Khamis, 28 Mac 2019

Roti loaf habatussaida

[ Wholemeal Loaf (Habatus Sauda & Kurma)]

Sebenarnya, maklong buat sendiri roti ni untuk siapkan task kelas food styling hani & zean.

Siapa yang bergelar bakers, elok join kelas ni. Boleh belajar ambil gambar cantik-cantik. Tapi kena contact ejenlah na. Kalau contact maklong, kena beli roti saja. 😜

Kali ini, maklong nak belanja resepi roti wholemeal. Sedap sangat aromanya bila baru keluar dari oven. Siap dengan aroma habatus sauda lagi. MasyaAllah, sedap sangat baunya.

Bahan- bahan:
-----------------------
✓Tepung wholemeal- 300 gram
✓Tepung high protein- 200 gram
✓Gula- 50 gram
✓Garam- 6 gram
✓Yis- 8 gram
✓Marjerin- 50 gram
✓Bread Improver- 5 gram
✓Ais Kiub- 50 gram
✓Air biasa- 250 gram

Cara-cara:
----------------
1. Masukkan semua bahan dalam bowl.
Bahan kering dulu. Diikuti dengan bahan basah.

2. Uli selama 15-20 minit sahaja.

3. Keluarkan dan bahagikan doh kepada 2 biji.  Semasa proses ini, tangan dan tempat canai perlu ada sedikit minyak. Supaya doh tidak melekat di tangan.

4. Canai memanjang. Boleh tabur habatus sauda sebanyak 21 biji. Jika hendak tabur kurma. Ambil dua biji kurma, potong kecil dan tabur.

5. Mula gulung doh.

6. Masukkan ke dalam loyang 8x4x4, kemudian tekan doh sikit supaya lebih padat.

Loyang kena spray dulu atau sapu shortening supaya roti mudah dikeluarkan dari loyang.

7. Perap sehingga tinggi 1/2 inci dari paras loyang. Biasanya saya perap 1 jam.

8. Kemudian panaskan dulu oven. Suhu 180'c selama 15 minit.

9. Baru masukkan loyang yang berisi doh yang dah naik tinggi dan sedia untuk di bakar.

10. Bakar suhu 180'c selama 30 minit. Api atas bawah.
*Pantang larang semasa bakar loaf ini. Selagi tak sampai 30 minit. Tak boleh buka pintu oven. Kang roti akan jatuh atau berpinggang ramping.

11. Nak tahu roti dah masak atau tak. Selepas 30 minit. Buka pintu oven. Baru check, jika roti renggang dari loyang. Terus keluarkan. Kalau tak renggang, baru tambah 15 minit lagi masa pembakaran.

12. Lepas roti siap masak. Terus keluarkan dari loyang serta merta untuk elakkan doh jatuh atau berpinggang. Resepi ini akan dapat 2 biji loaf.

Selamat mencuba!

Sharelah. Mudahan bermanfaat untuk semua. 😍

Resepi: Nor Jannah

Isnin, 25 Mac 2019

Kuah lntong

RESEPI LONTONG & KUAH LODEH SEDAP
.
BAHAN-BAHAN:
.
1/4 biji kubis
1/4 biji sengkuang - potong panjang
1 batang karot - potong panjang
6 batang kacang panjang
2 biji terung panjang
1 biji kentang - potong 8
2 keping fucuk - rendam dan potong kecil
1 ikat soo hoon - rendam dan potong kecil
1 keping tempe - potong dadu besar dan goreng
2 keping tauhu - potong kecil dan goreng
2 batang cili merah - hiris
2 batang serai - ketuk
1 cawan udang hidup - buang kulit
2 santan kotak
Garam secukup rasa
.
BAHAN KISAR:
.
8 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering - rendam dan tos
.
CARA CARA:
.
Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih, masukkan udang diikuti dengan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut.
Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama dengan nasi impit, telur rebus dan kuah kacang atau sambal tumis.
.
.
KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE” (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda) TQ ^^ 💞💞

Kredit: Seminit resepi

Like ➡️  Resepi Moden untuk lebih banyak resepi yang menarik 💕🌹🍝🍩

#resepi #resepi2018 #resepisedap #resepiringkas #resepiramadhan #resepiberbuka #laukberbuka #juadahberbuka #kuihraya

Sabtu, 23 Mac 2019

Apam loyang

Yg ni beberapa hari lps punya cerita.. bt yg simple2 je... lm x mkn sedap sgt.. kuih kaswi jg apam sayang disayang resepi dr kak Ana Ina syg... ☺

Apam Sayang Disayang...
BAHAN
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 1/4 cawan air
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 paket yis mauripan
sedikit garam

- mauripan di bancuh ngan sedikit air suam... biar hingga berbuih & kembang....
-gula merah & gula pasir dimasak ngan 2 1/4 cawan air hingga sebati....
- sejukkan & tapis....
-masukkan tepung gandum & tepung beras kedalam mangkuk adunan & masukkan air gula tadi juga mauripan serta sedikit garam..... gaul rata...
-sapukan loyang ngan sedikit minyak... tuang adunan kedalam nyer.....
- kukus selama 40 minit....
-SIAP....
- hidangkan bersama ngan kelapa parut yang telah digaul ngan sedikit garam.....

* apam ni aznie potong guna benag tau... kalau guna pisau nnt x cantik... senang je... potong benang panjang skit... bubuh kt bawam apam... benang kiri kita tarik ke kanan.... yg kanan kita tarik kekiri... nnt dia bercantum.... senang kan

Khamis, 21 Mac 2019

Jamu buang angin

PETUA BUANG ANGIN / Jamu buang angin

Angin dalam badan membuat ramai kurang selesa. Seseorang yang sihat juga tidak terlepas dengan sindrom angin banyak dalam badan.

Di sini kami kongsikan cara mengesan angin dalam badan dan cara untuk membuang angin tersebut.
PETUA BUANG ANGIN
Tanda-tanda angin banyak dalam badan:

� Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
� Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
� Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
� Selalu menguap/mudah mengantuk.

� Sukar bernafas/nafas pendek.
� Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
� Kulit kering.
�’Muscle spasms’ waktu tidur/jaga.
� Perut berangin.
� Sakit kepala/migraine.
� Perasaan mudah marah.
� Hilang selera makan.
� Hilang/kurang nafsu seks
� Dan rasa ketidakselesaan badan.

Cara dan Bahan-bahan :

1. 3 sudu halba direndamkan halba dalam air dalam 2 minit dan tos-kan seketika.
2. 3cm halia muda diparut
3. 4 Ulas bawang putih
4. 15 biji lada hitam. Semua bahan-bahan di atas.

Ditumbuk halba sehingga halus hancur dan kemudian dicampur halia ,bawang putih last masukkan lada hitam. Tumbuk sampai hancur. Kemudian bahan-bahan tersebut digentel kecil seperti majun. Boleh disimpan dalam peti sejuk letak satu bekas.

Jamu ini boleh diambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Jika diamalkan perut akan kempis.

* Tips cara makan ini:

Minum dgn air suam.
*badan akan ringan, angin akan keluar dan mengempiskan perut.
*perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan.

Isnin, 18 Mac 2019

BUBUR HONG KONG

Cuaca panas sangat sekarang ini...selera makan memang kurang bagi yg dah berumur mcm mamak haji...Jadi bubur Nasi adalah pilihan yg terbaik..

RESIPI : BUBUR NASI HONG KONG .

Jgn terkejut.."apalah bubuq Nasi pun ada resipi kah?". Memang kita kadang-kala pandang enteng benda yg baik berada sekeliling kita. Termasuk jugalah dgn tubuh-tubuh manusia anugerah terbaik Allah kurniakan untuk kita, tetapi kita mencari anugerah yang lain merata tempat seperti pepatah melayu, "Gajah didepan mata tak nampak, kuman diseberang nampak".

Mcm itulah resipei-resipi kita yg terbaik kita jarang lagi dpt perhatian. Bubur nasi atau "Congee" dlm bahasa Inggeris/Cina memang terkenal dgn menu yg terbaik di dunia kerana ia adalah menu untuk memulihkan tenaga dan selera untuk orang-orang tua atau pesakit yg selepas mengalami keadaan tubuh badan yg lemah, selera yg tidak menentu, masalah penghadaman, dan juga sumber memdapatkan zat untuk menyembuh tubuh badan.

Ia amat sesuai sebagai makanan pemulihan tenaga utk pesakit "gasterik" yg sering mengalami keadaan loya dan tidak selera makan. Beras adalah bahan Nuetral semulajadi bukan asid atau Alkali untuk tubuh. Ia juga sentiasa begitu dlm segala keadaan cuaca seperti panas atau sejuk. Jarang sekali org alergik atau 'alah dgn beras. Bubur Nasi ini di P.Pinang digelar, "kanji", "congee" dlm bahasa Cina, "okayu" dlm Jepun, "Juk" bahasa Korea, "Jok" dlm bahasa Thai.

Jom kita buat bubur untuk anak-anak yang sedang sakit atau sedang pulih dari sakit, suami-suami yg jemu dgn nasi, isteri-isteri yg sedang muntah-muntah, ibu yg sakit, ayah yg tidak selera kerana penyakit kronik. Bubur nasi untuk utk orang yg kita sayang dan kasihi.

RESEPI BUBUR NASI/CONGEE HONG KONG:
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan beras dibasuh bersih.
- 8 cawan air/ terbaik ialah stok ayam yg telah disedikan atau 2-3 ketul stok ayam segera 'knorr'
.- 500gm isi ayam dihiris. Boleh juga direbus dan dicarik.
- 3-5 ulas bawang putih dikupas dan diketuk.
- 2 inci halia dikupas dan diketuk.
- 1 sudu besar sos tiram.
- 1 sudu besar kicap cair.
- 1 sudu kecil lada sula (putih) boleh tambah ikut kepedasan.
- 1 sudu kecil gula.
- 1 sudu besar minyak bijan/ sesame oil.
- sedikit hirisan daun bawang dan daun sup utk hiasan.
- sedikit bawang goreng utk ditaburkan diatas hidangan.
- Kicap dan serbuk lada sula/putih utk tambahan perasa.

CARA: PENYEDIAAN:
1. Bersihkan daging ayam (sebelah dada) dan hiriskan. Peram hirisan ini dgn sos tiram, kicap, serbuk lada sula, gula dan minyak bijan selama 20-30 minit.
2. Ambil periok yg sesuai masukkan berasa yg telah basuh bersih, masukkan beras, air, halia diketuk, bawang putih diketuk.
3. Masak selama 1-2 jam. Bubur kena selalu kacau untuk elakan hangus dibawah dan juga pecahkan nasi supaya jadi kanji halus, Bubur yg terbaik ialah tidak ada nasi sebiji-biji tetapi bertukar menjadi kanji yg halus.
4. Masukkan hirisan ayam yg telah peram dan masak sehingga ia masak. Jgn terlalu lama masak nanti hancur hirisan daging ayam ini.

NOTA: Dlm masakan bubur ini tidak ada cara yg khusus utk menambah rasanya. Anda boleh tambah rempah, daging kambing, lembu atau ayam, makanan laut/sea food atau cuma sayuran utk vegetarian. Dalam masakan bubur ini kita cuma perlu tahu asasnya masak, ia itu jadikan nasi ke kanji yg halus dan juga tidak hangus dibawah. Rasa terpulang pada diri masing-masing.

Untuk dapatkan permukaan yang cantik ini ada teknik dan cara menyediakannya. Beras untuk penyediaan kanji ini perlu basuh bersih....ditoskan. Masukkan sedikit minyak masak dan garam lumurkan dalam beras - biarkan selama 30 minit. Selepas itu barulah masak bubur. Kalau ingin wangi bubur itu ketuk dan masukkan 2 ulas bawang putih.

sukatan air untuk bubur yg terbaik ialah...1 cawan beras dgn 12 cawan air...


Khamis, 14 Mac 2019

Pancake

Resepi Pan Cake
1 cwn tepong gandum
2 sb butter/ margerin
2 biji telor
1/2 st baking powder / soda bicarbonate
1 st bread softener ( tk ada ni pun tk apa )
3/4 cwn susu cair
2 sudu gula ( kalau nk manis lagi tambah la )
1 st esen vanilla
Sedikit garam.
Blend kesemuanya , terus masak.

Sos gula hangus
3 sb gula dihanguskan
1/2 cwn susu cair
1 biji telor
2 sb tepong gandum( kalau nk guna tpg kastard pun boleh )
Daun pandan
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Caranya
Gula dihanguskan , tuang air panas , masuk daun pandan ,
Bahan lain boleh diblend saja dan terus masak sekali

Isnin, 11 Mac 2019

SENARAI PJJ

SENARAI PJJ HJH MARIAM N PJJ ONLINE HJH MARIAM....pilih yg berkenan jgn lupa ada harga istimewa untuk anda..pm wasup 0192515536
🔷🔷🔷Pilih NAMA PJJ bukan NOMBOR yg terpilih saja untuk maklumat. Harap maklum

1. PJJ SUPERDUPER ROJAK MEE + KUIH CUCUR GARING

2. PJJ PUDING DAN AGAR CAWAN..16 jenis termasuk IBU RESEPI AGAR N PUDING.

3. PJJ PULUT KUNING BERHIAS LENGKAP + SERUNDING DAGING +RENDANG DAGING+MENGUKIR SAYURAN

4. PJJ IBU REMPAH + PELBAGAI RESEPI REMPAH

5. PJJ THE REAL LAKSA OF JOHORE

6. PJJ NASI DAGING UTARA + CICAH AIR ASAM KERISIK

7. PJJ SOTO SENTAP N BERGEDIL + SAMBAL KICAP POWER

8. PJJ BAKSO KENCANG + SOS POWER

9. PJJ NASI KHOU MUK + SOS + SUP ISTIMEWANYA..DIY REMPAH KHO MUK

10. PJJ ROTI JALA MULUS MACAM2 VERSI ROTI JALA + KUAH KARI POWER

11. PJJ KUIH2 BAKAR ..4 JENIS DAN + KUIH DANGAI

12. PJJ AYAM MASAK MERAH BEREMPAH + NASI BUTTER + NASI MINYAK + PAJERI BOMBAY + PAJERI NENAS BEREMPAH +JELATAH SEGAR

13. PJJ NASI ARAB KABSA.AYAM &KAMBING. SOS SALATOH N SALADS

14.PJJ PUTU MAYAM MULUS

15. PJJ BERIANI JOHOR.4+3.(7 MENU.)
(Nasi beriani.beriani daging.beriani telor.kuah dalca. Ayam masak merah berempah.bonus..Jelatah segar. Pajeri bombay n pajeri rempah

16. PJJ BERIANI JOHOR ..9+3(12 MENU)
(nasi beriani. Daging beriani. Telor beriani. Ayam masak merah berempah. Ayam masak merah meletop. Daging dendeng istana. Acar buah. Paste jelatah susu. Dalca.  Daging masak hitam manis.)+ Pajeri bombay + pajeri nenas berempah dan jelatah segar

17. PJJ KEK BUAH KUKUS SUPERMOIST

18.PJJ NASI KUKUS+ AYAM GORENG REMPAH WANGI+ DAGING GULAI KAWAH + KUAH KERUTUP + SAMBAL POWER

19. PJJ NASI KUKUS + AYAM GORENG REMPAH WANGI +KUAH KERUTUP + SAMBAL POWER.

20. PJJ NASI KUKUS + DAGING GULAI KAWAH
+ SAMBAL POWER

21. PJJ NASI KUKUS+ AYAM GORENG GARLIC BLACK PEPPER + KUAH KERUTUP + SAMBAL POWER.

22. PJJ AYAM GORENG REMPAH WANGI BERSIMPUL PANDAN

23. PJJ COOKIES..RED VELVET ALMOND WALNUT CHOC CHIPS + ALMOND WALNUT CHOC CHIPS COOKIES

24. PJJ KUIH ANG KU

25. PJJ ACAR BUAH SUPERDUPER

26. PJJ KERIA KOLAGEN MONTOK

27. PJJ MARUKU KACANG PEAS + MARUKU MELETOP + MARUKU CHEESE

28. PART 1 ..PJJ SAMBAL KERING GARING PEDAS MELETOPS..3 jenis...1)tempe.kacang.ikan bilis.cornflake 2)kentang.ikan bilis.kacang
3)kacang..cornflake.rice bubbles perisa serai
(teknik masak n simpan garing)

29. NASI TOMATO+ AYAM MASAK MERAH BERMADU+PAJERI BOMBAY+JELATAH MENTAH +PAJERI NENAS BEREMPAH

30. PJJ TAUHU BERGEDIL +SOS HITAM +SOS MERAH PEDAS MANIS

31. PJJ MEE REBUS JOHOR..

32. PART 2..SAMBAL TEMPE GARING HITAM NGELIT

33. PART 3.. TEMPE GARING CARAMEL BERDESUPSS..

34. PJJ MULTI MAGIC PASTE.

36. PJJ CENDOL ORI N PELBAGAI CENDOL

37. PJJ ASAM GARAM KUNYIT PASTE .bonus resepi JAMU ASAM KUNYIT + CILI PADI ASAM GARAM PASTE + AIR SUSU KUNYIT

38. PJJ PASTE VEGETABLES..2 RESEPI PASTE

39. PJJ NASI AYAM GEMAS BAKOR

40. PJJ SAMBAL GORENG  HITAM PEDAS TAHAN.

42. PJJ KARIPAP KULIT GARING

43. PJJ KUIH DANGAI

45.PJJ PASTE TUMIS ASAM PEDAS ORI JOHOR

46. PJJ ACAR BUAH IKAN MASIN PEDAS BERAPI

47.
48.
49.
50.

LAKSAM N KUAH

Disini saya berikan resepi laksam yg sy buat niaga

Laksam

1 paket = 500gram  tepung beras cap bunga teratai
500gram tepung gandum
2.3litre air suam hangat
1/2sudu makan garam halus

Campur sebati semua bahan dan tapis. Saya guna tutup periuk untuk mengukus. Boleh juga guna loyang.loyang atau penutup periuk mestilah di sapu minyak sebelum mula megukus. Sy letak mula2 je,untuk kali kedua dan seterusnya sy dah tak letak minyak. kukus dlm 3 ke 4minit lps tu angkat ,bg memastikan laksam dah masak ia akan mengelembung skt..jgn sampai mengelembung bannyak sbb nnt ianya akan melekat. sejukkan baru boleh gulung..jgn gulung ketika panas..

Kuah laksam

Ikan sardin 10 ekor saiz sederhana (cuci bersih dan rebus letak asam keping dan sedikit garam)dah rebus asingkan isi dan tulang nya
1sudu lada hitam di kisar
2ulas Bawang besar
2ulas bwg puti
1/2 inci halia
Santan kara 500ml
2keping asam keping
Garam
Sedikit bahan perasa

Blend isi ikan dan masuk kan ke dalam periuk
Blend bwg besar,bwg putih & halia masuk kan ke dlm periuk sekali ngan isi ikan td
Masuk kan lada hitam & asam keping biarkan sehingga mendidih,kena juga kacau jgn dibiarkan terus ye..sesekali kacau..setelah mendidih masuk kan santan kara,tok aji & garam secukup rasa hendaklah sentiasa dikacau supaya santan tak berketul. Tunggu sehingga mendidih ....dah siap

Sambal

Cili kering
Garam
Sedikit minyak

Blend semua dan masak hingga mendidih (bg kering skt airnya) dimasak supaya sambalnya tahan lama

Dah siap dan boleh la di hidang bersama ulam ulaman

Kredit Resepi : rose eima

MSIA 1 STOP CENTRE

Dear Brothers & Sisters
DID U KNOW THERE'S A *1-CALL STOP CENTRE for Govt offices*?

Do u hv problems getting thru by phone to govt depts ? The answer is a big fat YES. No one seems to pick up d phone. Often we Rakyat get fed up n gv up.

Well dont. Theres GOOD NEWS..
After much complaints from d public, our Govt has set up the  ' *1Msia One Call Cntr (1MOCC)*

Their phone no is 03-80008000 .

Example
Someone lost her pension card . On the advise of a friend , she called the 1 MOCC.
The officer answered, "1MOCC,
bagaimana saya boleh tolong ? " . My wife said she wanted to contact the pension dept for a replacement card . She was immediately connected to the dept and her problem was solved in 5 mins .

The 1MOCC operates round the clock . It's purpose is to connect the public wt all govt agencies .

PLS TRY IT. JR (tried n tested)
U CAN SPEAK IN ENGLISH

03-80008000 (MyGCC)
Msia Govt Call Centre
7.30 am - 9.00 pm
7 days a week