[ Wholemeal Loaf (Habatus Sauda & Kurma)]
Sebenarnya, maklong buat sendiri roti ni untuk siapkan task kelas food styling hani & zean.
Siapa yang bergelar bakers, elok join kelas ni. Boleh belajar ambil gambar cantik-cantik. Tapi kena contact ejenlah na. Kalau contact maklong, kena beli roti saja. 😜
Kali ini, maklong nak belanja resepi roti wholemeal. Sedap sangat aromanya bila baru keluar dari oven. Siap dengan aroma habatus sauda lagi. MasyaAllah, sedap sangat baunya.
Bahan- bahan:
-----------------------
✓Tepung wholemeal- 300 gram
✓Tepung high protein- 200 gram
✓Gula- 50 gram
✓Garam- 6 gram
✓Yis- 8 gram
✓Marjerin- 50 gram
✓Bread Improver- 5 gram
✓Ais Kiub- 50 gram
✓Air biasa- 250 gram
Cara-cara:
----------------
1. Masukkan semua bahan dalam bowl.
Bahan kering dulu. Diikuti dengan bahan basah.
2. Uli selama 15-20 minit sahaja.
3. Keluarkan dan bahagikan doh kepada 2 biji. Semasa proses ini, tangan dan tempat canai perlu ada sedikit minyak. Supaya doh tidak melekat di tangan.
4. Canai memanjang. Boleh tabur habatus sauda sebanyak 21 biji. Jika hendak tabur kurma. Ambil dua biji kurma, potong kecil dan tabur.
5. Mula gulung doh.
6. Masukkan ke dalam loyang 8x4x4, kemudian tekan doh sikit supaya lebih padat.
Loyang kena spray dulu atau sapu shortening supaya roti mudah dikeluarkan dari loyang.
7. Perap sehingga tinggi 1/2 inci dari paras loyang. Biasanya saya perap 1 jam.
8. Kemudian panaskan dulu oven. Suhu 180'c selama 15 minit.
9. Baru masukkan loyang yang berisi doh yang dah naik tinggi dan sedia untuk di bakar.
10. Bakar suhu 180'c selama 30 minit. Api atas bawah.
*Pantang larang semasa bakar loaf ini. Selagi tak sampai 30 minit. Tak boleh buka pintu oven. Kang roti akan jatuh atau berpinggang ramping.
11. Nak tahu roti dah masak atau tak. Selepas 30 minit. Buka pintu oven. Baru check, jika roti renggang dari loyang. Terus keluarkan. Kalau tak renggang, baru tambah 15 minit lagi masa pembakaran.
12. Lepas roti siap masak. Terus keluarkan dari loyang serta merta untuk elakkan doh jatuh atau berpinggang. Resepi ini akan dapat 2 biji loaf.
Selamat mencuba!
Sharelah. Mudahan bermanfaat untuk semua. 😍
Resepi: Nor Jannah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan