Selasa, 3 Jun 2014

KUEH LUMPUR

Resep Kue Lumpur resep kue lumpur | Kue lumpur termasuk dalam kategori kue basah atau jajanan pasar. Berikut ini adalah resep kue lumpur. Bahan untuk membuat kue lumpur 500 gr tepung terigu Segitiga Biru 250 gr kentang yang dikukus dan dihaluskan 850 ml santan cair 250 gr margarine yang dicairkan 4 butir telur ayam 250 gr gula pasir ½ sdt garam ½ sdt vanili daging dari1 buah kelapa muda kismis secukupnya Cara membuat kue lumpur Dalam wadah, campurkan telur, gula dan vanili lalu kocok hingga rata selama 10 menit. Kemudian masukkan kentang dan aduk kembali hingga rata. Jika sudah, campurkan terigu sedikit demi sedikit kedalam adonan sambil diaduk hingga rata. Kemudian, tuang santan, garam, dan margarine cair lalu aduk kembali hingga rata. Panaskan cetakan khusus kue lumpur dan olesi dengan margarin. Setelah panas, tuang adonan dalam cetakan dan masak selama 1-2 menit. Tambahkan kelapa muda dan kismis pada kue lumpur yang setengah matang dan masak kembali selama 2-3 menit atau hingga bagian atas kue sudah mulai padat. Angkat, lalu sajikan.

KUIH PUKIS dari Indonesia

Resep Kue Pukis

Resep Kue Pukis | Kue pukis termasuk salah satu kue tradisional atau jajanan pasar. Resep kue pukis tidaklah terlalu sulit dan dapat dijadikan peluang usaha yang menjanjikan. Rasanya yang enak membuat banyak orang yang menyukai kue pukis mulai dari anak-anak sampai orang dewasa.

Berikut ini adalah resep dan cara membuat kue pukis, semoga bermanfaat:

Bahan untuk membuat kue pukis:
3 butir telur
125 gram gula pasir
200 gram tepung terigu
225 ml santan dari setengah butir kelapa
1 sudu teh ragi instan
Mesyes secukupnya untuk taburan kalau ada Selei nanas untuk taburan kalau ada Keju untuk taburan kalau ada Margarin untuk mengoles

Cara membuat kue pukis:
Kocok telur dan gula sampai kaku. Masukkan tepung terigu sambil diayak supaya rata. Tuang santan dan aduk aduk hingga rata . Diamkan selama 20 menit. Panaskan cetakan kue pukis, kemudian olesi cetakan dengan margarin lalu tuang adonan. tunggu beberapa menit Bila bagian tepi kue mulai matang beri taburan,

KHASIAT TAUGEH

Ketahui 6 Khasiat Taugeh
Suka makan sayur taugeh? Taugeh adalah hidangan sayur yang sesuai dimakan ketika
makan tengah hari ataupun makan malam tetapi sering dilihat sebagai hidangan yang
langsung tidak menyelerakan. Mungkin ramai yang masih tidak tahu sebenarnya
taugeh mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi. Berikut disenaraikan beberapa
khasiat taugeh kepada kita.

1. Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya
mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin
(canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser
leukimia, usus besar dan pankreas.

2. Baik Untuk WanitaTaugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen
sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang,
serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita
secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang
haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Lebih Subur
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan
taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik,
begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar
lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam
hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau 'lemak jahat' LDL tanpa
mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk
dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.

5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala
kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam
kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang
dapat merangsang sel kanser.

6. Lebih Muda
Taugeh juga  padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal
bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh
membuat kita lebih muda.

MURUKU

Bahan-bahan:

500gram tepung beras
250gram tepung muruku
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar jintan manis(dimesin halus)
1 sudu besar jintan putih(dimesin halus)
1 biji kelapa(ambil santan secukupnya) seeloknya gunakan air panas sewaktu memerah.
2 sudu margerin
Garam secukup rasa.

Cara menyediakan:
1) Masukkan tepung beras, tepung muruku dan tepung jagung ke dalam mangkuk adunan.
2) Kemudian masukkan jintan manis, jintan putih, kari dan garam kedalam mangkuk tersebut.
3) Masukkan margerin dan santan. Adun hingga sebati dan kental.
4) Masukkan dalam acuan muruku dan goreng dalam minyak yang panas.
5) Bila dah nampak kuning keemasan,angkat & toskan minyak.Simpan dlm bekas kedap udara .

KUIH SERI AYU

Kuih Seri Ayu

Bahan A:
1 biji kelapa parut putih
sedikit garam
1 sudu besar tepung sagu/ubi

Bahan B:
3 cawan tepung gandum(ayak)
1 sudu besar ovellette
2 cawan gula pasir
4 biji telur gred A
2 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau & perisa pandan ataupun boleh gunakan air daun pandan dan dibancuh dgn santan kotak

Cara membuatnya:
1.Gaulkan kesemua bahan A (kelapa+garam+tepung sagu)- ketepikan

2. Pukul telur dengan gula hingga kembang.Gunakan kelajuan tinggi.Masukkan ovellette, pewarna hijau, perisa pandan dan tepung gandum.Gaul guna senduk.

3.Masukkan santan pekat dan gaul hingga sebati. Panaskan pengukus.

4.Susun acuan dlm pengukus.Sapu acuan dgn majerin/minyak (supaya tak melekat) Isi acuan dengan kelapa putih (jgn terlalu sedikit).Tekan padat menggunakan hujung jari.(kukus 2 minit)

5. Isikan adunan kuih.Kukus lagi selama 10 minit. 6. Apabila masak...keluarkan dari acuan.Sudah siap untuk dimakan

Isnin, 2 Jun 2014

PUDING ROTI NENAS

PUDING ROTI NENAS.... BAHAN-BAHAN 3 cawan susu 1 cawan krim 4 cawan roti panjang -dipotong dadu 6 biji telur 3 cawan gula pasir 2 sudu besar vanila 1 cawan kismis 1 1/2 cawan nenas -dipotong dadu 2 sudu besar mentega CARA MEMBUAT 1. Cairkan mentega di dalam kuali. Masukkan nenas, gula dan kismis. Kacau bahan - bahan sehingga gula kekuningan. 2. Untuk membuat kastad, campurkan bersama telur, gula dan vanila,pukul dan gaul rata, masukkan susu, dan krim. 3. Pada bekas acuan, susunkan ke dalamnya roti. 4. Masukkan nenas, dan kismis dari kuali ke dalam bekas acuan. 5. Tuangkan kastad tadi ke dalam bekas acuan, biarkan ia berendam selama 10 minit. 6. Bakar di dalam oven pada suhu 175 darjah selsius selama 40 minit, setelah dibakar, keluarkan dan taburkan serbuk gula di atasnya.