Selasa, 20 Mei 2014

Sekaya Pandan

Bahan-bahan
2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
2 ringgit santan pekat (500gm)
5 biji kuning telur
2 camb. tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)
1 helai daun pandan
Cara membuat
Gula dan air dicampurkan dan dipanaskan dengan api perlahan bagi menghasilkan gula hangus. Apabila gula menjadi kekuningan, masukkan santan pekat dah kacau sebentar hingga gula larut. Selepas itu biarkan adunan sehingga betul-betul sejuk.

Apabila adunan santan dan gula hangus tadi sudah betul-betul sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastard dan daun pandan. Kacau di atas api yang sederhana hingga mendidih. Bila sejuk kaya akan menjadi pekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan