Selasa, 28 Mac 2017

AYAM PANGANG PEDAS MENGIGIT

INFAQ RESEPI JUMAAT YG BARAQAH..jomm cuba......
★★Ni resepi cubit2 sayang. Abang nanggis adik sayang. Pak mertua ketuk mak mertua koyakkan.★★
...ha ha...pasti gempaklah resepi ni..
JOM...."LIKE & SHARE DULU" baru saya sharekan resepi geram2 sayang ni...

AYAM PANGANG PEDAS SAYANG MENGIGIT.

1 ekor ayam +- 1-1.5kg.~ siatkan je kulitnya..jgn sayang2.
BAHAN A
2 tsp garam halus
3 tbsp madu
3 tbsp sos tiram
3 tbsp sos cili
3 tbsp kicap lemak manis
2 tbsp gula perang @ gula pasir
( ayam buang kulit..kelar2 seperti dlm gambar)
1/2 cawan udang geragau. Cuci buang pasir2.toskan

BAHAN B
Bahan kisar:

10 batang cili padi hijau. Kalau nak power guna yg warna merah.
1 tsp jintan manis
1 biji bawang besar. Kalau kecil 2 biji
2 tsp kunyit serbuk
2 batang serai. Ambil 1 jengkal dari pangkal
5 ulas bawang putih
1 tbsp sesedap rasa @ 1 tsp serbuk perasa
1/2 cawan minyak ..guna untuk blend renpah..no water ok...

CARA-CARA:

1. Campurkan semua bahan A. Salutkan rata pada ayam.
2. Kisar semua Bahan B. Balutkan rempah kisar pada ayam. Perap 1-2 jam
3. Panaskan oven 200°c api atas n bawah selama 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
4. Boleh gunakan kuali atau jenis2 periuk untuk bakar atau panggang juga
5. Pastikan ayam dipangang hingga masak dan sedikit garing...tapi jangan hangus..

HIASLAH SEDIKIT DENGAN HIRISAN N PERAHAN AIR LIMAU KASTURI.. i tell u mesti nanggis makan ayam pangang ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan