Isnin, 10 Oktober 2016

AYAM GORENG LEKAT REMPAH

Bahan – bahan : 1/2 ekor ayam 5 ulas bawang merah ** 6 ulas bawang putih ** 4 inci halia (anggaran) ** 3 barang serai ** 1 sudu teh ketumbar ** 1 sudu teh jintan manis ** 1/4 sudu teh lada hitam ** 1/2 sudu teh serbuk kunyit ** 2 sudu besar minyak masak** Garam secukup rasa ** 6 tangkai daun kari 3 sudu besar tepung jagung ** Blend semua bahan dengan sedikit air. Perap ayam lebih kurang 15 ke 20 minit dan gaulkan sekali dengan daun kari dan tepung jagung. Cara – cara : 1) Panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena lebih sikit 2) Goreng ayam dengan api sederhana. Jangan terlalu kuat, takut bahagian dalam tak masak dengan sempurna dan belah luar hitam pula. 3) Siap untuk di hidang. Rupa2nya rahsia untuk tak kasi rempah tu bersepah, ialah TEPUNG JAGUNG! Tepung jagung tu akan “mengikat” rempah2 tu dan kasi melekat dekat isi ayam. Bila rempah tu melekat, barulah sedap kita nak makan..kannnn? Walaupun bancuhan rempah tersebut cair, tapi rempah2 tu still lagi melekat diisi ayam bila digoreng. Emmmm…best kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan