Peberet saya suka buat donat,antara koleksi yang ada,siapa suka makan donat gemokss, sila tekan Like (Y)
1)Resipi Donut Gemoks (I)
500gm tepung high protein(cap kuda/diamond dan lelain-boleh beli yg unbleach)
10gm yis (jenama saf instant)
45gm gula halus (boleh tambah jika nak lbh manis)
5gm superbake (beli dr golden republic)
3gm double action baking powder
1biji telur (takda pun tak apa)
30-40gm planta
5gm garam
230-240ml air sejuk (cold water)-letak air sesikit dan jangan letak semua sekali ye.
Cara-cara:
1)masukkan semua bahan ke dalam mixer dan uli doh sehingga elastic dan licin.
2.keluarkan doh dan letak doh di atas papan pencanai yang bersih.boleh tabur tepung elak melekat(saya alas dengan plastik atas meja dan sapu sedikit minyak)
3)timbang doh seberat 40gm dan bulatkan sampai habis.(if nak donut size besar timbang 55-60gm)
4.rehatkan 15minit dan canai bulat kmudian lubangkan dengan penutup botol.
3.perap doh selama 30minit atau sehingga mencapai kembang yang sempurna.(had masa bergantung pd cuaca tempat puan-puan)
4)goreng dengan api perlahan
5)sejukkan dan boleh hias ikut suka anda.selamat mencuba
2)Resipi Donut (II)
Bahan A
500gm tepung gandum high protein
65gm gula
10gm yis
5gm superbake atau apa2 improver
3gm baking powder
Esen vanila
220-250ml air sejuk (cold water)-kaksue guna susu segar farm fresh atau susu cair
Bahan B
60-65 gm marjerin
Cara-Cara:
1)campurkan semua bahan A dalam mixer,garam jgn letak skali dgn yis,letak bucu lelain dlm mixer yea.
2.Uli dan masukkan air /susu segar sesikit,jangan letak semua sebab kita taknak doh kita lembik.kalau doh lembik nnti time goreng doh tenggelam dlm minyak.so hati hati ye.
3)uli adunan sampai elastik dan licin
4)timbang dan bulatkan doh
5)canai dan rehatkan sekejap sampai kembang dan goreng.
3)Resipi Donut Premium
(Kredit:Kak amie)
Bahan A:
350 gram tepung protein tinggi
200 gram tepung gandum
50 gram susu tepung
75 gram gula kastor
1 sudu teh garam
3 sudu teh (10 gram) yis segera
Bahan B:
1 biji telur gred A
170 gram air sejuk
80 gram krim putar
1 sudu teh esen vanilla (kaksue guna vanilla compound)
1 sudu teh perisa mentega (kaksue guna butter compound)
Bahan C:
40 gram mentega
30 gram butterol
1 sudu makan liquid bread improver
Info tambahan:
Bahan A - Lebihkan penggunaan tepung protein tinggi berbanding tepung gandum. Jika gunakan tepung protein tinggi sahaja lagi baik, tetapi jangan gunakan tepung gandum sepenuhnya. Untuk susu tepung pula, boleh gunakan apa-apa sahaja jenis susu tepung.
Bahan B - Hendaklah menggunakan air sejuk sepenuhnya, dan bukannya air suam supaya adunan naik dengan sempurna (Chef Khoo terangkan sebab-sebab pertemuan di antara yis dengan air sejuk atau air suam, tapi Amie terlupa... tak buat catatan). Gunakan krim putar yang mempunyai rasa manis seperti Value Pride, dan bukannya jenis UHT seperti jenama Anchor yang tawar itu. Jika tidak mempunyai perisa mentega, boleh gunakan perisa vanilla sahaja.
Bahan C - Jika tidak ada butterol, gunakan sahaja marjerin. Dan jika tidak ada liquid bread improver, gantikan dengan serbuk penaik lain.
Jika suka, tambahkan sedikit pewarna kuning supaya doh mempunyai warna yang cantik.
Cara:
1. Campurkan semua Bahan A di dalam mangkuk pemukul.
2. Masukkan Bahan B ke dalam campuran Bahan A dan pukul menggunakan kelajuan perlahan selama 1-2 minit.
3. Tukar kepada kelajuan sederhana, dan kemudian masukkan Bahan C. Pukul lagi selama 5-6 minit sehingga adunan menjadi licin.
4. Keluarkan adunan donut, dan biarkan ditutup untuk rehat selama 30 minit.
5. Ratakan adunan donut setebal 2cm menggunakan kayu penggelek, dan taburkan sedikit tepung gandum di bawah dan permukaan adunan.
6. Tutup dengan plastik dan rehatkan seketika.
7. Buka plastik penutup dan angkat adunan tadi dan kembalikan semula ke tempat asal. Adunan akan menjadi mengecil sedikit.
8. Gunakan acuan donut untuk menerap bentuk yang dikehendaki.
9. Susun di atas dulang yang telah ditabur dengan sedikit tepung.
10. Biarkan donut kembang sehingga menjadi 2 kali ganda.
11. Goreng sehingga kuning keemasan menggunakan api sederhana panas.
Peringatan: Sekiranya mesin pemukul anda bersaiz kecil, buat separuh adunan sahaja kerana doh tidak akan menjadi dengan sempurna sekiranya adunan terlalu banyak.
Resipi Topping:
Kredit:KakAmie Little Kitchen
Cheesy Cheese Doughnut
1)Bahan untuk topping:
250 gram coklat putih
250 gram keju cheddar (jika tidak ada tidak mengapa)
100 gram keju parmesan
150 gram UHT cream
Cara:
1. Coklat putih dicairkan secara double boil bersama UHT cream.
2. Parut keju parmesan - (boleh gunakan serbuk keju parmesan)
2)Bahan untuk filling:
250 gram krim keju
80 gram gula icing
40 gram UHT whipping cream
Cara:
1. Putar krim keju dengan gula icing sehingga lembut.
2. Masukkan krim putar (UHT whipping cream) dan gaul rata.
Nak isi filling dalam donut,
i)tebuk dan lubangkan donut
ii)kaksue guna kayu chopstick shj tebuk dgn hati2 yea
iii)kemudian,pipe kan filling yang kita letak dlm plastik yg dah di gunting ke dalam lubang yg dah kita buat tadi.harap korang boleh faham yea
3)Topping coklat
-hanya perlu double boiler white choc or dark compound choc kemudian celup dan hiaskan donut gemoks anda dengan taburan kesukaan anda
Contoh:badam/hirisan kacang/ore0/cornflakes dan lelain
Tips Untuk dapatkan donut gebu:
1.pastikan uli doh licin dan tak lembik
2.timbang dan bulatkan dengan licin.Rounding elok2 time ni,klu rounding tak cantik so ms goreng pun jd tak brapa cantik
3.donut ni jangan overproof,time bila ready nak goreng kena cek.doh ringan tp tak melekat bila kita angkat donut untuk goreng.Kita boleh timang2 atas tgn kita.
4.donut jgn bagi kena tepung permukaan dia tu klu nak donut licin cantik lpas goreng.Klu kena tepung tekstur kulit donut kasar.
5.Goreng donut guna api perlahan,panaskan minyak dan bebetul pns br goreng ye tp api kecik jer.jgn buka api dapur mcm nak bakar hutan.hihi
6.masa goreng perhati jangan main facebook ye dan terbalik donut tu 2x jer jgn byk kali.dan jgn suka usik2 donut dlm kuali.
7.angkat dan sejat serta sejukkan
8.dan suam2 kuku br salutkan gula or any topping.jgn salutkan gula time panas.Nanti cair gula nya nanti.
Tips lagi:
1)Guna gula kastor halus boleh beli di bakery biasa
2)Nak donut sedap letak esen vanila dan butter oil atau butter compound
3)Ketika goreng boleh letak sesudu or dua sudu shortening dlm minyak utk elak donut serap minyak.Saya pun baca tips org bagi.tak letak pun ok jer.
4)Guna saf instant yis lbh ok dari mauripan sbb kurang skit bau-tp terpulanglah pilihan masing2.
5)boleh guna improver superbake/bakerine plus dan lelain-(saya tak jual,just cadangkan)
6)guna coklat beryls klu nk sedap or apa2 brand.terpulang pd taste masing2.
7)Resipi Donut lebih kurang sahaja,boleh guna mana2 resipi ikut selesa yang penting practice dan buat,tak jadi buat lagi.buat sampai jadi tau.dan pastikan teknik pun betul,boleh blajar dgn cikgu2 yg buat PJJ.terpulang pd poket masing2.kaksue sekadar layan hobi shj.hihi.
Jadi selamat mencuba dan share lah yea
P/s:pilih mana2 resipi yang berkenan.
Sumber resepi : Suhasnida Ismail #mahn
Tiada ulasan:
Catat Ulasan