Isnin, 13 Ogos 2018

MUKJIZAT QURAN

Najib Isa:
AL QURAN 2
Bacalah, Bacalah, Bacalah
Bacalah dengan nama tuhan
Bacalah untuk mencari pengetahuan
Bacalah untuk mencari kebenaran
Bacalah untuk mencari keadilan
Bacalah untuk mencari keyakinan
Bacalah untuk meningkat keimanan
Bacalah untuk merenung masa depan
Bacalah untuk menjadi insan diredai Tuhan

Bacalah kerana ilmu itu pencetus pemikiran
Bacalah kerana ilmu itu mengukuh pegangan
Bacalah kerana ilmu itu mengukuh keimanan
Bacalah kerana ilmu itu menjitu amalan
Bacalah kerana ilmu penentu peraturan
Bacalah kerana ilmu itu menepatkan kiblat Tuhan
Bacalah kerana ia saranan pertama dari alquran

Kini kefahaman alquran diambil ringan
Tumpuan hanya pada bacaan dan hafalan
Tajwid dan lagu menjadi sanjungan
Bukan ketinggian ilmu untuk kajian
Hiduplah umat dalam kegelapan ilmuan
Hiduplah umat dalam serba kecelaruan
Hiduplah umat dalam kemiskinan berzaman
Hiduplah umat dengan moral dan integriti memalukan
Hilanglah nikmat alquran Allah Taala turunkan
Tercemarlah maruah Islam yang dimuliakan

Marilah kita mengubah dasar memahami alquran
Marilah kita mengkaji sudut kehebatan alquran
Marilah kita mengamalkan sepenuhnya kehidupan alquran
Itulah rahsia Allah jadikan Adam sebagai khalifah alam
Memerintah alam dengan kemuliaan intipati alquran
Memartabatkan Islam dengan perlembagaan alquran

Najibisa
April 2008

Jumaat, 10 Ogos 2018

Astaqfirullahalazimm

Sy nak kongsi ilmu pd sahabat.. tentang istigfar ni.. Arwah Tokguru Baba Aziz dr Kelantan semasa masih hidup..

Dia kalau dtg Kemaman..sy dn suami selalu jumpa dia.. Dia selalu ckp pd sy dn suami..

Kita kena bnykkn istigfar... Hari2 istigfar jgn tinggal.....Tp arwah Baba bgithu sy.. Hanya sebut Astagfirullahal'azim.. Tu je sebutannya.. Arwah suruh baca Hari2 sebnyk 300 kali.. Jgn tinggal..... Lepas je kita istigfar kita angkat tangan berdoa pd Allah mohon keampunan dulu.. Lepas tu barulah kita mohon hajat kita.. In shaa Allah..

Allah akan tlg kita dlm segala masaalah..dari kesempitan rezeki..dan segala masaalah kita yg x blh Kita selesaikn.. Allah akn selesaikn..

Ada seorang hamba Allah di Kemaman.. Ank dia hisap dadah.. Ayah dia dh puas berubat.. Mcm2,tp anak dia tetap hisap dadah.. Sehinggalh dia jumpa arwah Baba Aziz.. Baba hnya bgithu dia.. Kamu kena baca istigfar sebanyk 300 kali smpai 41hari..jgn tinggalkn biar cukup 41 hari........ kalau tertinggal.. Kena ulang semula smpai 41 kali..

Suami isteri kena baca.. Berkat dgn keyakinan tu.. Mak ayah dia baca istigfar.. Alhmdulillah.. Ank dia mnjadi pulih.. Sembuh dari mnghisap dadah..

Tokguru kata,
Kadang2 kita x sedar masa zaman muda kita.. Kita Ada buat slh..kita x minta keampuanan pd Allah.. Tu Allah beri pd ank2 kita atau anak cucu kita... Dugaan tu.. Atau sebaliknya..

Sy teringat pesannya.. Kalau ada masalaah apa2..istigfar hari2 sebanyak 300 ratus kali.. Inshaa Allah.. Allah akn permudahkn segala masaalh kita.. Bacaannya pendek je.. 👇 Astagfirullahal'azim tu je sebutannya.. amalkn setiap hari.. In shaa Allah segala masaalh besar atau kecil.. Allah akn tlg..

Tokguru kata..ibarat kita nk sesuatu pd Allah.. Tp kita x minta ampun dosa2 kita dgn Allah.. Mcm mana Allah nk kabulkn doa kita..sbb kita dinodai dgn dosa2..x kira dosa kecil atau besar..

Kalau kita x minta ampun drinya.. Mana boleh minta terus tanpa kita memohon keampunan pd Allah.. Sy harap perkongsian sy ni dpt diamalkn utk kebaikkan pd diri kita..Bukan utk org lain.. tpi kalau kita  buat ...kita yg dpt Bukan org lain Wasallam..
*Copy&paste*

Khamis, 9 Ogos 2018

Kek marble mudah 5 bahan Azlina ina

Asalamualaikum.gemokning korg semua😍😍😍 cer tag jawan korg yg tgn kayu.xtau buat kek langsung tu.ha meh cikgu aja die kek yg pasti jd so tester die mak ayah korg atau nenek2 korg.biasa nya org tua kite ni cakap jujur.so kite buat kek dgn happy dan mudah.moga2 pahala cikgu ajar korg dgn ikhlas ni pahala nya semua pd arwah abah kakak2 dan emak cikgu amin2...Gambar setiap step ade.resepi cikgu rangkumkan d caption je ye senang rujuk.
p/s sapa dah cube nnt letak gambar di komen tau

💖Kek marble moist mudah 5 bahan💖
1 cawan 1/2 majerin
1 1/4 cawan gula perang
mix smpai putih berkrim
masukkan sebijik2 telur pastikan die selang 3 saat lebih kurg setiap bijik dan bilangan sebanyak
5 bijik telur.ulang smpai abis
slow kan mixer kemudian
masukkan sket2 sebanyak
2 cawan tepung self rising
matikan mixer kacau rata
bahagikan 2 adunan
1 letak serbuk koko 2sb kacau rata
satu ori je
lapik loyang dgn baking paper
kemudian tuangb adunan sesenduk2 beselang
ulang smpai abis.panas kan oven
bakar suhu 170 masa 45 mnt
dah masak tebalik kan atas redai
dan letak semula di board
kalau jual rm20 hngga rm25 sebuku ye

Selasa, 7 Ogos 2018

TALAM KENTANG BERLAUK KAK IDA

TALAM KENTANG BERDAGING

Bahan2 utk tepung (loyang 10 x 10)
********************
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi @ tepung jagung
1 biji telur
4 cawan air
Pewarna kuning
Garam

Utk inti
*********
Daging kisar @ ayam kisar
Bawang besar
Bawang puteh
Rempah kari daging
Kentang
Daun kari
Cili hijau
Garam
Gula

APABILA UMUR DIAMBANG 5 PULUHAN.

Banyak yang tidak tahu, kerana memang tidak ada yang memberi tahu, kalau sudah usia kepala 5, sebaiknya tidak memilih joging, berlari, apalagi lompat

Jangan sampai salah memperlakukan sendi lutut, akibat masih tetap joging, berlari, main tennis, badminton,bola tampar, & aktiviti fizikal lain yang membebani sendi lutut.

Itu yang saya maksudkan dengan pengetahuan sihat itu murah..,

*Contoh lain yang tidak boleh dilakukan di usia kepala 5, tidak menginjak kerikil tanpa alas kaki sehingga persarafan tapak kaki menderita radang akibat tertekan kerasnya kerikil yg sangat keras selama memikul beban tubuh.*

Alasan bahawa itu sebagai refleksologi tidak boleh diterima akal sihat.

Refleksologi? Tekanan yg diterima tapak kaki hanya dilakukan oleh ibu jari tangan saja yg tekanannya ibu paling kuat hanya sekitar 5 kg.

*Namun apabila berdiri di atas kerikil, tekanannya adalah seberat beban tubuh.*

Kerana tidak ada yang memberi tahu dan hanya kerana  mendengar katanya menginjak kerikil tanpa alas kaki bisa menyihatkan, maka yg semula maunya supaya sihat, malah jadi korban kerosakan saraf tapak kaki.

*Akibat buruk menginjak kerikil boleh mengakibatkan terjadinya fascitis/plantaris.*

Murahnya pengetahuan yang memberi informasi tidak menginjak kerikil tanpa alas itu menjadi mahal kalau kita tidak tahu.

Salam sihat,
Dr HANDRAWAN NADESUL

*YOGA*-nya orang Islam itu dengan gerakan SOLAT.

*MEDITASI*-nya orang Islam itu duduk tenang sambil berZIKIR.

*SELF HEALING*-nya orang Islam itu melakukan MUHASSABAH.

*DETOX*-nya orang Islam adalah dengan rajin berPUASA.

*PEMBERSIHAN*-nya orang Islam boleh dengan SEDEKAH.

*VITAMIN*-nya orang Islam adalah sikap *_MUDAH MEMAAFKAN._* ✌

*UBAT AWET MUDA*-nya orang Islam: *_TIDAK MENCAMPURI urusan yang tidak perlu._* 👌

*NUTRISI TERBAIK*-nya orang Islam adalah BERBAIK SANGKA (Huznuzon).

*PEMBERSIH HATI*-nya orang Islam dengan menahan GHIBAH (mengumpat).

*PENYUCI JIWA*-nya orang Islam adalah: Menjauhi sifat IRI HATI & DENGKI.

*PENGAWET PAHALA*-nya orang Islam: Tidak RIYAK

*PENCEGAH PRAHARA*-nya orang Islam: *_Menghindari PERDEBATAN._*...👍

*PENGUKUR RENDAH HATI*-nya orang Islam: Tidak menyebut KELEBIHANNYA.

*PENDETEKSI KEIKHLASAN*-nya orang ISLAM: Tidak menyebut KEBAJIKANNYA.

*SARIPATI*-nya dalam beribadah itu adalah DOA, dan ROH-nya dalam beramal itu adalah IKHLAS.

*INFO PENTING MUSLIM & MUSLIMAH*

DAFTAR UBAT:

1. Sering sakit = silakan puasa.
2. Wajah gelap = solat Dhuha.
3. Hati sempit = baca Al-Qur'an.
4. Susah bahagia = solat tepat waktu.
5. Emosi kacau = wudhuk dan istighfar.
6. Gelisah = banyak doa dan olahraga.
7. Tertekan = baca "lahaula walaquwwata illa billah".
8. Kurang berkat rezekinya = dekati yang halal saja.
9. Miskin melulu = muliakan orang tua & banyak  bersedekah.

10. Bingung berbuat baik = KONGSIKAN TULISAN INI.😀

👏Salam Fastabiqul Khairat...🙏

dr. Handrawan Nadesul https://g.co/kgs/mF9VJd

Selasa, 24 Julai 2018

Asam tumis ikan siakap

Itu hari buat asam pedas ikan siakap khas untuk kelas kawan-kawan yang join misi kemanusiaan, hihi. Alang-alang mereka datang ke office, bolehlah masak sikit.

Senang ja kawan-kawan. Campak-campak, siap! Haha. Ok jom.

Asam Pedas Ikan Siakap.

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan siakap.
5 sudu besar pes asam jawa.
10 biji cili merah *
10 biji cili api merah *
2 senduk cili kering kisar *
3 inci kunyit hidup *
1/2 inci halia *
3 biji bawang merah *
1 sudu besar halba.
2 cekak daun kesum.
3 kuntum bunga kantan.
10 biji bendi.
Sedikit air.
Garam dan gula.

Cara-caranya tengok dalam gambar ya.

#ResipiKHM

Khamis, 19 Julai 2018

KUIH SERABAI KUAH DOYAN

Resepi Kuih Serabai dan Kuah Durian

bahan2
2 cawan tpg beras
3/4 cawan nasi sejuk
1 sudu kecik yis
1/2 cawan santan
1  cawan air
1/2 cawan air suam
2 sudu besar gula
sedikit garam

caranya
1.  yis, gula dan sedikit air suam dicampur dlm 1 bekas biarkan selama 5 mnit utk
     memastikan yis aktif...
2. kisar nasi sejuk dengan 1  cawan air tadi..dah hancur nasi tu
    masukkan garam,tepung beras , santan,dan bancuhan yis tadi  kacau
    sebati ..
3. Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup
4.  Panaskan acuan kuih serabai atau dlm pan kecik ke atau dlm acuan kuih
    bakar..sapu dgn sedikit minyak dlm acuan tersebut...dah betul2 panas acuan tu
    masukkan adunan dlm acuan... sederhanakan api dapur dan tutup acuan
...agak2 dah kering permukaan atas tu menandakan ia dah masak...cungkil guna
   bende tajam tuk kluarkan kuih dr acuan

utk kuah durian
1 keping gula melaka
2 mgkuk santan sederhana pekat
durian 2@3 ulas
gula jika perlu
daun pandan disimpul
sedikit garam
1 sudu tpg gandum*
sedikit air *

* gandum dan air bancuh terlebih dahulu

caranya
gula melaka dan sedikit air ..dimasak dahulu kemudian ditapis tuk membuang bendasing

masukkan santan, durian, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula tadi.. masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau.. jika kurang manis tambah la gula dan  masukkan campuran gandum tadi tuk memekatkan kuah ..kacau sentiasa dan sehingga masak...