*SIAPA YANG SUKA SIDAI BAJU MALAM-MALAM.*
*Perkongsian daripada Ustaz Syahidan KUIS tentang Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus.*
** Lafazkan Assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yang memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana² pintu (kecuali bilik air) sebab port syaitan kebiasaannya di pintu- pintu.
** Lazimi membaca & memasang ayat suci Al-Quran di rumah.
** Gunakan semua bilik yang ada dalam rumah.
** Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan seperti tulang dll sebab itu semua makanan jin.
** Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam² elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tak elok untuk badan dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.
** Sebolehnya angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dengan sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yang terhampar pada waktu maghrib dan ke atas.
** Kalau orang yang tidur mengigau sentuh dan kejut dia.
**Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut kena letak bawah kepala (jangan lepaskan ke atas bantal).
** Bagi rumah yang pintu²nya berhadapan dengan pintu² lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sebab pintu² yang saling berhadapan boleh jadi laluan makhluk halus.
** Kalau terlupa bagi salam semasa masuk ke rumah, keluar semula dan masuk balik dengan bagi salam.
** Elakkan ketawa dan bersedih yang berlebihan.
** Elakkan duduk di pintu.
** Selalu² baca surah Al~Baqarah.
** Selalu alih²kan barang dalam rumah. Jaga suasana baik dalam rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda² macam ini yang manarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dengan manusia yang kelalaian.
*Boleh share sekiranya bermanfaat.*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan