MEE REBUS MARIAM
Bahan:
3OOG daging hiris nipis dan rebus lembut.
600g keledek buang kulit rebus n kisar
1cawan udang kering rendam kisar
Rempah:
3 biji bawang besar*
8biji bawang putih*
3 batang serai*
1" halia*
1" lengkuas*
1/2 cawan cili kisar
1/4 cawan rempah kari daging
1/4 cawan rempah kari ikan
2 bunga lawang. 3 buah pelaga. 1 batang kayu manis.
*bahan dikisar halus.
1/2 cawan gula melaka+3 tbsp gula pasir. Kuah biar terasa manis sedikit
1 tbsp garam .blh tambah ikut rasa.
Cara:
1/2 cawan minyak. Tumiskan cili hingga wangi. Masukkan bahan mesin bertanda* kemudian diikuti dgn rempah kari. Biar lama sedikit tumis.
Masukkan daging rebus bersama airnya. Udang kering. Keledek kisar. Biar kuah sederhana pekat dgn kisaran keledek saja..
Masukkan gula garam. Rasa secukup rasa yg dikehendaki. Biar ada manis2 sedikit..
Celur mee kuning. Sawi. Taugeh biar segar. Daun sup. Tauhu goreng. Limau kasturi. Cili potong.bawang goreng. Telor rebus..hidangkan. selamat mencuba..
Bersama saya untuk mengetahui teknologi terkini dalam masakan yang dapat menjimatkan masa, tenaga dan gas memasak. Juga saya akan kongsikan resepi-resepi masakan yang saya pernah dan akan cuba! Cookline Malaysia.
Isnin, 31 Oktober 2016
MEE REBUS MARIAM
Khamis, 27 Oktober 2016
ICE CREAM YOGURT
Resepi Yogurt Ice Cream
Jangan lupa
Bahan2
250gm Plain Yogurt
250gm Dairy Whipping Cream
250gm Non Dairy Whipping Cream
200gm Susu Pekat Manis
2sdb perahan jus lemon
200gm Filling Mangga
2 biji Buah mangga (potong dadu)
200gm Filling Kiwi
4biji buah kiwi (potong dadu)
Hershey's Coklat
Hershey's strawberry
250gm Buah strawberi (potong 8)
Cup secukupnya
Cara2
1. Pukul Non dairy whipping hingga kembang. Ketepikan.
2. Pukul Dairy whipping cream hingga kental.
3. Satukan non dairy whipping cream dengan whipping.
4. Masukkan plain yogurt, jus lemon dan susu. Kacau sebati.
5. Masukkan adunan dalam paiping bag.
6. Paipkan adunan dalam bekas layerkan dengan filling mangga / filling kiwi / hershey's coklat / hershey's strawberi.
7. Buat beberapa lapisan antara yogurt dan filling.
8. Akhir sekali paipkan Filling dan hias dengan buah segar atau coklat.
9. Simpan dalam chiller k
Selamat mencuba
ROJAK AYAM GORENG ALA SG ULAR
AYAM PERAP BBQ
Ayam Perap BBQ
Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
½ inci lengkuas
2 batang serai
1 botol sos BBQ(ada jual kat supermarket p la carik apa2 brand pun ok)
3 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar mentega/margerin or minyak
1/2 cawan kicap pekat manis(saya buh tak sampai 1/2 pun ni agak2 ye kang negro lak ayam nya)
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada sulah@lada hitam(saya buh lada hitam best lagi dr lada putih)
garam secukup rasa
Cara Cara Dia :-
1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai
2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.
3.Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.
Tambahan:
Selain ayam, boleh guna sosej atau daging juga.
Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar2 sikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap.
Baki perap boleh simpan didalam peti sejuk, utk digunakan di masa akan dtg.
BBQ lebih sedap diperap lebih lama.
Mula2 perap sekurang2nya 3jam dlm suhu bilik, lepas tu masukkan dlm peti sejuk.
Pada hari yg nak masak nnt, baru keluarkan, dan biarkan ais cair dulu.
kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih :)
==================
Anda menderita penyakit psoriasis,ruam bayi & semua jenis penyakit kulit ? ??? Ingin mencari penawar yang sangat mujarab?Boleh dapatkan disini >> Penawar Ruam Bayi & Kanak-Kanak No.1
Sila like sekarang untuk mendapatkan lagi info lanjut dan testimoni pengguna yang sangat berpuas hati dengan kemujaraban penawar tradisional ini
===================
Nak lagi resepi? like je Resepi Sedap
Rabu, 26 Oktober 2016
PUTERI AYU
Ni petua utk dptkan p.ayu yg gebu, lembut n x bantat.
Resepi sy guna.
Guna kaedah pic A .
Utk adunan 1cup, 2/3 @ 3/4 telur sama ja 3bj
Blh guna 3sukatan. Guna bekas ada sukatan. Pic rujuk komen
1cup dpt 50bj
3/4 dpt 40bj
1/2 dpt 30bj
3bj telur A
Gula 1cwn@ lbh ckit
Ovelet 1sb
Baking powder 1sk
Santan@susu cair 1cwn
Daun pandan 5helai blander dgn santan @ susu cair.
Pwarna hijau.
T. Gandum 2cwn.
Kelapa parut + garam+ T.ubi.
Sapu minyak pd acuan.
Sy sll guna susu cair
sumbr resepi : Cah Sah #mahn
BROWNIES WALNUT
Malam ini abang ajar kau kali terakhir untuk buat brownies. Nantilah abang ceritakan sebabnya. Hihi kasi suspen sikit kan.
Tak apa. Malam ini abang sanggup bongkar rahsia Brownies Walnut abang pada kau orang. Punyalah abang sayangkan kau orang. Yelah, hari rabu begini memang lemau sahaja kau orang itu. Kan? Kahkahkah. Dah jom masak.
Brownies Walnut ByKHM. Cewah.
250gm Dark Choc Compound
80gm Milk Choc Compound
250gm butter
180gm tepung gandum
250gm gula halus
80gm serbuk koko
1/2 cawan walnut
4 biji telur gred A.
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla.
cara-caranya kau tengok gambar.
Share sahaja, tak usah minta izin. Semua status abang public belaka. Tak ada rahsia-rahsia.
AYAM GORENG REMPAH
AYAM GORENG BEREMPAH
Ayam goreng rempah ni memang sangat sedap jika dimakan dengan nasi lemak ataupun nasi ayam penyet. Sangat mudah disediakan dan rasa dia memang terbaik!
Bahan:
12 - 15 ketul ayam
3 batang serai dikisar halus
3 biji bawang putih dikisar halus
1 inci halia dikisar halus
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
2 sudu teh garam
Cara:
1. Perapkan ayam dengan semua bahan sehingga sebati. Perap di dalam peti ais sekurang kurangnya 2 jam. Lebih lama perap, lebih bagus.
2. Gorengkan ayam menggunakan api sederhana sehingga gelap keemasan.
----
✔ Ada tips lain? Kongsikan di ruangan komen
✔ SHARE untuk save video ini di wall anda
✔ TAG ahli keluarga dan rakan rakan untuk manfaat bersama
SUNQUICK COTTON CAKE
Resepi ini telah diambil dari fb Insan Terluka
Ini kali yg ke 40 saya buat sunquict cotton kek... kat luar sepotong dah Rm 6... buat sendiri bahan x sampai 10 ringgit puas hati sgt makan sampai muak... huhu
Resepi saya sertakan skali
Bahan2...
5 biji putih telur
5 biji kuning telur
1/2 cawan gula
1 sudu makan cream of tartar/cuka makan
1 cwan tepung gandum
1 sudu makan baking powder
5 sudu makan butter
2 sudu makan susu pekat
1/4 cawan air/susu cair( x payah tmbah air)
2 sudu besar sunquit
1 sudu makan esen vanila
cara-caranya:-
Ok mula2 cairkan butter,susu pekat dan air menggunakan kaedah double boil.. saya guna susu pekat tu sbb susu cair x de..
Bila dah cair biarkan suam.. dah suam letak esen vanila dan kuning telur satu persatu... masukn pula tepung dan bkg powder yg dah ayak gaul sebati last skali masukan sunquict..kacau dengan wisk je biarkan dulu...
Step ke2 mix putih telur sampai kembang masuk gula sedikit demi sedikit dah gebu masuk cream of tartar mix lg sampai bertanduk. Bila di terbalikan ianya x akan jatuh...
Campurkan semua bahan kaup balik je..
Then sapu loyang dengan butter/minyak/kertas minyak
Hempap sikit bg angin keluar dan bakar kek menggunakan kaedah steam bath untuk oven bawah 100 liter dengan suhu 150 darjah 45 minit.. oven 100 L dlm suhu 160 darjah 55 minit..
Api atas bawah ye
==================
Anda diserang penyakit Asma/Semput/Lelah ??? Ingin mencari penawar yang sangat mujarab?Boleh dapatkan disini -> Penawar Asma,Batuk,Semput Dan Lelah Mujarab
Sila like sekarang untuk mendapatkan lagi info lanjut dan testimoni pengguna yang sangat berpuas hati dengan kemujaraban penawar tradisional ini
===================
Nak lagi resepi? like je Sedapnya Resepi Ini
RENDANG TO SURIANI SU
Rendang Tok
Bahan A
1 kg daging ~ dihiris
2 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa (ambil isi hiris nipis ~ jika suka)
3 sudu makan gula merah
3 keping asam gelugur
3 helai daun kunyit ~ hiris halus
Daun limau purut
Garam secukup rasa
minyak masak secukupnya
Bahan B (dikisar halus)
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan lada hitam
10 ulas bawang merah
3 kuntum bunga lawang ~ pecah2kan dulu dengan lesung batu
5 kuntum cengkih
25 tangkai cili kering ~ rebus kejap
5 biji cili api (jika suka)
3 inci halia
5 batang serai
1 1/2 inci lengkuas
Cara menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan masakkan sehingga daging lembut. Jika daging jenis keras tambahkan 3 cawan air dan masak hingga daging lembut.
3. Masukkan santan pekat, garam, gula merah, kerisik, daun limau purut, daun kunyit dan asam gelugur.
4. Masak sehingga pekat dan naik minyak. Kacau sekali sekala.
5 Tutup api & hidangkan.
CHICKEN FLOSS
Ayam yg dah direbus dlm 300g carik2 Kecik
5sudu besar gula
2.5 sudu besar fish sos
1.5 sudu besar air
1.5 sudu besar kicap lemak manis
Msuk semu dlm BM set utk buat jem x 2 Kali buat....jd la chicken floss yg sdap ni....slmt mcuba
Jumaat, 21 Oktober 2016
Apsm coklat lembab
apam coklat lembab. senang bangat. anak2 pun boleh bancuh.
2 cwn gandum
1cwn serbuk koko
1 1/2 cwn gula
1/2 cwn susu pekat
1sk soda
1sk penaik
1sk nescafe
2 biji telor
1cwn susu low fat
1cwn minyak
1cwn air panas.
cara:
gaul smua bahan kering. tepung , koko,gula,soda,penaik, nescafe.
masukkan, telo, minyak, air panas,susu pekat, susu low fat..
gaul sebati.
panaskan pengukus.masukkan dlm cup apam. kukus 15minit. siap!!!.
nak lagi resepi?like je Resepi Sedap
Rabu, 12 Oktober 2016
Roti gebuzz
So gebus!
Resepi roti viral dgn bhn2 mudah dan cara2 yg mudah.Dgn inti redbean dan choc chips.
Resepi esok2 la ya, tgh mlm nak zzzzz dulu.
Gudnite.
The killer soft bread
260gm tpg hi protein/tpg roti
3gm dry instant yeast
180gm - 1 egg mix with full cream milk (sejuk dari peti ais)
30gm gula
2gm garam
30gm butter
Masukkan semua dlm mixer/bread maker kecuali butter.Mix sebati, tmbh butter dan mix hingga doh elastik.
Bentukkan doh, letakkan dlm loyang yg telah digriskan dgn shortening. (Pilihan sendiri nak isikan pelbagai inti, saya guna choc chips dan redbean).
Kembangkan doh 3x ganda dari saiz asal.Saya ambil masa 1 jam 30 minit.Bakar suhu 170c selama 20 minit.
BAKED DONUT
Baked donuts
1 cup buuter/ majerin
1 1/2 cup sugar
2 eggs
3 cups flour
4 1/12 tsp baking pdr
1/2tsp salt
1/2 tsp nutmeg
1 cup milk
1/2 tsp cinnamon
*Blend 1/2 cup+ 2tbsp butter + 1 cup sugar
* add eggs mix well
* sift flour.nutmeg.baking pdr.salt n add to the mix
*Add milk n mix well
* filled greased muffin tin 2/3full
*bake 350 degree 15-20 min.
*melt the remaining butter.roll the donut while warm n then cinnamon n sugar
SUP TULANG DAGING CINCANG KUAH DHALL ROTI CANAI
sup tulang + daging cincang
2kg +1daging
1sudu serbuk kayu manis
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar
cara
rebus tulang n daging dgn daun betik sekejap sebelum daunnya lecuh angkat
x perlu letak garam
setelahlembut tumis rempah diatas dgn bawang hiris n simbahkan keatas rebusan daging
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
kelas kuah dhal roti canai
1kg kacang dal. basuh bersih n rendam semalaman
serbok pasti sedap/sesedap rasa
1 sudu makan halba campuran
5 biji bawang besar potong 6
10 tangkai cili kering
carot 2 batang
terong 2 batang
SOS KEROPOK LEKOR & SOS KICAP CECAH & SAMBAL BELACAN
Sos keropok lekor
1/2 kg cili kering buang biji rebus sampai lembut
15 labu bawag putih direbus
1/2 kg kismis hitam
Asam jawa
Gula kabung nipis original
Gula pasir
Garam
Semua bahan diblend jerang atas dapur sehingga pekat
Sos kicap cicah
1/2 kg cili padi rebus
3labu bawang putih rebus
Kicap manis
Kicap masin
Air asam limau kasturi
Sedikit garam
Mesin semua jerang atas dapor
Sehingga likat
Jika untuk buat cicah mangga
Ambil sedikit gula enau taborkan
Kacang tumbuk n bijan bakar
Sambal belacan
1 kg cili merah goreng
1/2 kg cili padi goreng
400g ikan bilis goreng
1/2 kg belacan goreng
15 biji bawang besar/1/2 kg bawang kecil goreng
Air limau kasturi
Sedikit garam.gula
Semua diblend dgn air asam limau n lebihan minyak goreng.
APAM TOKYO
APAM TOKYO
kulitnya
2 cwn tpg gandum
2 cwn air
1/2 sudu teh garam.
1 biji telor.
1 pkt yeast mauripan
2 sudu besar gula
Pewarna
Blender semua biar 1/2 jam
INTINYA
3 cwn air
1 cwn gula pasir
1 cwn tpg
2 sudu besar kastad
Pewana.
Isnin, 10 Oktober 2016
AYAM GORENG LEKAT REMPAH
Isnin, 3 Oktober 2016
CUCUR PASEMBOQ
RESEPI CUCUR UDANG UNTUK PASSEMBUR ATAU ROJAK MAMAK:
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum (biasanya 1 cawan = 100gm).
1 cawan tepung beras.
3 sudu besar (tbsp) tepung jagung.
3 sudu besar (tbsp) kelapa parut/ gunakan yang kering. Tak perlu beli, goreng kering di atas kuali dengan api sederhana. kalau malas tak payah bubuh pun.
1 sudu kecil (tsp) Yis segera/ Mauripan 11gm setengah paket.
1/2 sudu kecil baking powder.
1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam (jangan panas!). Larutkan yis. Biarkan 10 minit sebelum dicurahkan kedalam tepung.
3/4 sudu kecil (tsp) garam.
Nota: Mamak haji tak tambah kisaran udang, taugeh, kucai, bawang atau cili hijau. kita cuba tepungnya dulu sebelum kita jadikan ia digunakan untuk “resepi passembur”. Anda boleh ikut resepi cucur udang mamak penang dalam posting lama.
Caranya sama untuk cucur ini kita tambah tepung beras untuk mengeraskan dan tepung jagung untuk tidak menjadikan hasil gorengan yang terlalu keras tetapi jadikan ranggup. kalau tidak masukkan tepung jagung ia akan jadi seperti kueh tempeyek.
CARA MEMBUATNYA:
1. Adunkan tepung beras, gandum, jagung, baking powder dab garam serata. Masukkan larutan gula bersama yis dalam adunan tepung. Bancuh tepung serata. Kalau nak berbentuk bulat cucur, cairkan sedikit tapi kalau inginkan cucur berbentukk selinder (bulat memanjang) pekatkan sedikit ditambah tepung gandum. Jenis selinder ini kita perlu gunakan sudip untuk memindahkan kedalam kuali untuk gorengan.
2. Tutup bekas adunan. Biarkan (peraman) selama sekurang-kurangnya satu jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan menjadi masam. Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.
3. Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali. Masukan nyioq parut (susah nya nak sebut kelapa). Gaulkan kembali adunan. Sambil itu boleh panaskan kuali dengan minyak masak “CAP FELDA FVGH” sebelum naik harga minyak masak naik!.
4. Ini nak goreng ini, uji dan pastikan minyak betul-betul panas dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi kedalam minyak untuk menetukan kepanasan. Minyak kalau tak panas, minyak masak diserap ke dalam cucur anda. Ini akan jadikan bukannya cucur udang tapi cucur minyak. Terlalu panas akan menghanguskan cucur. pandai-pandai kawal suhu panas. kalau nak sejukan minyak panas masukan sedikit minyak baru ke dalam kuali. Kepanasan Minyak gorengn jangan sampai ia berasap (terbakar), ia buruk untuk kesihatan yang membentuk asid. Inilah sebab kadang-kala bila makan gorengan tekak kita gatal dan batuk-batuk. Minyak yang telah berasap tidak boleh digunakan.
Mana nak buang?. Kenapa majlis tak mahu sediakan tempat kumpul minyak?. Kononnya dasar “hijau”. Hijau itu warna rasmi Petronas bukan Parti Pas.
5. Cara goreng gunakan sudip, panaskan sudip kedalam minyak panas selama 1-2 minit. Ambil adunan tepung dengan sudu (2 sudu) dan tolak dengan sudu yang lain, masukkan dalam minyak panas. Tepung kadang-kala melekat di sudip, untuk elakan biarkan dia masak sedikit kemudian baru tolak masuk. Kalau punyai sudip yang tak melekat (non-stick ceramic) amat sesuai. Buat perlahan-lahan untuk memahirkan.
6. Cara tuang tepung di tepi kuali menggunakan senduk dan tuang ditepi kuali. Yang melekat itu boleh ditolak dengan sudip. Untuk ini tepung perlu cair sedikit kerana ia akan meleleh perlahan masuk ke dalam kuali. Tepung yang masih terlekat atas paras minyak di kuali boleh ditolak masuk dengan sudip bila tepung mulai masak.
7. Meletakan udang di atas cucur memang masalah pada yang mula buat. Nanti udang ke mana cucur ke mana. Untuk memudahkan udang melekat di atas cucur, bersihkan udang dan masukan sedikit tepung gandum supaya udang diselaputi dengan tepung. Tepung ini perlu cair. Ia seperti kita buat “gam” untuk roti sardin atau popia. Letakan udang disalut tepung ini pada peringkat cucur mula masak dan kita tolak masuk kedalam minyak. Pasti udang tak berenang dalam minyak.
8. Cucur yang masak akan terapong dan bertukar menjadi warna kekuningan. kalau anda nak warna seperti cucur udang mamak, tambahkan sedikit pewarna” Red Orange” atau “oren merah” bukan kuning telor. Cucur yang masak kita boleh tentukan dengan tidak ada gelembong udara dikeluarkan dari cucur yang tengah masak. Ini bermakna kandungan air dalam cucur telah sejat. haba mainkan peranan utama dalam setiap gorengan. Garing bermakna mengeluarkan kandungan air dalam setiap gorengan.Nota: Kekerasan cucur udang ini terletak pada tepung beras. Kalau ia lembut dan kita nak keras, tambahkan tepung beras. Kekerasan juga kadang-kala terletak cara kita goreng atau kandungan air yang terdapat dalam gorengan itu. Ini termasukan kepekatan tepung gorengan. Maka terus mencuba untuk mendapatkan gorengan terbaik dengan melatih. Kena melatih sendiri untuk memahirkan diri. Masak ini memerlukan kesabaran, ketabahan, tidak mengaku kalah atau kecewa. Kena lakukan sendiri dengan minat mendalam. Takat salin resepi dan buat berniaga ia tak menjadi. Cucur udang passembur kita perlu berlainan dari orang lain. Maka kita perlu punyai daya cipta dan kreativiti dalam perniagaan untuk terus maju.. Wassalam.