Sebelum dikongsikan resepi ini, Chef mohon sedekahkan surah Al-Fatihah (dengan bacaan) kepada Arwah Kak Norly Bakers. Resepi ini adalah daripada arwah dan semoga ilmu ini berpanjangan dan bermanfaat kepada semua. Pahalanya kita sedekahkan kepada arwah ya. Terima kasih.
Resepi Kek Red Velvet Gebus
Bahan A
240ml susu segar
2 sudu kecil cuka
4 sudu kecil pewarna merah
(satukan semua bahan A)
Bahan B
250g tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
(ayakkan semua bahan B)
Bahan C
150g mentega
250g gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur size A
Bahan D
2 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-caranya :
1. Campurkan mentega dan gula dan pukul sehingga kembang. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu. Mix sebati
2. Kemudian masukkan bahan A dan B secara selang seli. Jika mulakan dengan bahan B, akhiri dengan bahan B juga. Kacaukan sehingga sebati, jangan over beat.
3. Satukan bahan D dalam bekas,ia akan berbuih dan berbunyi, tunggu sehingga bunyi berhenti baru masukkan dalam adunan kek tadi. Kacau sebati.
4. Griskan loyang dan alaskan dengan kertas minyak. Sesuai untuk loyang 8 inci.
5. Bakar pada suhu 160' selama 50 minit atau sampai masak. Api atas bawah.
Chef hanya perantara dalam memanjangkan ilmu yang arwah pernah kongsikan.
Selamat Mencuba
Chef Ashiqin Sadikun
Social Entrepreneur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan