Cuaca panas sangat sekarang ini...selera makan memang kurang bagi yg dah berumur mcm mamak haji...Jadi bubur Nasi adalah pilihan yg terbaik..
RESIPI : BUBUR NASI HONG KONG .
Jgn terkejut.."apalah bubuq Nasi pun ada resipi kah?". Memang kita kadang-kala pandang enteng benda yg baik berada sekeliling kita. Termasuk jugalah dgn tubuh-tubuh manusia anugerah terbaik Allah kurniakan untuk kita, tetapi kita mencari anugerah yang lain merata tempat seperti pepatah melayu, "Gajah didepan mata tak nampak, kuman diseberang nampak".
Mcm itulah resipei-resipi kita yg terbaik kita jarang lagi dpt perhatian. Bubur nasi atau "Congee" dlm bahasa Inggeris/Cina memang terkenal dgn menu yg terbaik di dunia kerana ia adalah menu untuk memulihkan tenaga dan selera untuk orang-orang tua atau pesakit yg selepas mengalami keadaan tubuh badan yg lemah, selera yg tidak menentu, masalah penghadaman, dan juga sumber memdapatkan zat untuk menyembuh tubuh badan.
Ia amat sesuai sebagai makanan pemulihan tenaga utk pesakit "gasterik" yg sering mengalami keadaan loya dan tidak selera makan. Beras adalah bahan Nuetral semulajadi bukan asid atau Alkali untuk tubuh. Ia juga sentiasa begitu dlm segala keadaan cuaca seperti panas atau sejuk. Jarang sekali org alergik atau 'alah dgn beras. Bubur Nasi ini di P.Pinang digelar, "kanji", "congee" dlm bahasa Cina, "okayu" dlm Jepun, "Juk" bahasa Korea, "Jok" dlm bahasa Thai.
Jom kita buat bubur untuk anak-anak yang sedang sakit atau sedang pulih dari sakit, suami-suami yg jemu dgn nasi, isteri-isteri yg sedang muntah-muntah, ibu yg sakit, ayah yg tidak selera kerana penyakit kronik. Bubur nasi untuk utk orang yg kita sayang dan kasihi.
RESEPI BUBUR NASI/CONGEE HONG KONG:
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan beras dibasuh bersih.
- 8 cawan air/ terbaik ialah stok ayam yg telah disedikan atau 2-3 ketul stok ayam segera 'knorr'
.- 500gm isi ayam dihiris. Boleh juga direbus dan dicarik.
- 3-5 ulas bawang putih dikupas dan diketuk.
- 2 inci halia dikupas dan diketuk.
- 1 sudu besar sos tiram.
- 1 sudu besar kicap cair.
- 1 sudu kecil lada sula (putih) boleh tambah ikut kepedasan.
- 1 sudu kecil gula.
- 1 sudu besar minyak bijan/ sesame oil.
- sedikit hirisan daun bawang dan daun sup utk hiasan.
- sedikit bawang goreng utk ditaburkan diatas hidangan.
- Kicap dan serbuk lada sula/putih utk tambahan perasa.
CARA: PENYEDIAAN:
1. Bersihkan daging ayam (sebelah dada) dan hiriskan. Peram hirisan ini dgn sos tiram, kicap, serbuk lada sula, gula dan minyak bijan selama 20-30 minit.
2. Ambil periok yg sesuai masukkan berasa yg telah basuh bersih, masukkan beras, air, halia diketuk, bawang putih diketuk.
3. Masak selama 1-2 jam. Bubur kena selalu kacau untuk elakan hangus dibawah dan juga pecahkan nasi supaya jadi kanji halus, Bubur yg terbaik ialah tidak ada nasi sebiji-biji tetapi bertukar menjadi kanji yg halus.
4. Masukkan hirisan ayam yg telah peram dan masak sehingga ia masak. Jgn terlalu lama masak nanti hancur hirisan daging ayam ini.
NOTA: Dlm masakan bubur ini tidak ada cara yg khusus utk menambah rasanya. Anda boleh tambah rempah, daging kambing, lembu atau ayam, makanan laut/sea food atau cuma sayuran utk vegetarian. Dalam masakan bubur ini kita cuma perlu tahu asasnya masak, ia itu jadikan nasi ke kanji yg halus dan juga tidak hangus dibawah. Rasa terpulang pada diri masing-masing.
Untuk dapatkan permukaan yang cantik ini ada teknik dan cara menyediakannya. Beras untuk penyediaan kanji ini perlu basuh bersih....ditoskan. Masukkan sedikit minyak masak dan garam lumurkan dalam beras - biarkan selama 30 minit. Selepas itu barulah masak bubur. Kalau ingin wangi bubur itu ketuk dan masukkan 2 ulas bawang putih.
sukatan air untuk bubur yg terbaik ialah...1 cawan beras dgn 12 cawan air...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan