RESIPI : CHICKEN 65 'ALA MAMAK HAJI.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
A. Untuk pemerapan isi Ayam selama sekurang-kurang 30 minit atau semalaman di petisejuk.
- 1 kg. bahagian dada Ayam yang dibuang kulit dan tulang,
- 1 sudu teh Serbuk Cili.
- 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam kasar.
- 2 sudu besar tairu / yogurt - tidak kemestian.
- Garam secukup rasa.
B. Untuk mengoreng ketulan ayam dulu:
- 2 biji telur ambil putih telur.
- 1 sudu besar tepung jagung.
- 2 sudu besar tepung gandum.
- 3 sudu besar tepung beras.
- 1/4 sudu kecil baking powder.
- Garam secukup rasa.
- 1/4 sudu kecil pewarna merah oren (pewarna magic mamak).
- Minyak Masak untuk goreng.
* Nota: Guna tepung "tepung goreng ayam" ready made pun Ok je.
C. Penyediaan Perencah:
- 1 sudu besar pes halia. - kopek kulit halia dan hiris dan blender halus.
- 1 sudu besar pes bawang putih - kopek dan blender halus.
- 4 sudu besar yogurt Nestle Natural.
- 1/4 sudu kecil pewarna merah oren.
- 1 sudu besar jus lemon / jus limau nipis.
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Potong isi ayam bahagian dada dadu yang bersize nugget ayam. Masukan serbuk cili, serbuk lada hitam, yogurt dan garam. Gaulkan dan perap sekurang-kurang 30 minit, yang terbaik semalaman dlm peti sejuk.
2. Selepas jangka waktu perap, masukkan tepung jagung, tepung beras tepung gandum, dan putih telur. Adunkan rata dengan keulan ayam.
3. Panaskan minyak dalam kuali, goreng sehingga ketulan ayam masak sehingga berwarna keperangan. Jangan masukkan sekali longgokkan isi ayam dalam kuali. Goreng sedikit demi sedikit. Tapis minyak dan asingkan hasil gorengan tadi.
4. Panaskan kuali yang telah bersihkan dan masukkan 2 sudu besar minyak yang berlebihan dari hasil gorengan tadi. Bila minyak jadi panas masukkan pes bawang putih dan pes halia. goreng sehingga warnanya bertukar kuning keemasan (jangan sampai hangus pulak). Kecilkan api dapur. Masukkan yogurt, pewarna oren dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga mendidih. Selepas mendidih. Masukkan isi ayam yang telah digoreng dan kacau rata. Besarkan sedikit apai dapur dan Masak ketulan ayam ini sehingga kuahnya kering. Awas!, perlu sentiasa kacau, jika tidak hangus nanti.
5. Matikan api dapur dan masukkan jus lemon. Kacau rata. Hidangan anda telah siap. Boleh dihiaskan dengan hirisan cili hijau daun ketumbar / pudina. selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan