Bersama saya untuk mengetahui teknologi terkini dalam masakan yang dapat menjimatkan masa, tenaga dan gas memasak. Juga saya akan kongsikan resepi-resepi masakan yang saya pernah dan akan cuba! Cookline Malaysia.
Sabtu, 22 Februari 2014
Jumaat, 21 Februari 2014
Basic pastanoodle
Varieties noodles dough
Here's the recipe, try, change, have fun and spend time with hands-on, too.
For the plain egg dough:
• 300 g all purpose flour
• 3 eggs
• 1 pinch of salt
For the carrot dough:
• 170 g all purpose flour
• 2 tablespoons mashed carrots
• 1 egg
• 1 pinch of salt
For the spinach dough:
• 150 g all purpose flour
• 2 tablespoons mashed spinach
• 1 egg •
1 pinch of salt
For the beetroot dough:
• 250 g all purpose flour
• 3 tablespoons mashed beetroot (increase the dose if you want a darker pasta)
• 1 egg
• 1 pinch of salt Pour the flour onto a work surface and make a well.
Mee or pasta tanpa garam
Untuk yg tidak boleh mengambil garam gunakan
1 biji telor untuk setiap cawan tepong yg digunakan.
Use 1 egg for each cup of flour. Eggs may be considered optional but will make the pasta dough harder to handle if left out as it will not be as elastic. A cup of flour may be good for a serving. You will have to gauge how much you need to make. I've never really seen how much is needed to be equivalent to a box of store-bought pasta. This is great for leftovers anyway. You have to adjust for the wetness of the dough so you may end up with more or less when the dough is completed.
VARIETY NOODLE DOUGH
Spinach Pasta Dough (green hue):
Blanch 8 ounces (about 3 cups) spinach leaves. Puree in a food processor or blender until smooth. Press the spinach puree through a small strainer or chinois, removing the liquid before mixing with the eggs.
Add 3 tablespoons spinach puree to the eggs before mixing. If the dough feels too sticky, add additional flour until a soft, silky dough is achieved.
Tomato Pasta Dough (orange hue):
Add 2 1/2 tablespoons tomato paste to the eggs before incorporating into the flour.
Beet Pasta Dough (pinkish-red hue):
Preheat the oven to 400 degrees F. Roast 1 large beet in aluminum foil, about 45 minutes, or until tender. Peel the beet and puree in a food processor. Add the beet puree (about 4 tablespoons) to eggs before incorporating into the flour.
Herb Pasta Dough (speckled):
Mince 1/2 cup fresh herbs and add to eggs before incorporating into the flour.
Squid Ink Pasta Dough (black hue): Add 1 tablespoon squid ink to the eggs before incorporating into the flour.
Fresh carrot noodles
DIY SPHAGETTY SAUCE
Ahad, 16 Februari 2014
Pain au raisins
KACANG SALJU
AYAM GOLEK ISTIMEWA
NASI PILAF PAKISTAN
RESEPI BY
Hafidz, the young scientist
Bahan-Bahan Untuk Menyediakan Nasi Pilaf:
150gm mentega (boleh juga digantikan dengan majerin)
2 biji bawang besar, dipotong dadu untuk ditumist
1/2 cawan badam di goreng tanpa minyak hingga masak rangup
3 helai daun bay kering (yang segar lagi baik). Daun ini boleh dibeli di kedai runcit India
1 batang serai dititik
2 tangkai daun pasli dihiris-hiris. Boleh di tambah kuantitinya sekira suka.
2 biji lemon untuk diambil kulitnya dan dicincang halus (hati-hati agar tidak terambil lapisan putih kerana ianya pahit)
Air limau dari sebiji lemon yang diambil kulitnya tadi.
4 ulas bawang putih dimayang untuk ditumis
3 cawan teh beras basmathi direndam 30 minit dan ditoskan.
4 cawan air rebusan ayam (air biasa pun boleh tapi tambah 1 kiub perencah ayam knorr)
1/2 cawan teh kismis hitam (untuk lebih menyerlah warnanya)
1 sudu teh garam (ikut selera)
1 sudu teh gula
Cara-caranya:
1) Basuh beras basmati hingga betul-betul bersih dan rendam selama 30 minit. Jangan ramas beras tersebut.
2) Panaskan mentega dan tumis rempah 3 beradik, bawang besar dadu dan bawang putih yang dicincang halus hingga kuning dan wangi.
3) Sediakan periuk kukus di atas api untuk mengukus nasi nanti.
4) Masukkan kulit lemon, daun pasli, daun bay kering dan serai. Tumis lagi hingga haruman menjadi lebih beraroma. Masukkan 4 cawan teh air dan biarkan mendidih. Masukkan 1 kiub ayam knorr, 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh gula.
5) Bila mendidih, masukkan beras basmati yang telah ditos dan masak dengan api sederhana. Kacau sekali sekala dengan menggunakan chopstick agar beras tidak patah.
6) Bila nasi sudah kering(dah tak ada air dalam periuk), angkat dan pindahkan nasi ke dalam periuk kukus yang di alas dengan jala mata halus. Boleh juga guna daun pisang yang ditebuk-tebuk halus atau masukkan ke dalam loyang sahaja. Lebih kurang 10 minit, nasi sudah masak.
RESEPI PAKISTANI GRILLED CHICKEN CURRY:
Bahan untuk perap ayam:Biarkan perapan ayam selama 2 jam atau lebih
1 1/2 ekor ayam sederhana besar (dipotong ikut suka besarnya)
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk rempah kabsa*
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar garam
2 sudu besar madu (boleh digantikan dengan brown sugar)
1 biji perahan limau nipis atau lemon
2 sudu besar sos tiram.
Bahan-bahan untuk buat Rempah Kabsa:
4 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
2 sudu teh engkih
2 sudu teh pelaga
2 sudu teh lada hitam
Kesemuanya disangai hingga wangi dengan api yang sederhana lebih kurang 10 minit.
Kisar kering semuanya hingga halus. Kemudian dicampurkan 2 sudu besar serbuk kunyit dan 2 sudu besar serbik cili.
Bahan-bahan untuk Kari Ayam Pakistan:
1/2 tin tomato puree
6 biji lada besar warna hijau
Secekak cili api warna hijau ( Saya pastikan kuahnya pedas agar tak payah buat sambal lagi)
Secekak besar daun ketumbar
1 labu besar bawang kuning
2 biji buah tomato
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 cawan yogurt
Minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1) Cincang halus bawang putih dan dadukan bawang kuning. Tumis hingga kuning dan wangi.
2) Masukkan serbuk jintan manis dan ketumbar. Kacau hingga garing. Masukkan sedikit air agar rempah
tidak hangus. Seterusnya masukkan tomato yang didadu terlebih dahulu. Kacau hingga tomato nampak layu.
3) Kisarkan daun ketumbar, cili hijau dan cili api hijau hingga lumat.
4) Campurkan kisaran ini ke dalam bahan dalam kuali. Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit air, garam dan gula.
5) Masukkan secawan yogurt dan kacau hingga sebati. Masukkan ketulan ayam dan biar buat seketika. Bila rasa kuah sudah sempurna masin, masam dan manisnya, tutup api dapur dan hidangkaan.
Sos Hitam Yong Tau fu
SOS HITAM BAHAN
1 sudu makan Cili Giling
1 sudu teh belacan
1 sudu teh sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 ketul gula melaka (Hitam)
1 sudu makan tepung jagung - campur dan kacau dengan air sejuk 1/2 cawan air masak
garam dan gula secukup rasa.
BAHAN B
1 sudu makan bijan - goreng tanpa minyak
Cara-cara :
1. Panaskan periuk. Masukkan 1 sudu minyak masak kedalam periuk yang telah dipanaskan.
2. Masukkan cili giling dan belacan. Kacau sehingga agak garing.
3. Masukkan 1 ketul gula melaka. Biarkan ia cair.
4. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Kacau sehingga semua sebati.
5. Masukkan air masak dengan tepung jagung. Kacau semuanya sehingga mendidih dan sebati. 6. Tuang dalam bekas, taburkan bijan dan hidangkan bersama bahan-bahan Yong Tau Foo. Sedap!!! KUAH Senang je nak buat kuah ni.
Cara-cara:
1. Mula-mula masukkan semangkuk air tapis (air masak) kedalam periuk. 2. Hidupkan api. Masukkan kiub pati ayam / Stok Ayam. Kalau takde jugak, rebus bahagian ayam (tulang) untuk dijadikan stok / pati ayam.
3. Masukkan semua bahan-bahan yang nak dijadikan steamboot tu. Contoh Fishcake, Fishball, kangkung, udang dan sebagainya.
4. Letak garam secukup rasa.
5. Bila semua yang direbus tu dah kembang dan masak. Angkat dan toskan. Hias elok-elok dalam mangkuk.
6. Tuang sup tadi kedalam mangkuk yang lebih besar (kalau kuahnya banyak) taburkan bawang goreng, daun sup serta daun bawang.
7. Sudah siap dan Boleh menikmati Yong Tau Foo Dengan Mudah dan Sempoi Abis.... Bahan-bahan makan contoh FISHCAKE. FISHBALL tu ada jual dekat Hypermarket contoh dekat JJ / Carrefour. Dekat luar tulis Steamboat dekat tempat frozen food biasanya ada. Cari yang ada HALAL JAKIM. Nak lagi sedap...tambah la macam-macam lagi...cipta makanan kegemaran anda sendiri lagi syok..
Kek Labu Manis
3 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung (nak sedap guna mentega cair)
1 1/2 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh garam
450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus
2 1/2 cawan tepung gandum *
1 camca teh soda bicarbinate*
1/2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca besar susu tepung* (*digaul rata dan ayak)
CARA MEMBUATNYA :-)
Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 160C (jika anda menggunakan tin bewarna hitam macam dalam gambar tu, kalau tin biasa panaskan pada suhu 175C).
Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak(@mentega cair), labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidak berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2. Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...Selamat mencuba untuk semua...