Jumaat, 17 Januari 2014

TALAM KELADI BERLAUK

TALAM KELADI BERLAUK Resepi:Norzailina Nordin
Bahan-bahan:
200gm keladi
175gm tepung beras
40gm tepung jagung
20gm tepung gandum
1 liter santan (dari 1 biji kelapa)
Garam secukup rasa

Bahan lauk:
2 sudu besar minyak masak
200gm udang | dikupas,
cincang 10gm udang kering | direndam, tumbuk 4 ulas bawang merah | jadikan bawang goreng
3 tangkai daun sup
3 tangkai daun bawang | hiris
2 tangkai cili merah
Garam secukup rasa

Cara:
1.Untuk lauk:Panaskan minyak.Goreng udang sehingga berubah warnanya. 2.Masukkan udang goreng, kacau sehingga harum.Angkat.
3.Gaulkan dengan bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili dan garam. 4.Sementara itu, kukus keladi sehingga empuk.Ketepikan.
5.Satukan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, santan dan garam. 6.Kacau atas api perlahan sehingga naik wap.Angkat dan campurkan dengan keladi dan separuh bahan lauk. 7.Tuangkan dalam loyang 25cm yang dilenser minyak.
8.Kukus sehingga 3/4 masak.Taburkan baki bahan lauk di atasnya.
9.Kukus lagi selam 25minit atau sehingga masak.Biar sejuk sebelum dipotong.

Bahan Sos Cili:
4 biji cili merah
1 sudu besar pes cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula
2 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar sos Hoisin (tak letak)
1/2 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh tepung jagung* | satukan bhn(*) 80ml air* Garam secukup rasa

Cara:
Kisar semua bahan.Reneh atas api sambil dikacau sehingga pekat.

Bahan Sos Kicap:
2 sudu besar taucu
250ml air
50gm gula pasir
4 sudu teh tepung jagung*
60ml air*
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat

Cara:
Kisar taucu dan air sehingga hancur.Campurkan dengan bahan lain.Kacau atas api perlahan sehingga pekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan