Isnin, 25 April 2016

Kuah dall parapu

RESIPI: KARI PARPPU / DHAL CARA PENYEDIAAN:
BAHAN-BAHAN:

250gm kacang parupu/dal.
1 cawan santan jika dikehendaki.
3 cili hijau dibelah dua.
1 sudu kecil halia dicincang.
3 biji cili kering.
1 sudu kecil (tsp) serbuk cili.
1 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
1  sudu kecil (tsp) biji jintan putih.
1/2 sudu  kecil (tsp) biji jintan manis.
1/2 sudu kecil (tsp) Garam Masala (sekiranya ada).
1 sudu besar "sambar powder" ada jual dibhg rempah Hyper Market Maidin
1 sudu kecil (tsp) gula.
secubit Astafeida - tidak kemestian
Garam secukup rasa.
Minyak untuk menumis.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:

1. Masak kacang parupu dengan 3 cawan (cup) air, masukkan serbuk kunyit, serbuk cili. Sekiranya tak cukup air semasa memasak boleh tambah air sedikit tetapi jangan terlalu banyak. Setelah masak secukup dan asingkan parpu yang telah masak.

2. Panaskan periok atau kuali dengan api sederhana besar dan masukkan minyak untuk tumis. Bila minyak panas masukkan cili kering, biji jintan putih dan manis,  (Halba Campur) masukkan daun kari sedikit dan halia cicang. Bila biji rempah mula meletop, masukkan cili hijau.

3. Masukkan "serbuk astofeida" sekiranya suka pada baunya tapi mamak haji tak galakan orang melayu gunakan astofeida ini -terpulanglah. Awas jangan sampai hangus tumisan anda nanti pahit pulak kari anda. Masukkan serta-merta parpu yang telah masak tadi kedalam tumisan. Tumis campuran parupu dalam 2-3 minit lagi dengan adunkan rempah-rempah tadi.

4. Masukkan air mengikut kepekatan yang anda kehendaki. Pada masa ini juga, sekiranya anda suka bolehlah masukkan sayur-sayuran (labu air), kentang, tomato, dan karot. Biarkan kentang masak secukup. Masukkan garam secukup rasa. Perhatikan mamak haji suruh masukkan garam diakhir ubi kentang masak kerana garam akan melambatkan ubi kentang masak. Sekiranya garam dimasukkan diawal masakan, kita tidak boleh tentukan jumlah garam yang diperlukan ia semasa cair dan selepas bertukar menjadi pekat. Dengan sebab itu masukkan garam di akhir setiap masakan.

5. Masukkan santan (kalau nak berlemak sedikit..biasanya tidak masukkan) dan tentukan kepekatan kari yang anda kehendaki, biasanya rakyat di India Utara tidak  gunakan santan. Biarkan ia dimasak 5 minit lagi sehinnga mendidih untuk tidak cepat basi. Keluarkan dari dapur dan hidangkan. Kari parupu ini amat sesuai menjadi kuah pencicah untuk roti canai, capati, tosai atau roti potong. Khasiat parupu yang tinggi protein itu sangat sesuai untuk kanak-kanak dan juga kepada ingin menjaga diet dalam makanan. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan