Isnin, 11 Mac 2019

LAKSAM N KUAH

Disini saya berikan resepi laksam yg sy buat niaga

Laksam

1 paket = 500gram  tepung beras cap bunga teratai
500gram tepung gandum
2.3litre air suam hangat
1/2sudu makan garam halus

Campur sebati semua bahan dan tapis. Saya guna tutup periuk untuk mengukus. Boleh juga guna loyang.loyang atau penutup periuk mestilah di sapu minyak sebelum mula megukus. Sy letak mula2 je,untuk kali kedua dan seterusnya sy dah tak letak minyak. kukus dlm 3 ke 4minit lps tu angkat ,bg memastikan laksam dah masak ia akan mengelembung skt..jgn sampai mengelembung bannyak sbb nnt ianya akan melekat. sejukkan baru boleh gulung..jgn gulung ketika panas..

Kuah laksam

Ikan sardin 10 ekor saiz sederhana (cuci bersih dan rebus letak asam keping dan sedikit garam)dah rebus asingkan isi dan tulang nya
1sudu lada hitam di kisar
2ulas Bawang besar
2ulas bwg puti
1/2 inci halia
Santan kara 500ml
2keping asam keping
Garam
Sedikit bahan perasa

Blend isi ikan dan masuk kan ke dalam periuk
Blend bwg besar,bwg putih & halia masuk kan ke dlm periuk sekali ngan isi ikan td
Masuk kan lada hitam & asam keping biarkan sehingga mendidih,kena juga kacau jgn dibiarkan terus ye..sesekali kacau..setelah mendidih masuk kan santan kara,tok aji & garam secukup rasa hendaklah sentiasa dikacau supaya santan tak berketul. Tunggu sehingga mendidih ....dah siap

Sambal

Cili kering
Garam
Sedikit minyak

Blend semua dan masak hingga mendidih (bg kering skt airnya) dimasak supaya sambalnya tahan lama

Dah siap dan boleh la di hidang bersama ulam ulaman

Kredit Resepi : rose eima

Tiada ulasan:

Catat Ulasan