Jumaat, 17 Januari 2014

TALAM PERMATA SAGO

Bahan-bahan-
loyang 10x10x3inci

250 gm sago besar pandan (saya guna yg dah siap direbus, lalukan air paip dan toskan. Bahagikan kpd 2 bahagian sama banyak)

Bahan A
2 1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung ubi
1 cawan santan pekat KARA
3 cawan air
1/2 sudu kecil garam

Bahan B
1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
3 helai daun pandan- simpulkan

Bahan C
Pewarna hijau dan perisa pandan

Cara-cara
Masak bahan B hingga gula larut. Keluarkan daun pandan dan ketepikan dulu. Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapiskan Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satu bahagian letak pewarna hijau dan perisa pandan. Bahagikan pada 2 bahagian lagi. Ketepikan dulu. Satu bahagian lagi biarkan warna asal dan bahagikan pada 2 bahagian lagi. Ketepikan dulu. Panaskan kukusan, sapu loyang dngn sedikit minyak, alas plastik dan sapu minyak lagi. Tuang 1 bahagian dari adunan hijau, kukus selama 10 minit. Setelah siap, cakarkan sikit permukaannya dan tuangkan 1 bahagian adunan asal/putih dan taburkan separuh sago pandan. Kukus lagi selama 10 minit. Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air di permukaannya. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan buangkan air guna sudu je / guna kitchen towel. Tuangkan satu lagi adunan hijau dan kukus selama 10 minit. Setelah siap, tuangkan lagi satu bahagian adunan asal/putih dan taburkan rata sago pandan. Kukus selama 25 minit. Setelah siap angkat kuih dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dipotong guna pisau plastik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan