Isnin, 5 Jun 2017

DIY INTI TART NENAS

Inti Tart Nenas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg parutan nenas - tanpa air
1/2 kg gula pasir
Air nenas
Kayu manis & bunga cengkih
Daun pandan
Pewarna kuning

Cara cara:
Selepas diparut, ditapis dan ketepikan air. Tujuan ditapis adalah untuk mendapatkan berat isi nenas dan menentukan jumlah gula yang digunakan.Jika parutan agak kasar, bolehlah dikisar seketika dengan menggunakan air nenas tadi menggunakan blender.Tuangkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Masukkan kayu manis, bunga cengkih dan daun pandan. Masukkan sedikit pewarna kuning. 
Masak hingga kering dan nenas tak melekat pada daun pandan

Biskut Tart Nenas

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gm mentega
300 gm tepung gandum
50 gm gula kaster
40 gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla

Sedikit kuning telur + sedikit air  +  pewarna kuning - sapuan
Cara cara:
Satukan semua bahan dan uli dengan menggunakan tangan sahaja.Masukkan dalam acuan dan picit. Letakkan inti dan gulung.Sapukan sedikit kuning telur.

Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25 minit.

FAHAMILAH APA YG KITA BACA DLM SOLAT FARDHU N APA JUA SOLAT

Mintak maaf semua. Untuk sama-sama ulangkaji. Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat

Takbiratul-Ihram / Takbir:
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika
rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika
bangun dari rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika
iktidal:
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika
sujud:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika
duduk di antara dua sujud:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika
Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika
Tahiyat Akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Semoga bermanafaat utk kita bersama!

"ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA"

Banyak sekali orang yang tegesa-gesa ketika membaca Al-Fatihah di saat solat tanpa toma'ninah, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya.

Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, ALLAH menjawab setiap ucapan kita.

Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman:

"Aku membahagi al-Fatihah menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku."

■ Ertinya, tiga ayat di atas Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

■ Ketika Kita mengucapkan "AlhamdulillahiRabbil 'alamin".

Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim".

Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin".

Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”.

Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-Ku.”

■ Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”

Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.” (Hadis Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)

■ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat.

Rasakanlah jawaban indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

■ Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Sahabat jika artikel ini bermanfaat silakan dikongsikan, sampaikan walau satu ayat

Sabda Rasulullah SAW;

"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."
(Hadis Riwayat Muslim)

Credit to Muhamad Azmi B Mukri

Ahad, 4 Jun 2017

DOA YG PENDEK TAPI SGT POWER

Pendek tetapi.. Do'a ini..

Do'a yang *POWER*.

‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً

*Allahumma inni as aluka al-'afiyah*.

Al-Abbas (R.A.) bapa saudara kpd Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata : "Ya Rasulullah, ajarkanlah aku do'a," katanya.

Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku, bacalah :

‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة

*Allahumma inni as aluka al-'afiyah*.
(Ya Allah, aku memohon kepada MU 'afiyah).

Sekarang apa yang 'Afiyah..???

'Afiyah bermaksud :
"Untuk menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yg menimpa".

👉Untuk menjadi sihat, kita perlu berada di dalam 'afiyah.

👉Untuk mempunyai wang yg cukup, kita haruslah berada di dalam 'afiyah.

👉Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada di dalam 'afiyah.

👉Untuk mahukan anak2 kita di lindungi, kita perlu berada di dalam 'afiyah.

👉Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam 'afiyah.

Jadi, pada asasnya 'Afiyah itu bermaksud :
"Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan".
Ini termasuk utk di dunia dan di akhirat.

Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali kpd Nabi (ﷺ) selepas beberapa hari lalu dia berkata :

"Ya Rasulullah, do'a ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang lebih besar."

Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk 'Afiyah, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yg lebih baik daripada 'afiyah. Ia adalah satu do'a yang mudah namun terbaik."

Yang Benar adalah setiap yg bermakna dari apa yang anda katakan (pohon) ketika berdo'a.

"Ya Allah, aku memohon kepada-MU agar aku selamat daripada sebarang kesusahan, kesulitan, kesedihan, bahaya (musibah) dan janganlah ENGKAU menguji aku dan lain-lain yg berat."

Semua ini termasuk di dalam "Allahumma inni as aluka al-'afiyah"
~ (Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi)

Nabi Muhammad (ﷺ) berkata : "Sampaikan lah daripada aku, walaupun ia adalah satu ayat."

Semoga bermanfaat..

#SHARE untuk orang lain juga ye...!!! Sebarkan semoga pahala terus mengalir buat bekalan kita kelak. Aamiin.

NIAT BACA AL QURAN

Niat Baca Al-Quran

*كثير من إخواننا المسلمين لا يقرأ القرءان إلا بقصد الثواب والأجر وقصر علمه عن عظيم نفع القرءان وأنه كلما قرأ القرءان بنية نال فضلها كما قال النبي ﷺ إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل أمريء ما نوى..الحديث.*
Ramai drp kalangan saudara muslim kita ketika membaca alQuran berniat semata² untuk pahala dan masing kurang mengetahui tentang kelebihan besar alQuran, iaitu seseorang akan mendapat apa shja yang dia niatkan ketika dia membaca alQuran. Ini sebagaimana yang diberitahu oleh Saidina Rasulullah SAW : Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan

*فالقرءان منهج حياة والنية تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها:*

AlQuran itu adalah panduan cara hidup, manakala niat itu pula adalah perniagaan para ulama utk mendapat keuntungan.

Daripada dua prinsip ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara sekalian dengan sebahagian daripada niat-niat ketika membaca alQuran, antaranya :

*1- اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya

*2- اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan memohon hidayah daripada Allah SWT

*3- اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah.

*4- اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zahir dan batin.

*5- اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan meminta kepada Allah SWT untuk mengeluarkan saya drp kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman)

*6- اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب.*
Saya niat baca alQuran ini kerana ia merupakan rawatan bagi hati yang keras, dengan alQuran ini hati menjadi tenang, hidup dan ma'mur (dengan iman)

*7- اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan/hidangan dari Allah Taala.

*8- اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين.*
Saya niat baca alQuran ini supaya saya tidak ditulis termasuk daripada kalangan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis daripada kalangan orang yang mengingati Allah.

*9- اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah

*10- اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan mentaati perintah Allah SWT yang menyuruh untuk membaca alQuran dengan tartil.

*11- اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف 10 حسنات والله يضاعف لمن يشاء.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia mahu.

*12- اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat alQuran pada hari kiamat kelak

*13- اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW

*14- اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan semoga Allah SWT mengangkat darjat saya dengan alQuran dan mengangkat darjat umat ini dengan alQuran

*15- اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan juga utk ibubapa saya juga semoga dipakaikan dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia

*16- اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk dekatkan diri kepada Allah SWT melalui kalamNya

*17- اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar dimasukkan daripada kalangan ahlillah dan daripada kalangan orang-orang yg khusus

*18- اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan (agar digolongkan dari kalangan) orang yang mahir membaca Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat

*19- اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah

*20- اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasai kebersamaan Allah SWT

*21- اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan/mensia-siakan umur

*22- اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi baik bagi saya dan tidak pula menjadi saksi buruk ke atas saya.

*23- اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.

*24- اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah SWT kepada makhluk di sisiNya.

*25- اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah

*26- اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب.*
Saya niat baca alQuran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran)

*27- اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat

*28- اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan dirinya akan segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran

*29- اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar ia menjadi peneman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga. 

*30- اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW

*31- اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.

*32- اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.

*33- اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة.*
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.

*فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد.*

Maka marilah kita menjadi ahlil Quran, yang telah dijamin keuntungannya; yang mana keuntungan itu, Allah SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.

Ahad, 28 Mei 2017

SUP DAGING MELETOP

RESEPI SUP DAGING MELETOP TERRRSEDAP YG SGT MUDAH!!!

Resepi ni lengkap dgn sambal kicap! Share la cpt!

Bahan-bahan:

1 kilo tulang lembu
2 batang serai
3/4 sudu teh serbuk kasar lada hitam
Air secukupnya
Kentang dan lobak merah dipotong dadu

Masukkan tulang lembu, serai, serbuk kasar lada hitam dan air ke dalam periuk dan rebus sehingga daging empuk. Kemudian masukkan kentang dan lobak merah.
Garam secukup rasa

Bahan tumis:
Minyak masak secukupnya
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga & 4 bunga cengkih
7 ulas bawang merah dihiris nipis
3 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dimayang
2 sudu besar rempah sup dan 1 sudu besar rempah kurma di campur air untuk jadikan pes

Bahan kisar: Lumat
1 labu bawang besar
1 batang celery
1/2 batang lobak merah

1) Panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bahan tumis dan masak sehingga bawang kekuningan dan kemudian masukkan pes rempah sup. Masak sehingga terbit minyak.
2) Masukkan bahan kisar dan masak lagi sehingga terbit minyak. Kemudian curah ke dalam rebusan daging
3) Renehkan sup sekejap

Sambal Cili Kicap:

20 biji cili padi
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/3 cawan kicap lemak masin
1 sudu besar jus lemon

Satukan semua bahan dan kisar.

Sebelum dihidang masukkan sedikit sambal cili kicap dan taburkan daun sup, daun bawang serta bawang goreng.
Sup ini sedap juga kalau makan dengan roti.

Cuba la.. Sedap!!

.
.
.
.

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

KUASA VIRAL! INGIN PERNIAGAAN ANDA DIKENALI RAMAI?🍜🍛🍰🎂

Tips mudah :
1. Re-New branding. Cari konsep yang menarik, cari tarikan utk org kenali perniagaan kita, ctg : kedai makan, blh buat konsep hipster, artis, taman, atau klasik - anda boleh gantung pelbagai gambar dan barang2 klasik dlm kedai anda, barang2 yg dah lama tu blh la buang, ganti yg baru, sbb keselesaan pelanggan adalah perkara penting utk mereka dtg lagi dan ini blh menberi suasana unik dan org akan jadikan tempat yang wajib cuba utk bergambar, skrg IG adalah trand remaja.
2. Systematic - Pekerja, susun atur dan juga perjalanan perniagaan, tak boleh tangkap muat, pakaian pekerja kena jaga, kebersihan dan juga alatan yang dipakai. Pastikan sedap mata memandang, biar murah tp cantik
3. Kualiti dan kuantiti - Jangan letak harga murah tp makanan tak ada kualiti langsung, letak harga berpatutan dgn kualiti yang tidak kedekut beserta kualiti yang memuaskan, bandingkan perniagaan kta dengan perniagaan yang dah berjaya, bukan nak tiru tapi nak tgk positif dan negetif yg harus dibuang dan dikekalkan.
4. Promosi - Perkara ini sgt penting! skrg media sosial menjadi kegilaan ramai. Satu post yg menari blh viral, apasalahnya klu kita simpan sedikit kos utk promotkan jenama dan barangan kita, itu adalah pelaburan bijak yang membantu perniagaan, jangan kedekut utk org kenali kita! (PM Admin).
5. Usaha sudah, tawakal juga penting. Doa dan minta pada Allah..

Selamat berniaga!!

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

*Jemput share dan tag kawan2

MIAng KHAM

Siapa pernah makan "Miang Kham" ni. Saya kenal makanan ni melalui kakak ipar saya asal dari satun Thailand. Ini resepi dari dia. Tapi ni gambar hiasan tau. Saya dah kecur liur tengok gambar ni. Hihihi 😅

Bahan-Bahan

Daun Kaduk
Kacang
Kelapa
Halia
Limau nipis/kasturi
Bawang besar
Cili padi
Udang kering

Kelapa : isi kelapa dihiris halus dan digoreng tanpa minyak (sangai)

Bahan kuah :

Air - 2 cawan
Gula melaka - 5 keping
Gula putih - 2 sudu
Belacan - besar ibu jari
Serai - 2 batang atau daun pandan

Cara sediakan :

Panaskan air, masukkan gula melaka, gula putih, belacan.

Kacau dengan api perlahan

Akhir sekali masukkan serai atau daun pandan untuk wangikan kuah.

Cara makan :

Gulungkan daun kaduk, masukkan semua bahan dan letakkan kuah balut dan makan. Nyum nyum nyum. Sedapnya. Selamat mencuba. Hihihi. Silakan saja SHARE.

kredit resepi kepada NurulHuda Awang Yaacob‎ via Masak Apa Hari Ni

.
.
.

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

⭕️P/s : Berminat viralkan perniagaan anda? PM admin✔️

TALAM BILIS KERING

Assalamualaikum..
maaf yer..td x sertakan resipi..
Resipi ni saya buat utk kelas Bersama MARA di Kemaman pd 6 Dec 2016.

Talam Bilis Kering.
Drp.Chef Khairi Mansor.

Bahan utk  Dasar..
250gm tepung gandum
3 sudu makan tepung Hon Kwe putih
150gm tepung beras
150gm gula pasir
2 ½ camca the garam
500gm santan pekat
3 bj telor (A)
1 ltr air
- Campur kesemua bahan dan kacau sebentar diatas api sehingga likat.
- Campurkan adunan dgn 2 sudu mkn bawang goring (jika suka)
- Tuang kedlm Loyang 10x10 yg telah dilapik plastic .
- Tabor sedikit sambal bilis kering dan kukus selama 30mnt (sehingga masak)
- Selepas talam masak, tabur lg sambal bilis kering.

Bahan utk sambal bilis kering..
1 cwn bawang goreng
1 sudu mkn bawang putih goreng
1 cwn bilis goreng
15 tangkai cili kering yg telah digoreng (pedas ikut selera)
2 sudu mkn gula pasir
Sedikit perasa
- Campur kesemua bahan & Kisar kering,  rasa garam gula ikut selera masing2.