Rabu, 13 Jun 2018

KUAH KACANG SEDAP

Kuah Kacang Sedap

Bahan bahan:

1kg kacang tanah - di goreng & blend kasar
1 cawan gula pasir (bole tambah)
2 keping gula Melaka 1 cawan air asam jawa Garam secukup rasa

1 cawan minyak Bahan2 dikisar:
7 bawang merah besar

9 ulas bawang putih
1 inci halia 1 inci lengkuas
5 batang serai 21 Lada kering direbus

8 biji buah keras Cara-caranya Kacang tanah digoreng, sejukkan & dikisar kasar. Panaskan minyak, tumis bahan2 yg dikisar sehingga garing dan naik minyak. Masukkan gula pasir, gula melaka, air asam, masukkan kacang tanah ltk garam, kacau2 guna api perlahan.

Letak air jika perlu. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Jika kurang boleh tambah bawang kisar lagi & gula, masaklah sehingga mendidih dan pekat. Setelah terbit minyak, angkat dan dihidangkan dengan nasi impit.

Nota: Boleh simpan lama dalam bekas berrtutup dan simpan dalam freezer untuk kegunaan akan datang. Boleh juga ltk daging, 200gram daging dipotong kecek di cuci dan di rebus sehingga empuk. Jika Ayam guna isi saja dan di grill hingga masak baru masuk dlm kuah kcg, di tambah 2 sdb serbuk jintan.

Nak tambah sikit ilmu. Kacang tanah selepas kisar rebus dahulu. Jangan kena dgn gula.  Dah lembut baru campurkan dgn sambal yg dah di tumis....petua dari dari orang tua...

Kredit: AzahKumasi

LIKE & SHARE
Dapur Selera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan