Rabu, 12 Oktober 2016

BAKED DONUT

Baked donuts
1 cup buuter/ majerin
1 1/2 cup sugar
2 eggs
3 cups flour
4 1/12 tsp baking pdr
1/2tsp salt
1/2 tsp nutmeg
1 cup milk
1/2 tsp cinnamon
*Blend 1/2 cup+ 2tbsp  butter + 1 cup sugar  
  *  add eggs mix well
* sift flour.nutmeg.baking pdr.salt n add to the mix
*Add milk n mix well
* filled greased muffin tin 2/3full
*bake 350 degree 15-20 min.
*melt the remaining butter.roll the donut while warm n then cinnamon n sugar

SUP TULANG DAGING CINCANG KUAH DHALL ROTI CANAI

sup tulang + daging cincang
2kg +1daging
1sudu serbuk kayu manis
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar
cara
rebus tulang n daging dgn daun betik sekejap sebelum daunnya lecuh angkat
x perlu letak garam
setelahlembut tumis rempah diatas dgn bawang hiris n simbahkan keatas  rebusan daging
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

kelas kuah dhal roti canai

1kg kacang dal. basuh bersih n rendam semalaman
serbok pasti sedap/sesedap rasa
1 sudu makan halba campuran
5 biji bawang besar potong 6
10 tangkai cili kering
carot 2 batang
terong 2 batang

SOS KEROPOK LEKOR & SOS KICAP CECAH & SAMBAL BELACAN

Sos keropok lekor
1/2 kg cili kering buang biji rebus sampai lembut
15 labu bawag putih direbus
1/2 kg kismis hitam
Asam jawa
Gula kabung nipis original
Gula pasir
Garam
Semua bahan diblend jerang atas dapur sehingga pekat

Sos kicap cicah
1/2 kg cili padi rebus
3labu bawang putih rebus
Kicap manis
Kicap masin
Air asam limau kasturi
Sedikit garam
Mesin semua jerang atas dapor
Sehingga likat

Jika untuk buat cicah mangga
Ambil sedikit gula enau taborkan
Kacang tumbuk n bijan bakar

Sambal belacan                        
1 kg cili merah goreng
1/2 kg cili padi goreng
400g ikan bilis goreng
1/2 kg belacan goreng
15 biji bawang besar/1/2 kg bawang kecil goreng
Air limau kasturi
Sedikit garam.gula

Semua diblend dgn air asam limau n lebihan minyak goreng.

APAM TOKYO

APAM TOKYO
kulitnya
                                                
2 cwn tpg gandum
2 cwn air                           
1/2 sudu teh garam.
1 biji telor.
1 pkt yeast mauripan
2 sudu besar gula
Pewarna
Blender semua biar 1/2 jam

INTINYA
3 cwn air
1 cwn gula pasir
1 cwn tpg
2 sudu besar kastad
Pewana.

Isnin, 10 Oktober 2016

AYAM GORENG LEKAT REMPAH

Bahan – bahan : 1/2 ekor ayam 5 ulas bawang merah ** 6 ulas bawang putih ** 4 inci halia (anggaran) ** 3 barang serai ** 1 sudu teh ketumbar ** 1 sudu teh jintan manis ** 1/4 sudu teh lada hitam ** 1/2 sudu teh serbuk kunyit ** 2 sudu besar minyak masak** Garam secukup rasa ** 6 tangkai daun kari 3 sudu besar tepung jagung ** Blend semua bahan dengan sedikit air. Perap ayam lebih kurang 15 ke 20 minit dan gaulkan sekali dengan daun kari dan tepung jagung. Cara – cara : 1) Panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena lebih sikit 2) Goreng ayam dengan api sederhana. Jangan terlalu kuat, takut bahagian dalam tak masak dengan sempurna dan belah luar hitam pula. 3) Siap untuk di hidang. Rupa2nya rahsia untuk tak kasi rempah tu bersepah, ialah TEPUNG JAGUNG! Tepung jagung tu akan “mengikat” rempah2 tu dan kasi melekat dekat isi ayam. Bila rempah tu melekat, barulah sedap kita nak makan..kannnn? Walaupun bancuhan rempah tersebut cair, tapi rempah2 tu still lagi melekat diisi ayam bila digoreng. Emmmm…best kan?

Isnin, 3 Oktober 2016

CUCUR PASEMBOQ

RESEPI CUCUR UDANG UNTUK PASSEMBUR ATAU ROJAK MAMAK:
BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum (biasanya 1 cawan = 100gm).
1 cawan tepung beras.
3 sudu besar (tbsp) tepung jagung.
3 sudu besar (tbsp) kelapa parut/ gunakan yang kering. Tak perlu beli, goreng kering di atas kuali dengan api sederhana. kalau malas tak payah bubuh pun.
1 sudu kecil (tsp) Yis segera/ Mauripan 11gm setengah paket.
1/2 sudu kecil baking powder.
1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam (jangan panas!). Larutkan yis. Biarkan 10 minit sebelum dicurahkan kedalam tepung.
3/4 sudu kecil (tsp) garam.

Nota: Mamak haji tak tambah kisaran udang, taugeh, kucai, bawang atau cili hijau. kita cuba tepungnya dulu sebelum kita jadikan ia digunakan untuk “resepi passembur”. Anda boleh ikut resepi cucur udang mamak penang dalam posting lama.

 Caranya sama untuk cucur ini kita tambah tepung beras untuk mengeraskan dan tepung jagung untuk tidak menjadikan hasil gorengan yang terlalu keras tetapi jadikan ranggup.  kalau tidak masukkan tepung jagung ia akan jadi seperti kueh tempeyek.

CARA MEMBUATNYA:

1. Adunkan tepung beras, gandum, jagung, baking powder dab garam serata.  Masukkan larutan gula bersama yis dalam adunan tepung.  Bancuh tepung serata. Kalau nak  berbentuk bulat cucur, cairkan sedikit tapi kalau inginkan cucur berbentukk selinder (bulat memanjang) pekatkan sedikit ditambah tepung gandum. Jenis selinder ini kita perlu gunakan sudip untuk memindahkan kedalam kuali untuk gorengan.

2. Tutup bekas adunan. Biarkan (peraman) selama sekurang-kurangnya satu jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan menjadi masam. Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.

3. Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali. Masukan nyioq parut (susah nya nak sebut kelapa). Gaulkan kembali adunan. Sambil itu boleh panaskan kuali dengan minyak masak “CAP FELDA FVGH” sebelum naik harga minyak masak naik!.

4. Ini nak goreng ini, uji dan pastikan minyak betul-betul panas dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi kedalam minyak untuk menetukan kepanasan. Minyak kalau tak panas, minyak masak diserap ke dalam cucur anda. Ini akan jadikan bukannya cucur udang tapi cucur minyak. Terlalu panas akan menghanguskan cucur. pandai-pandai kawal suhu panas. kalau nak sejukan minyak panas masukan sedikit minyak baru ke dalam kuali. Kepanasan Minyak gorengn jangan sampai ia berasap (terbakar), ia buruk untuk kesihatan yang membentuk asid. Inilah sebab kadang-kala bila makan gorengan tekak kita gatal dan batuk-batuk. Minyak yang telah berasap tidak boleh digunakan.

Mana nak buang?. Kenapa majlis tak mahu sediakan tempat kumpul minyak?. Kononnya dasar “hijau”. Hijau itu warna rasmi Petronas bukan Parti Pas.

5. Cara goreng gunakan sudip, panaskan sudip kedalam minyak panas selama 1-2 minit. Ambil adunan tepung dengan sudu (2 sudu) dan tolak dengan sudu yang lain, masukkan dalam minyak panas. Tepung kadang-kala melekat di sudip, untuk elakan biarkan dia masak sedikit kemudian baru tolak masuk. Kalau punyai sudip yang tak melekat (non-stick ceramic) amat sesuai. Buat perlahan-lahan untuk memahirkan.

6. Cara tuang tepung di tepi kuali menggunakan senduk dan tuang ditepi kuali. Yang melekat itu boleh ditolak dengan sudip. Untuk ini tepung perlu cair sedikit kerana ia akan meleleh perlahan masuk ke dalam kuali.  Tepung yang masih terlekat atas paras minyak di kuali boleh ditolak masuk dengan sudip bila tepung mulai masak.

7. Meletakan udang di atas cucur memang masalah pada yang mula buat. Nanti udang ke mana cucur ke mana. Untuk memudahkan udang melekat di atas cucur, bersihkan udang dan masukan sedikit tepung gandum supaya udang diselaputi dengan tepung. Tepung ini perlu cair. Ia seperti kita buat “gam” untuk roti sardin atau popia. Letakan udang disalut tepung ini pada peringkat cucur mula masak dan kita tolak masuk kedalam minyak. Pasti udang tak berenang dalam minyak.

8. Cucur yang masak akan terapong dan bertukar menjadi warna kekuningan. kalau anda nak warna seperti cucur udang mamak, tambahkan sedikit pewarna” Red Orange” atau “oren merah” bukan kuning telor. Cucur yang masak kita boleh tentukan dengan tidak ada gelembong udara dikeluarkan dari cucur yang tengah masak. Ini bermakna kandungan air dalam cucur telah sejat. haba mainkan peranan utama dalam setiap gorengan. Garing bermakna mengeluarkan kandungan air dalam setiap gorengan.Nota: Kekerasan cucur udang ini terletak pada tepung beras. Kalau ia lembut dan kita nak keras, tambahkan tepung beras. Kekerasan juga kadang-kala terletak cara kita goreng atau kandungan air yang terdapat dalam gorengan itu. Ini termasukan kepekatan tepung gorengan. Maka  terus mencuba untuk mendapatkan gorengan terbaik dengan melatih. Kena melatih sendiri untuk memahirkan diri. Masak ini memerlukan kesabaran, ketabahan, tidak mengaku kalah atau kecewa. Kena lakukan sendiri dengan minat mendalam. Takat salin resepi dan buat berniaga ia tak menjadi. Cucur udang passembur kita perlu berlainan dari orang lain. Maka kita perlu punyai daya cipta dan kreativiti dalam perniagaan untuk terus maju.. Wassalam.

Jumaat, 30 September 2016

PUDING TAPAI RINTIK

Puding tapai rintik cendol (azlitamasammanis.com)

Bahan Rintik:

100 gm cendol
100 gm tapai pulut
sedikit pewarna pink

Cara Membuat:

Campurkan tapai pulut dengan pewarna pink, kemudian cuci bersih, ketepikan

Bahan Puding tapai pulut:

1/2 bungkus agar-agar
180 g gula pasir
900 ml santan (1 biji kelapa)
sejumput garam
3 kuning telur dikocok
300 g tapai pulut dihaluskan
Pewarna hijau secukupnya
1/2 sdt esense pandan

Cara Membuat:

1.Satukan agar-agar, gula, santan dan garam, aduk hingga rata. Kemudian panaskan hingga mendidih. Lalu kecilkan apinya.
2.Ambil sebagian adonan agar-agar lalu campurkan ke dalam kuning telur, aduk rata. Masukkan kembali ke dalam agar-agar tadi.
3.Masukkan tapai ketan, aduk rata.
4.Ambil 1/3 adonan dan campurkan dengan cendol dan tapai ketan yang diwarnai pink, sisihkan.
5.Warnai lebihan adonan agar-agar dengan warna hijau dan esense pandan.Tuangkan 1/2 bagian adonan hijau kedalam loyang persegi berukuran 10cm x 20cm dan biarkan mengeras.

Bahan karamel

3 sdm gula pasir
250 ml air panas

Cara Membuat:Panaskan gula dalam panci kecil hingga kekuningan dan menjadi karamel. Tuangkan air panas dan aduk rata. Sisihkan.

Bahan lapisan karamel:

1/2 bungkus agar-agar
200 ml air
3 sdm gula pasir

Cara Membuat:
1.Masak agar-agar, air, dan gula  hingga mendidih. Tuangkan karamel kedalam agar-agar. 
2.Bagi adonan menjadi 2 bagian.

Cara Membuat Puding:

Tuang 1 bagian lapisan karamel di atas puding hijau yang tadi didinginkan. Biarkan mengeras.Tuang agar-agar cendol di atasnya. Biarkan mengeras.Tuang puding karamel dan puding hijau secara berurutan. Dinginkan.