Rabu, 21 September 2016

KENTANG WEDGES

Resepi Cheesy Wedges ala KFC
Sumber resepi : Danita's kitchen
SIAPA LAGI yang ada ASMA/SEMPUT/LELAH ???
Sila Klik sini➨➨ Penawar Asma, Semput dan Lelah

Ni kentang dgn sos keju yg Sedap..mmg sedap sgt, cubalah pada sesape yg suka sgt ngan cheesy wedges tu.....mmg berbaloi..lepas ni xyah Pii beli boleh buat sndri lagi puas hati...

Bahan Potato Wedges –
Kentang
Garam
Pati Ayam
Tepung gandum
Serbuk Lada Hitam
Bahan Sos Cheesy –
3-4 sudu makan butter
250ml susu segar / Susu cair ..Sya guna Susu full cream ducth lady
2 sudu makan tepung gandum
1 kiub pati ayam
6 keping cheesedale atau APA2 brand pun bole...
sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
Sedikit pewarna kuning utk menambahkan warna pada cheese sos

Cara Membuat:
1. Rebus kentang dalam air panas selama 2 minit.jgn masak lama nanti kentang akan lembik Bila digoreng. Potong kentang berbentuk wedges seperti potongan kentang KFC.Nak buang kulit pun boleh xnak buang kulit pun bole .Saya buang kulit kerana permintaan Anak Anak...Tak buang kulit lagi Sedap Dan ranggup.
2. Angkat dan toskan kentang yang telah direbus tadi. Biarkan sejuk seketika. Kemudian,gaulkan garam Dan pati ayam bersama kentang ..lepas tu salut kentang dengan tepung gandum dan lada hitam (tepung Dan Lada hitam digaul bersama)
3. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti. Goreng wedges tadi dalam kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.
4. Sementara itu, buatkan sos cheesy pula. Panaskan butter hingga cair, masukkan susu, tepung gandum, dan kacau sentiasa sehingga tepung sebati. Masukkan pula kepingan chesse, kiub pati ayam dan serbuk lada. Boleh masukkan sedikit pewarna jika anda mahu. Kacau sebati hingga masak.sos jgn terlalu pekat atau terlalu cair .bole disimpan dlm peti sejuk didalm bekas yg bertutup rapat.biasanya Sya simpan dlm semingu Masih bole dimakan...
5. Hidangkan potato wedges tadi dengan sos cheesy bersama dengan mayonis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan