan foil - bakar. Pada 10 minit terakhir, buka foil bahagian atas dan bakar hingga ayam garing sedikit. Setiap 15 minit keluarkan tray dan tuangkan jus ayam ke atas ayam agar ayam tidak kering. Jus ayam bakar + saffron/pewarna kuning/ serbuk kunyit - tuangkan atas NASI MANDHY. Buatkan lubang dan tuangkan jus ayam,tutup periuk hingga nasi kering sepenuhnya.