Selasa, 24 Januari 2017

KUIH CARA BERLAUK

Utk kuih cara:
2 cawan tpg gandum
3 1/2 cawan santan sederhana pekat (sy buat 2 cawan air + 1 1/2 cawan santan kara)
1 biji telur 
Garam & pewarna (sy guna serbuk kunyit)

**Blend je semua pastu tapis

Utk daging cincang:

200 gm daging cincang (sy guna daging ayam)
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kering yg dh di blend
Garam,gula & serbuk perasa (sy guna cukup rasa tp ckit je 😊)
Tumbuk atau blend bawang putih,bawang merah dgn udang kering,pastu tumis sampai naik bau. Serbuk kari dgn cili jadikan pes. Bila bhn tumisan dh wangu masukkan pes serbuk kari & cili tadi. Bila dh garing masukkan daging cincang. Sy slalu tambahkan air ckit nk bg betul2 masak.

Ahad, 22 Januari 2017

APAM COKLAT

apam coklat lembab. senang bangat. anak2 pun boleh bancuh.

2 cwn gandum
1cwn serbuk koko
1 1/2 cwn gula
1/2 cwn susu pekat
1sk soda
1sk penaik
1sk nescafe
2 biji telor
1cwn susu low fat
1cwn minyak
1cwn air panas.

cara:
gaul smua bahan kering. tepung , koko,gula,soda,penaik, nescafe.

masukkan, telo, minyak, air panas,susu pekat, susu low fat..
gaul sebati.

panaskan pengukus.masukkan dlm cup apam. kukus 15minit. siap!!!.

nak lagi resepi?like je Resepi Sedap

Khamis, 19 Januari 2017

CHICKEN 65..ALA MAMAK HAJI

RESIPI : CHICKEN 65 'ALA MAMAK HAJI.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

A. Untuk pemerapan isi Ayam selama sekurang-kurang 30 minit atau semalaman di petisejuk.

- 1 kg. bahagian dada Ayam yang dibuang kulit dan tulang,
- 1 sudu teh Serbuk Cili.
- 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam kasar.
- 2 sudu besar tairu / yogurt - tidak kemestian.
- Garam secukup rasa.

B. Untuk mengoreng ketulan ayam dulu:

- 2 biji telur ambil putih telur.
- 1 sudu besar tepung jagung.
- 2 sudu besar tepung gandum.
- 3 sudu besar tepung beras.
- 1/4 sudu kecil baking powder.
- Garam secukup rasa.
- 1/4 sudu kecil pewarna merah oren (pewarna magic mamak).
- Minyak Masak untuk goreng.

* Nota: Guna tepung "tepung goreng ayam" ready made pun Ok je.

C. Penyediaan Perencah:

- 1 sudu besar pes halia. - kopek kulit halia dan hiris dan blender halus.
- 1 sudu besar pes bawang putih - kopek dan blender halus.
- 4 sudu besar yogurt Nestle Natural.
- 1/4 sudu kecil pewarna merah oren.
- 1 sudu besar jus lemon / jus limau nipis.

CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Potong isi ayam bahagian dada dadu yang bersize nugget ayam. Masukan serbuk cili, serbuk lada hitam, yogurt dan garam. Gaulkan dan perap sekurang-kurang 30 minit, yang terbaik semalaman dlm peti sejuk.

2. Selepas jangka waktu perap, masukkan tepung jagung, tepung beras tepung gandum, dan putih telur. Adunkan rata dengan keulan ayam.

3. Panaskan minyak dalam kuali, goreng sehingga ketulan ayam masak sehingga berwarna keperangan. Jangan masukkan sekali longgokkan isi ayam dalam kuali. Goreng sedikit demi sedikit. Tapis minyak dan asingkan hasil gorengan tadi.

4. Panaskan kuali yang telah bersihkan dan masukkan 2 sudu besar minyak yang berlebihan dari hasil gorengan tadi. Bila minyak jadi panas masukkan pes bawang putih dan pes halia. goreng sehingga warnanya bertukar kuning keemasan (jangan sampai hangus pulak). Kecilkan api dapur. Masukkan yogurt, pewarna oren dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga mendidih. Selepas mendidih. Masukkan isi ayam yang telah digoreng dan kacau rata. Besarkan sedikit apai dapur dan Masak ketulan ayam ini sehingga kuahnya kering. Awas!,  perlu sentiasa kacau, jika  tidak hangus nanti.

5. Matikan api dapur dan masukkan jus lemon. Kacau rata. Hidangan anda telah siap. Boleh dihiaskan dengan hirisan cili hijau daun ketumbar / pudina. selamat mencuba.

JAMU GENTEL UNTUK KEMPIS PERUT

Saya nak kongsi petua kempiskan perut yg boroi selepas bersalin x kira la czer ke normal... lelaki pun boleh amalkan.. so x payah bazir duit telan pill bagai.. jamu gentel.. modal hanya 2 ringgit sahaja...

Bahan2 jamu gentel

7 inci halia
3 genggam lada hitam
3 genggam halba sangai atas kuali
7 ulas bawang putih

Tumbuk semua sampai hancur dan lumat.. gentel ikut suka nak besar mana
Simpan dalam bekas kedap udara
Letak dlm peti ais

Boleh ditelan sebelum atau selepas makan atau sebelum tidur

Amalkan 3 atau 4 gentel sehari..

Untuk pengetahuan semua bahan2 nie rasa panas dalam perut sebaiknya wanita dlm
pantang amalkan hanya 1 biji sehari sahaja

Ibu menyusui hanya 1 biji sehari sahaja

Saya lupa taip td halba tu masak atas kuali tanpa minyak jgn sampai hangit tau...

Rabu, 18 Januari 2017

KHASIAT TIMUN

14 Khasiat Timun

1) Khasiat Timun Menghidrasi Badan Anda.
Jika anda terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda kerana timu mengandungi 90% air.

2) Khasiat Timun Menghilangkan Panas Badan dari Luar dan Dalam.
Makan timun untuk mengurangkan pedih ulu hati. Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.

3) Khasiat Timun Membuang Toksin Dari Badan.
Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).

4) Khasiat Timun Membekalkan Keperluan Vitamin Harian Anda
Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga.
Jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan buang kulit timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.

5) Khasiat Timun Membekalkan Mineral Mesra Kulit
Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.

6) Khasiat Timun Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman
Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak.

Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.

7) Khasiat Timun Memulihkan Mata
Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.

8) Khasiat Timun Melawan Kanser
Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim.

9) Khasiat Timun Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah
Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis.
Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.
Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.

10) Khasiat Timun Menyegarkan Mulut
Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi.
Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.

11) Khasiat Timun Menyihatkan Kuku dan Rambut
Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.

12) Khasiat Timun Untuk Kesihatan Sendi, Melegakan Artritis dan Sakit Gout
Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.

13) Khasiat Timun Menyembuhkan mabuk (hangover)
Untuk mengelakkan sakit kepala pagi atau mabuk(hangover) anda boleh makan beberapa keping timun sebelum tidur. Timun mengandungi cukup vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah banyak nutrien penting dan mengurangkan tahap kedua-dua mabuk dan sakit kepala.

14) Khasiat Timun Menjaga Kesihatan Buah Pinggang
Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan anda dan dengan ini mengekalkan menjadikan buah pinggang yang sihat bila anda selalu mengambil timun.

Selasa, 3 Januari 2017

DIY DADEH

RESEPI DADIH

BAHANNYA..
1 TIN SUSU CAIR
1 BUNGKUS SEDANG ..COFFEE MATE 1 BUNGKUS KECIL COFFEE MATE..
3/4 GULA PASIR
AGAR2 1 BUNGKUS
40 CAWAN AIR..

CARA MEMBUAT NYA
MASUK 40 CAWAN AIR..LEPAS TU MASUK AGAR2..BILA SUDAH MENDIDIH MASUKAN GULA .SAMPAI GULA HANCUR..LEPAS TU MASUKAN SUSU CAIR .COFFEE MATE,,SEHINGGA MASAK..MASUKAN PERASA ..STRAWBERI.KELADI.IKUT KESUKAAN MASING2

Isnin, 2 Januari 2017

AYAM SEMUR

Langkah Demi Langkah: AYAM SEMUR

Bahan-bahan:
Bahan A
1 ekor ayam (potong kecil, lumur garam & lada sulah, goreng hingga masak)
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 cawan santan pekat
5 sudu makan kicap pekat manis
3-4 sudu makan cili kisar
Garam dan lada sulah secukup rasa
1 batang serai - ketuk

Bahan B (kisar)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 biji buah keras
10 biji lada hitam
½ sudu teh jintan manis
½ sudu teh jintan putih

Cara-cara:
1. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan serai. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan B biar naik bau.
3. Masukkan cili kisar hingga masak atau pecah minyak.
4&5)Masukkan kicap manis dan santan, kacau.
6) Masukkan ayam. Jika kuah terlalu pekat, tambah sedikit air. Didihkan seketika hingga semua bahan sebati. Tambah garam (jika perlu) dan lada sulah secukupnya.

#mingguanwanita #kuasawanitadisini