Ahad, 16 Februari 2014

NASI PILAF PAKISTAN


 

RESEPI BY
Hafidz, the young scientist

 Bahan-Bahan Untuk Menyediakan Nasi Pilaf:
150gm mentega (boleh juga digantikan dengan majerin)
2 biji bawang besar, dipotong dadu untuk ditumist
1/2 cawan badam di goreng tanpa minyak hingga masak rangup
3 helai daun bay kering (yang segar lagi baik). Daun ini boleh dibeli di kedai runcit India
1 batang serai dititik
2 tangkai daun pasli dihiris-hiris. Boleh di tambah kuantitinya sekira suka.
2 biji lemon untuk diambil kulitnya dan dicincang halus (hati-hati agar tidak terambil lapisan putih kerana ianya pahit)
Air limau dari sebiji lemon yang diambil kulitnya tadi.
4 ulas bawang putih dimayang untuk ditumis


1 batang kulit kayu manis berukuran 3 inci
3 kuntum bunga lawang
7 biji pelaga hindi

3  cawan teh beras basmathi direndam 30 minit dan ditoskan.

4 cawan air rebusan ayam (air biasa pun boleh tapi tambah 1 kiub perencah ayam knorr)
1/2 cawan teh  kismis hitam (untuk lebih menyerlah warnanya)
1 sudu teh garam (ikut selera)
1 sudu teh gula

Cara-caranya:
1) Basuh beras basmati hingga betul-betul bersih dan rendam selama 30 minit. Jangan ramas beras tersebut.
2) Panaskan mentega dan tumis rempah 3 beradik, bawang besar dadu dan bawang putih yang dicincang          halus hingga kuning dan wangi.
3) Sediakan periuk kukus di atas api untuk mengukus nasi nanti.
4) Masukkan kulit lemon, daun pasli, daun bay kering dan serai. Tumis lagi hingga haruman menjadi lebih beraroma. Masukkan 4 cawan teh air dan biarkan mendidih. Masukkan 1 kiub ayam knorr, 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh gula.
5) Bila mendidih, masukkan beras basmati yang telah ditos dan masak dengan api sederhana. Kacau sekali sekala dengan menggunakan chopstick agar beras tidak patah.
6) Bila nasi sudah kering(dah tak ada air dalam periuk), angkat dan pindahkan nasi ke dalam periuk kukus yang di alas dengan jala mata halus. Boleh juga guna daun pisang yang ditebuk-tebuk halus atau masukkan ke dalam loyang sahaja. Lebih kurang 10 minit, nasi sudah masak.

RESEPI PAKISTANI GRILLED CHICKEN CURRY:

Bahan untuk perap ayam:Biarkan perapan ayam selama 2 jam atau lebih

1 1/2 ekor ayam sederhana besar (dipotong ikut suka besarnya)
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk rempah kabsa*
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk  lada hitam

1 sudu besar garam
2 sudu besar madu (boleh digantikan dengan brown sugar)
1 biji perahan limau nipis atau lemon
2 sudu besar sos tiram.

Bahan-bahan untuk buat Rempah Kabsa:
4 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
2 sudu teh engkih
2 sudu teh pelaga
2 sudu teh lada hitam

Kesemuanya disangai hingga wangi dengan api yang sederhana lebih kurang 10 minit.
Kisar kering semuanya hingga halus. Kemudian dicampurkan 2 sudu  besar serbuk kunyit dan 2 sudu besar serbik cili.


Bahan-bahan untuk Kari Ayam Pakistan:
1/2 tin tomato puree
6 biji lada besar warna hijau
Secekak cili api warna hijau ( Saya pastikan kuahnya pedas agar tak payah buat sambal lagi)
Secekak besar daun ketumbar
1 labu besar bawang kuning 
2 biji buah tomato
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 cawan yogurt
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1) Cincang halus bawang putih dan dadukan bawang kuning. Tumis hingga kuning dan wangi.
2) Masukkan serbuk jintan manis dan ketumbar. Kacau hingga garing. Masukkan sedikit air agar rempah
tidak hangus. Seterusnya masukkan tomato yang didadu terlebih dahulu. Kacau hingga tomato nampak layu.
3) Kisarkan daun ketumbar, cili hijau dan cili api hijau hingga lumat.
4) Campurkan kisaran ini ke dalam bahan dalam kuali. Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit air, garam dan gula.
5) Masukkan secawan yogurt dan kacau hingga sebati. Masukkan ketulan ayam dan biar buat seketika. Bila rasa kuah sudah sempurna masin, masam dan manisnya, tutup api dapur dan hidangkaan.


RAHSIA BESAR KELAZATAN PAKISTAN GRILLED CHICKEN CURRY
Proses membakar membuat ayam ini dapat memegang semua rasa bahan perapan. Apabila kita masukkan ayam yang sudah penuh dengan rasa ke dalam kuah, perisa kuah itu akan menambahkan lagi rasa lazat ayam. Sebaik sahaja ayam ini masuk kedalam mulut kita, kita akan merasa perisa kuah terlebih dahulu. Sebaik sahaja kita kunyah ayam, terserlah rasa bahan perapan ayam menambah perisa yang ada. Dua perisa berlainan ini membuat ayam rasa sungguh lazat. Kulit ayam yang sudah garing dibakar, akan rasa sungguh lazat jika dibandingkan kita terus masukkan ayam yang diperap ke dalam kuah seperti proses pembuatan kari biasa. Inilah rahsia besar kelazatan Kari Pakistan. Usaha ini memang berbalui untuk kepuasan seluruh keluarga tersayang.

Bahan Untuk Salad Campuran :
1 biji nenas yang masak ranum dipotong dadu besar. Kita pilih nenas yang manis rasanya.
2 batang timun yang muda juga dipotong dadu besar seperti nenas.
1 batang lobak merah dipotong dadu lebih kecil supaya senang dikunyah.
3-4 cili besar yang berwarna merah dimayang nipis-nipis.
Mayonese sesedap rasa
Garam sesedap rasa
Gula sesedap rasa
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu biji bijan yang telah digoreng tanpa minyak terlebih dahulu
Segenggam daun pasli. Boleh kurangkan bagi mereka yang tidak berapa suka dan gantikan
dengan daun sup. Gaulkan semua bahan dan simpan dalam peti ais sebelum dihidang agar sayuran dan buahan jadi rangup dan kekal segar.

 






 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan