Selasa, 4 Julai 2017

JOM JAGA KESIHATAN SEAWAL 40HAN LAGI

Sekedar nak mengingati kawan kawan ;

1) pergilah check kolestrol 3 bulan sekali. Kolestrol yang tidak merbahaya ialah di bawah 3.5

2) belilah alat check darah tinggi harganya hanya 100 dan baterinya harganya 5 ringgit. Boleh tiap tiap hari check di rumah sambil makan atau sambil tengok TV pun boleh. Bacaan normal dan sehat ialah 120/80. Kalau lebih dari 140 pergilah jumpa doktor segera jangan buat bodoh sombong kerana anda tidak tau apa apa sebenarnya.

3) janganlah percaya pada tukang jual jamu atau herba kerana kelulusan mereka hanya SPM dan tidak faham tentang ilmu kedokteran. Mereka pandai saja cakap sebab hendak lariskan produk mereka sahaja.

4) jangan sekali kali lengahkan jumpa doktor jika rasa sakit kepala melampau atau pening melampau kerana umur kita sudah USIA SAKIT yakni 40 tahun ke atas. Dan kita tidak tahu apa apa pasal sebab sebab sakit kepala. Minyak cap kapak bukan ubat saluran darah tersumbat.

5) berhentilah minum teh tarik atau kopi  susu isian pekat manis kerana ianya bukan susu malah ianya adalah pekatan kelapa sawit yang diperkaya dengan gula dan di diwarna putih.

6) sebenarnya kita, awak dan kawan kawan semua tak tahu apa satu pasal penyakit. Hanya kecek pandai dan besar saja. Hakikatnya seringlah jumpa doktor. Jangan takut jumpa doktor kerana doktor bukan hantu atau rimau.

7) lebih baik kita tau dari awal penyakit kita agar kita boleh berusaha mengubati dari dok kecek sedak padahal kita tak tahu gapa satu.

8) jawatan tinggi dan kedudukan kewangan yang banyak bukan ukuran bahawa kita tahu akan penyakit kita.

BERINGATLAH.
Pesanan ikhlas untuk sahabat sahabat demi menjaga kesihatan.

Khamis, 29 Jun 2017

Harun Dins

Kene simpan ilmu ni baik2...

Orangnya pun dah takda lagi...

(AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)

1) - Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.
-Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
-Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
- Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
- Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
- Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
- Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
- InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung
- Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
- Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
- Setiap kolah masjid, 1 botol.
- Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
- Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
- Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
- Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
- Ulang sebanyak 7 kali
Surah Al - Anbya', ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
- Gunakan minyak zaitun
- Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
- Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah At- Taubah ayat 14
&
surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
- Menggunakan madu asli
- Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
- Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
- Makan 1 sudu sehari
Surah An -Nahl, ayat 69

8) Angin pasang
- Menggunakan madu
- Amalkan ayat- ayat di bawah ini
-Surah Al - Isra', ayat 82
Surah Al - Hashr, ayat 21
Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
Bahan - bahan :
- Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
- Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
- Buah kelapa (yang berhingus)
Cara - cara :
- Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
- Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
- Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
- Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
- Minum air kelapa yang telah suam.
*Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
Surah Al - kahf, ayat 11

11) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
Surah - fussilat, ayat 44

12) Merawat histeria
- Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
- Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
*Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
- As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

Isnin, 19 Jun 2017

KYIH SIPUT

Resepi Kuih Siput Sedap!

Fav admin ni, tambah2 klu dpt yg rangup! Mmg licin sebalang! Share la resepi sedap ni!

Bahan2:
600 gram tepung gandum
220 gram marjerin | dicairkan
6 tangkai daun kari  - untuk di campur dalam minyak semasa menggoreng
2 tangkai daun kari  -  kisar kasar / cincang
2 sudu besar serbuk  - kari
15 gram serbuk jintan manis
15 gram  serbuk jintan putih
15 gram udang kering - di goreng dan kisar
2 ulas bawang putih - dihiris halus dan digoreng serta dikisar
1 biji telur
150 ml air - jangan masukkan semua
Garam secukupnya

Cara Memasak :
Marjerin dicairkan dan sejukkan sebentar (suam2). Ketepikan. Gaul tepung bersama serbuk kari dan marjerin yang telah dicairkan tadi. Ketepikan. Kisar udang yg digoreng bersama bawang putih. Dalam satu bekas, campurkan bahan kisar dan gaul rata bersama garam. Kemudian masukkan bahan-bahan lainya tadi ke dalam adunan tepung yg telah disebatikan dgn minyak.

Gaul rata. Masukkan telur ke dalam adunan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai betul-betul sebati. Jangan tuang air terus kalau dah tak melekat tandanya oke.Gentel siput sehingga habis. Goreng siput step by step dan semasa menggoreng, lurutkan daun kari secukupnya.

Siap!

Kredit to: Julia

📸 Berminat Viralkan Perniagaan anda? PM admin🌹

Share dan tag kawan2 k

Rabu, 14 Jun 2017

BISKUT KERANG

Biskut turun  temurun zaman berzaman dr arwah bonda
Biskut kulit kerang
Bahan-bahan
1 1/2 cawan majerin
1 1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung kastad
3 cawan tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
4 biji kuning telur
Serbuk koko (3 – 5 sudu besar)
2 sudu bsr Susu pekat manis
1-2 sudu kecil Esen vanila
2 cwn kacang tanah goreng ditumbuk sederhana halus
Cara-caranya
1. Pukul mentega/majerin & gula hingga gula hancur dan masukkan telur satu persatu. Pukul lagi msukan susu manis
2. Masukkan kacang yg ditumbuk esen vanilla gaul sebati kemudian msukan campuran tepung serbuk penaik Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega gaul hingga menjdi doh
3. bahagi doh kepada 2 bahagian.
4. Keluarkan 1 bahagian.  bahagian lagi dicampur dengan serbuk koko Jika suka warna yang gelap, masukkan lebih serbuk koko
5. 1 bahagian lagi boleh juga dicampur dengan pewarna kuning jika ingin kelihatan lebih kuning.
6. Bentukkan supaya mudah memasuki adunan. ~ Share & save silakan
By Xiyans Muhamad

Ahad, 11 Jun 2017

TAHU SEMEDANG

RESEPI TAHU ISI SUMEDANG MEDAN with Kuah SOS HITAM
----------------********-----------------********---------------

Bahan A
Tahu indon secukupnya...Potong 2 dan goreng hingga garing (kalau susah nak jumpa tahu indon,tahu biasapun boleh)

Bahan B
ISI TAHU

Kacang buncis potong serong atau ikut selera
Carrot dipotong dadu atau serut kasar
Soun rendam dan gunting pendek
Dada ayam goreng dan suir2/siat2
Bwng merah secukupnya
Bwng putih setengah dari jmlh bwng merah
Kecap pekat sedikit
Sos tiram secukupnya
Cili padi hijau / merah utk hiasan

Tumis bawang merah dengan minyak masak secukupnya,lalu masukkan bwng putih,tumis sampai harum..masukkan satu persatu bahan sayuran kecuali cili api
Tumis sampai layu dan masukkanbsemua kecap dan sos tiram,garam,chicken powder dan sedikit gula
Masak sampai setengah matang sahaja
Angkat dan sejukkan

Tahu goreng dikeluarkan isinya dari satu sisi dan masukkan isi tahu tadi kedalam sayuran inti dan gaul rata

Isi penuh tahu dgn isi sayuran dan ketepikan dulu

Tepung Pencelup tahu
- tep gandum 1 cawan
- tep ubi 1 cawan
- baking powder 1 sdt
- telur sebiji
- garam secukupnya
- serbuk kunyit atau pewarna kuning sedikit
- air secukupnya
Campurkan semua jadi satu dan gaulkan dgn air sampai tepung celupan pekat seperti buat tep goreng pisang

Panaskan minyak...Celupkan tahu yang dah diisi inti tadi kedalam tep celupan...dan goreng dgn minyak panas yg banyak
Goreng sampai kuning keemasan

KUAH SOS HITAM
- asam jawa 50 gr
- gula merah atau gula melaka seketul
- air 1000 ml
- cili api 10 biji..kalau nak pedas letak lebih
- bawang putih 5 ulas
- secubit garam atau secukupnya
- note ... Cili api dan bwng merah dihaluskan

Remas2 asam jawa dgn air dan tapis
Masak air asm jawa dan gula melaka dan tapis
Rebus balik dan campurkan cili dan bwng putih yg dah dihaluskan tadi
Masak sampai mendidih dan perasakan dgn garam...masak sampai pekat
Atau boleh juga pekatkan sedikit dgn tep jagung yang telah dilarutkan dgn air
Masak lagi sampai mendidih

Sedia untuk dihidangkan bersama TAHU ISI SUMEDANG

Nach Sahabat2ku semua....SELAMAT MENIKMATI dan SELAMAT BERBUKA PUASA

Selasa, 6 Jun 2017

DIY NASI MAQLUBA

Bahan-bahan: (untuk makan 10 orang)(A)1 ekor ayam dipotong 104 cawan beras super 5%(B)Rempah dibancuh dengan secawan air:6 sudu besar serbuk ketumbar Babas2 sudu besar rempah kari ayam/daging1 sudu besar rempah sup Adabi(serbuk)12 cawan air biasa(C)Sayur-sayuran:2 batang lobak merah dibelah empat dipotong panjang 1 inci2 batang terung panjang dibelah dua dan potong 1 inci(jangan kupas)2 biji kentang dikupas kulit dipotong 8bunga kobis dipotong sederhana besarnya***Goreng semua sayuran berasingan dalam minyak baru yang banyak hingga keperangan.Angkat dan ketepikan dulu.Bahan Salata (Salad)2 biji timun dipotong dadu kecil3 biji tomato dipotong dadu kecil sama saiz dengan timun5 sudu besar cukagaram,gula secukup rasa**** campurkan semua, gaul dan sejukkan dalam peti aisUntuk ditumis:5 ulas bawang merah dimayang2 ulas bawang putih dihiris1 inci halia dihiris halus1 batang kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang3 kuntum bunga cengkih3 kuntum buah pelagaCara-cara memasak ayam:1. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam periuk besar. Tumiskan bahan tumisan hingga wangi dan keperangan.2.Masukkan rempah. Rempah hendaklah dikacau sentiasa agar tidak hangus dan tambahkan sedikit air jika perlu. Tumiskan hingga pecah minyak3.Masukkan 12 cawan air ke dalam periuk. Masukkan ayam. Masak hingga mendidih dan ayam masak.4. Masukkan garam secukupnya. Didihkan lagi dan tutup api.Cara memasak nasi:!. Basuh beras dan toskan. Masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan ketulan ayam. Susun di atas nasi. Taburkan sayuran di atas ayam.2.Masukkan 8 cawan air rebusan ayam tadi ke dalam periuk nasi. (Kacau dahulu air rebusan setiap kali menceduk agar rempah tidak mendap)***kurangkan 1/2 cawan air jika beras jenis lembek3. Masak nasi seperti biasa hingga masak.Sementara tu masak semula lebihan air rebusan untuk dijadikan sup. tambah secawan air dan sedikit lagi garam. Didihkan. Taburkan daun sup dan bawang.Bahan Sos: 5 biji cili merah. 2 biji cili padi. 1 biji tomato. 1/2 cawan sos cili. 1/2 cawan air.Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar dan kisar sampai hancur. Keluarkan dan tambah garam, gula secukupnya. Lebihkan rasa manis untuk sos yang sedap.Apabila semuanya siap, hidangkan bersama salata, sup dan sos seperti di dalam gambar. Memang menyelerakan. tak percaya, rasalah sendiri. Mula-mula masak, memang nampak susah dan renyah, tapi bila dah selalu buat, senang dan tak payah pening kepala fikir lauk apa nak masak.. Tapi kalau malas juga, 'order' je kat K.An... Sentiasa sedia berkhidmat.. He..hehAlhamdulillah, berjaya juga disiapkan resepi ni.. lepas ni nak me'ngeteh' ngan A.Azam dan anak-anak kat kedai mamak.

Isnin, 5 Jun 2017

Cornflake almond choc chips cookies

BAHAN-BAHAN

Bahan A
-120 gram mentega
-80 gram gula kastor
-1/4 sudu teh emplex
-1 sudu teh essen  vanila
-1 biji kuning telur

Bahan B
-50 gram conflakes yang diramas halus
– 50 gram badam dihiris dan dibakar
-60 gram coklat cip
-120 gram tepung gandum
-cherry merah untuk hiasan

CARA-CARA
1. Semua bahan A dicampur dan pukul rata hingga sebati.
2.Masukkan bahan B dan gaul rata.
3.Masukkan ke dalam beg paiping dan paipkan menjadi bulat kecil.4.Sapukan sedikit kuning telur di bahagian atas.
5.Bakar selama 30 minit pada suhu 150 celsius.
Resipi berikut anggaran untuk 30 biji almond conflake, selamat mencuba!!