Selasa, 28 Jun 2016

BISKUT SARNG SEMUT

Biskut sarang semut sy.. Xpnh shre dlm group nih.. Nih kli pertme.. Hihi.. Sy dh cume cra nih hasil dia mmg mjdi.. Tq yg bg idea bkr biskut gne kaedah nih.. Sy suka.. ������
Resepi biskut sarang semut
Majrin 250g
1cawan tepung gandum
1cawan tepung kastad
2cwan tepung jagung
1biji telur kuning sjo
1sd kecil esen vanila.
1cawan gula halus
Cmpur semua bhn smpai jdi doh n blh parut buh dlm papercup

# letak tungku dlm periuk taw n letak tdg periuk letak biskut n ttp .. Bkr dlm 15_20minit.. Jengok2 lah selalu yea kot hangit hihi ��������

#selmat mencube sis2 semua

Ahad, 26 Jun 2016

ROTI PURI

Pagi2 tadi dah siapkan sarapan istimewa untuk studen yg datang belajar buat Maruku...ROTI PURI & kuah dhal..lawan pulak dgn teh bunga crysatinium..nyaman sekali..resepi:
500g tpg gandum
1 sudu besar yeast kering
4 sudu makan majerin
2 sudu makan gula
1 sudu teh garam
400ml air suam
Cara: masukkan yeast.gula.air suam kedalam cawan. Tunggu sampai berbuih 15 minit terus dimasukkan kedalam tepung. SAYA GUNA BREAD MAKER. Biar 30 min. Buat bulat sebesar bola golf. Leperkan sampai besar piring kopi. Goreng dlm minyak dalam yg telah dipanaskan. Siap
KUAH DHALL
2 cawan kacang dhall rebus bersama
1 sudu makan rempah campuran (halba.biji sawi.jintan manis.jintan putih)
2 labu bawang besar potong dadu.
2 biji kentang
1 batang carrot
1 batang terung
2 tangkai daun kari
Sedikit garam
6 tangkai cili kering potong dua
Cara: satukan semua dlm periuk semua bahan2 yg disebutkan diatas. Rebus hingga dhall lembut dan pecah2. Guna periuk pressure coker lagi cepat. Rasa garam. Siap.

Khamis, 23 Jun 2016

Makna dlm doa

_CUBA  SEMAK DOA DUDUK DIANTARA DUA SUJUD BILA KITA HAYATI MAKNANYA_*:

*_√ ROBIGHFIRLII_*,
*_√ WARHAMNII_*,
*_√ WAJBURNII_*,
*_√ WARFA’NII_*,
*_√ WARZUQNII_*,
*_√ WAHDINI_*,
*_√ WA’AAFINII_*,
*_√ WA’FUANNII_*

Ketika orang ditanya, “doa" apakah yang paling sering dibaca oleh seorang muslim ?”, 
Banyak yang menjawabnya dengan salah. Begitu seringnya doa itu dibaca, sehingga ketika sedang membaca doa banyak yang tidak merasa berdoa.

Padahal doa  itu sangat dahsyat, mencakup keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minima 17 kali setiap hari

Doa itu adalah *_DOA DIANTARA DUA SUJUD_*, marilah kita renungi maknanya :

*_√ ROBIGHFIRLII_*.
Wahai Tuhan ampunilah dosaku. 
Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke redho اللّهُ  Dosa adalah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.

*_√ WARHAMNII_*.
Sayangilah diriku. 
Kalau kita disayang اللّهُ hidup akan terasa nyaman, kerana dengan kasih Sayang akan dapat dicapai semua cita2. Dengan kasih Sayang اللّهُ nafsu kita akan terbimbing.

*_√ WAJBURNII_*.
Tutuplah segala kekuranganku. 
Banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur, kurang sabar, kurang dpt  menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dll. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki اللّهُ , maka kita akan menjadi manusia sebenarnya.

*_√ WARFA’NII_*.
Tinggikanlah derajatku. 
Kalau اللّهُ sudah meninggikan derajat kita, maka pasti tidak ada manusia yang bisa menghinakan kita.

*_√ WARZUQNII_*.
Berikanlah aku rezeki, 
Sebagai hamba اللّهُ kita memerlukan rezeki  اللُ mampu mendatangkan rezeki dari arah yang tak terduga dan tanpa perhitungan.

*_√ WAHDINI_*.
Berikanlah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan. 
Kita tidak hanya minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan akhirat, tetapi kita juga minta petunjuk agar terhindar dari mengambil keputusan yang salah utk kebahagiaan di dunia.

*_√ WA’AAFINII_*.
Berikanlah aku kesihatan.
Apabila kita sihat kita bisa menambah kebaikan dan manfaat serta tidak menjadi beban orang lain.

*_√ WA’FUANNII_*.
Aku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan. 

Dari doa tsb diawali doa dengan mohon ampun dan kita akhiri dengan permohonan ampunan utk menghapus dosa. Sehingga kita berharap benar-benar bersih dari dosa.

ALLAH SWT memerintahkan kita untuk membaca doa itu, Rasulullah SAW mencontohkan kepada kita.

*_TERKADANG YG JADI PERSOALAN DI MANA HATI DAN  FIKIRAN KITA KETIKA KITA MEMBACA DOA ITU ?_*
*_DAN BANYAK DIANTARA KITA TIDAK MENGERTI MAKNANNYA_*.

Padahal dahsyat  doa tsb, dan masih banyak orang, entah dia imam atau pun makmum..., sering tergesa-gesa membacanya. Seharusnya  tuma'nina dgn meresapi dan benar2 meminta kepada ALLAH SWT.

Selasa, 7 Jun 2016

Nasi n ayam moroko

Resepi Ayam morocco.

Bahan2:
Garam
Serbuk kunyit
Serbuk Kulit Kayu Manis
Buah zaitun

Perap ayam dgn bahan diatas.

Tekan stirfry dan on dan Tumis Bawang holland + kayu manis hingga naik bau. Masukkn ayam.high presure 15 minit

Nasi Morocco

Bahan2:
Bwg besar
Kulit kayu manis
Tomato

Tekan stirfry dan on danTumis bhn di atas hingga naik bau. Masukkn 1 sb rempah nasi arab, 1 sk s.kunyit, 1sk s.kayu manis, garam, 1 kuib ayam, 1 kg beras dan 1.4 liter air.high presure 3 minit.

Hidangkan selamat mencuba.

Rabu, 25 Mei 2016

KOMBINASI JUS BUAH2AN

Saja nak share kepada kawan-kawan resepi kombinasi Jus Buahan dekat Ground Floor IJN. Semoga bermanfaat..

*Carrot + Ginger + Apple*
Boost dan membersihkan sistem dalaman badan..

*Apple + Timun + Saderi*
Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.

*Tomato + Carrot + Apple*
Meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau.

*Peria + Apple + Milk*
Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.

*Orange + Halia + Timun*
Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan panas badan.

*Nanas + Epal + Tembikai*
Untuk menghilangkan garam berlebihan, membersihkan pundi kencing dan buah pinggang.

*Apple + Timun + Kiwi*
Untuk mencerahkan warna kulit .

*Pear & Banana*
mengawal kandungan gula.

*Carrot + Apple + Pear + Mango*
meredakan panas badan, nyah toksik, menurun tekanan darah dan melawan pengoksidaan…awet muda !

*Honeydew + Grape + Tembikai + Susu*
Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2, meningkatkan aktiviti sel dan kuatkan imuniti badan

*Betik + Nanas + Susu*
Kaya dengan vitamin C , E, Besi, Mencerahkan warna kulit dan metabolisme.

*Pisang + Nanas + Susu*
Kaya dengan vitamin yang berkhasiat dan mengelakkan sembelit

Selamat mencuba!

Jumaat, 20 Mei 2016

CARA MANIS


Cara manis
2 cwn tpg gandum
3 cwn santan (1/2biji kelapa parut mesin dgn 4 helai daun pandan)
3 biji telur grade B
Secubit garam
1 sdt pewarna hijau
Mix semua dan tapis
Panaskan acuan baulu.Sapu minyak supaya x melekat.Masukkan adunan 3/4 acuan.L etakkan 1/3 sdt gula.Tutup dgn tudung periuk.Bila atasnya dah nmpk kering dan tepi kuih lekang, boleh la angkat.

Isnin, 25 April 2016

Kuah dall parapu

RESIPI: KARI PARPPU / DHAL CARA PENYEDIAAN:
BAHAN-BAHAN:

250gm kacang parupu/dal.
1 cawan santan jika dikehendaki.
3 cili hijau dibelah dua.
1 sudu kecil halia dicincang.
3 biji cili kering.
1 sudu kecil (tsp) serbuk cili.
1 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
1  sudu kecil (tsp) biji jintan putih.
1/2 sudu  kecil (tsp) biji jintan manis.
1/2 sudu kecil (tsp) Garam Masala (sekiranya ada).
1 sudu besar "sambar powder" ada jual dibhg rempah Hyper Market Maidin
1 sudu kecil (tsp) gula.
secubit Astafeida - tidak kemestian
Garam secukup rasa.
Minyak untuk menumis.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:

1. Masak kacang parupu dengan 3 cawan (cup) air, masukkan serbuk kunyit, serbuk cili. Sekiranya tak cukup air semasa memasak boleh tambah air sedikit tetapi jangan terlalu banyak. Setelah masak secukup dan asingkan parpu yang telah masak.

2. Panaskan periok atau kuali dengan api sederhana besar dan masukkan minyak untuk tumis. Bila minyak panas masukkan cili kering, biji jintan putih dan manis,  (Halba Campur) masukkan daun kari sedikit dan halia cicang. Bila biji rempah mula meletop, masukkan cili hijau.

3. Masukkan "serbuk astofeida" sekiranya suka pada baunya tapi mamak haji tak galakan orang melayu gunakan astofeida ini -terpulanglah. Awas jangan sampai hangus tumisan anda nanti pahit pulak kari anda. Masukkan serta-merta parpu yang telah masak tadi kedalam tumisan. Tumis campuran parupu dalam 2-3 minit lagi dengan adunkan rempah-rempah tadi.

4. Masukkan air mengikut kepekatan yang anda kehendaki. Pada masa ini juga, sekiranya anda suka bolehlah masukkan sayur-sayuran (labu air), kentang, tomato, dan karot. Biarkan kentang masak secukup. Masukkan garam secukup rasa. Perhatikan mamak haji suruh masukkan garam diakhir ubi kentang masak kerana garam akan melambatkan ubi kentang masak. Sekiranya garam dimasukkan diawal masakan, kita tidak boleh tentukan jumlah garam yang diperlukan ia semasa cair dan selepas bertukar menjadi pekat. Dengan sebab itu masukkan garam di akhir setiap masakan.

5. Masukkan santan (kalau nak berlemak sedikit..biasanya tidak masukkan) dan tentukan kepekatan kari yang anda kehendaki, biasanya rakyat di India Utara tidak  gunakan santan. Biarkan ia dimasak 5 minit lagi sehinnga mendidih untuk tidak cepat basi. Keluarkan dari dapur dan hidangkan. Kari parupu ini amat sesuai menjadi kuah pencicah untuk roti canai, capati, tosai atau roti potong. Khasiat parupu yang tinggi protein itu sangat sesuai untuk kanak-kanak dan juga kepada ingin menjaga diet dalam makanan. Selamat mencuba.