Keow teow diy
Bersama saya untuk mengetahui teknologi terkini dalam masakan yang dapat menjimatkan masa, tenaga dan gas memasak. Juga saya akan kongsikan resepi-resepi masakan yang saya pernah dan akan cuba! Cookline Malaysia.
Selasa, 1 September 2015
Isnin, 31 Ogos 2015
Sabtu, 29 Ogos 2015
Khamis, 27 Ogos 2015
BUAT TEMPE SENDIRI
tempe..tu..proses lebih kurang..begini..
500g kacang soya
5gm serbok tempe
1.rendam kacang soya..4 jam at least
kupas kulit semuanya dan ramas kuat utk pecahdua bijinya..
2.tos air basuh..
3.rebus 1/2 jam air hapus kacang soya..
didih angkat..tos airnya..biar betul2 kering..
4.baru ditabur ragi tempe diatasnya..gaul rata..taruk plastik..or daun ikut suka hati la..simpan ..esok dah boleh mkn..jgn simpan dalam fridge ya.
sekejap je..
rasa buat tempe masak setengah jam..part bagi tos dan kering..
sambil2 boleh buat kerja lain..hihihi.
Ragi tempe buat mcm mana:
tempe sedia ada dihiris..nipis2 dan kecil..dikeringkan diterik matahari..lagi cepat..
dah kering dan crispy..tumbuk atau kisar halus tanpa air..mcm jadi serbuk..masa nak tabur pakai penapis teh..ayak atas kacang soya tadi..mcm nak buat tapai la.. So kna ada tempe yg dh xpkai la ye utk jadi ragi
Rabu, 5 Ogos 2015
RENDANG DAGING STYLE JOHOR.
500 g daging
(beli daging fresh bukan dlm kotak tau..)
4 ulas bawang sederhana besar}
6 ulas bawang putih }
2 inci halia }
Bahan2 untuk dikisar
2 inci lengkuas }
3 batang serai }
10 tangkai cili kering }
2 helai daun limau purut2 helai daun kunyit} Carik halus2.
1sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk halia
Santan pekat dr 1 biji kelapa
Kerisik setengah paket kecil
Buah keras 2 biji ditumbuk
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1) Setelah bahan2 yg disebutkan dikisar, anda cuma ambil kuali yg besar dan panaskan minyak sedikit. Masukkan bwg merah, bwg putih dan serbuk jintan manis dan tumisla sampai wangi dan kekuningan.
2) Masukkan bahan kisar halia, lengkuas, serai dan buah keras yg dah ditumbuk. Setelah bau dia naik masukkan cili kering kisar dan tunggu sehingga garing sedikit. Masukkan juga daun kunyit yg dah dicarik td dan daun limau purut. Api kecil.
3) Kemudian masukkan daging, gaulkan sedikit ngan ramuan2 td dan tunggu kejap hingga air daging keluar. Agak2 daging dah sebati dgn ramuan2 td masukkan santan dan biarkan sehingga santan mendidih. Kalau bleh tutup ar dgn tudung periuk cpt sket didih.
4) Ok...dah didih santan tu? klau dah kcau2 sket dan masukkan kerisik, garam, gula secukup rase ye....pastu biarkan smpai kuah rendang tu pekat..x payah tutup lg kuali tp make sure api sederhana je supaya daging bleh empuk.
Jumaat, 31 Julai 2015
TALAM LAPIS KEJU
Talam Kentang Lapis Keju Spesial
Bahan dan bumbu Talam Kentang Lapis Keju spesial adalah sebagai berikut :150 gram kentang kukus, dihaluskan50 gram gula pasir 15 gram tepung sagu 30 gram tepung beras 100 ml santan dari 1/4 butir kelapa 1/4 sendok teh garam 25 gram keju cheddar parut untuk lapisan
Cara Masak Talam Kentang Lapis Keju Spesial
Cara membuat Talam Kentang Lapis Keju ini cukup mudah. Ikuti langkah langkah berikut ini:Aduk rata semua bahan.Tuang sedikit adonan di cetakan talam. Tabur keju cheddar parut.Tuang adonan. Tabur keju cheddar parut. Tuang adonan. Kukus 20 menit sampai matang.Demikian resep Talam Kentang Lapis Keju ini kami sajikan. Silakan anda bisa mencoba membuat Pastry yang spesial ini.
Khamis, 30 Julai 2015
KEK SARANG SEMUT WOW
RESEPI KEK GULA HANGUS/KEK SARANG SEMUT
Bhn2:1 1/4 cawan gula halus*
1 cawan air panas*(*utk buat gula hangus)
125gm butter
4 biji telur gred A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
Bila gula dah cair dan perang, barulah tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Bila dah sebati, sejukkan dan ketepikan dulu.
Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega.
Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik
Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.
Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais) Kemudian kacau rata. Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan je..Masukkan esen vanilla.
Kemudian ayakkan tepung dan soda bikarbonat. Kacau rata perlahan. Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata.
Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter. Kemudian perap aduan ini 3. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
Bila dah perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
Bakar selama 45 minit.. 5 minit terakhir buka api atas dan bawah.
**45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula.
Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redai
Tunggu kek sejuk sebelum di potong.
guna acuan bulat 8 inci