Isnin, 31 Oktober 2016

MEE REBUS MARIAM

MEE REBUS MARIAM
Bahan:
3OOG daging hiris nipis dan rebus lembut.
600g keledek buang kulit rebus n kisar
1cawan udang kering rendam kisar
Rempah:
3 biji bawang besar*
8biji bawang putih*
3 batang serai*
1" halia*
1" lengkuas*
1/2 cawan cili kisar
1/4 cawan rempah kari daging
1/4 cawan rempah kari ikan
2 bunga lawang. 3 buah pelaga. 1 batang kayu manis.
*bahan dikisar halus.
1/2 cawan gula melaka+3 tbsp gula pasir. Kuah biar terasa manis sedikit
1 tbsp garam .blh tambah ikut rasa.
Cara:
1/2 cawan minyak. Tumiskan cili hingga wangi. Masukkan bahan mesin bertanda* kemudian diikuti dgn rempah kari. Biar lama sedikit tumis.
Masukkan daging rebus bersama airnya. Udang kering. Keledek kisar. Biar kuah sederhana pekat dgn kisaran keledek saja..
Masukkan gula garam. Rasa secukup rasa yg dikehendaki. Biar ada manis2 sedikit..
Celur mee kuning. Sawi. Taugeh biar segar. Daun sup. Tauhu goreng. Limau kasturi. Cili potong.bawang goreng. Telor rebus..hidangkan. selamat mencuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan