Jumaat, 17 Februari 2017

PENGERTIAN REZKI

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH

*1.Rezeki Yang Telah Dijamin.*

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

*2. Rezeki Kerana Usaha.*

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

*3. Rezeki Kerana Bersyukur.*

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

*4. Rezeki Tak Terduga.*

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

*5. Rezeki Kerana Istighfar.*

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

*6. Rezeki Kerana Menikah.*

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

*7. Rezeki Kerana Anak.*

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

*8. Rezeki Kerana Sedekah.*

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. Amiin..

BAYANGKAN..SURAT CINTA DARI ALLAH

Surat Cinta drp ALLAH tentang Solat
🌼Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan  terburu-buru mengerjakan nya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.
🌼Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu...Allahuakbar.
🌼Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah...Allahuakbar.
🌼Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT...Allahuakbar.
🌼Anggaplah solat itu sebagai seriusnya kau dlm bermimpi...Allahuakbar.
🌼Bayangkan ketika "Azan berkumandang,"  Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya...Allahuakbar.
🌼Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu...Allahuakbar
🌼Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya...Allahuakbar
🌼Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku."...Allahuakbar
🌼Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusik mu."...Allahuakbar
🌼Bayangkan ketika kau memberi "Salam", Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih... Subhanallah.
🌼Masya Allah.. sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkan nya. Maka sebarkanlah wahai teman-temanku.
Allahuma, saksikanlah......

Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa meng hambat kita dan kita pula sentiasa mengejarnya
😊😊😊😊tazkirah😊😊😊😊

Isnin, 30 Januari 2017

KEK MARBLE KELAPA SERBUK

Kek Marble Coconut Cream Powder Super Duper..Lembut dan Gebu.

Kek marble yg Super Duper lembut & gebu yg pasti kek harum semerbak satu rumah..😊😊

Bahan2Nya
Bhn A
1 1/2 cawan buttercup(nk guna majerin pelangi  pun bole ok je)
5 bj kuning telur gred A
3/4cwn gula kaster
2 1/2 cwn tpg gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
1 sudu mkn ovellet
1/2 cwn susu cair
2 sudu mkn serbuk koko                                                50g serbuk krim kelapa kara
Bhn B
5 bj putih telur gred A
1/2 cwn gula kaster
1/2 sudu kecil cream of tarta

Cara2
Buat bhn A dulu
~ ayak tpg gandum dgn baking powder
~ satukan butter,gula & esen vanila..mixer hingga kembang & gebu
~ masukkan kuning telur sedikit2..& mixer lagi..
~ masukkan susu cair..                                              ~ masukkan serbuk krim kelapa(kara)
~ masukkan tpg gandum sedikit2..& kacau sebati..ketepikan seketika
Buat bhn B..
~ mixer putih telur hingga berbuih..masukkan gula & crem of tarta..mixer lg hingga putih telur betul2 kental & tidak akan tumpah jika bekas diterbalikkan..buat seperti (Meringue)
~ masukkan putih telur yg kental td ke dalam bekas bhn A..sedikit demi sedikit kaup terbalik sbnyk tiga kali hingga sebati menggunakan senduk..
~ bahagi adunan kpd 2 bahagian..1 biarkan asal..1 lagi tambah serbuk koko..kacau hingga sebati
~ masukkan adunan secara selang seli dlm loyang yg telah dilengser dgn sedikit butter@majerin
~ bakar selama 50-60minit pd suhu 180c @ ikut oven masing2..guna api atas bawah...   pastikan kek betul2 masak d tngh..pada 20minit terakhir check kek dgn caketester ..                                                 ~ p/s kalau tak nk buh serbuk krim kelapa kara pun bole..tpi tak wangi dan tak lemak bekrim..😊😊😊

Selasa, 24 Januari 2017

DONUT KAPAS

Jom cuba resepi nie.

mmg marbeless lah.
Donut jadi sgt3 lembut Dan doh juga senang diuli..

DONUT KAPAS MONTEL

1 biji telur
220ml susu segar
1 sudu teh garam
60g gula halus
50g susu tepung
1/2 sudu besar baking powder
50gm butter @ marjerin

350g high protein
150g tepung gandum

1 sudu besar instant yeast gunakan brand  (SAF supaya tiada bau yis yg kuat )

1) masuk dalam BM. Function no 10.

2) Tutup doh DGn Kain Dan perap doh selama 10 minit .
Selepas 10 minit  Leperkan sedikit doh DGn tapak tangan Biarkan 5 minit Dan  terap dgn penutup botol ditengah.  ( sya guna straw hehe )
REST  kan doh 20 minit.

Panaskan minyak  dan goreng donut dgn API yg sederhana .balikkan donut  sekali balik sahaja tuk dptksn ring di donut.

Note.
Jika tiada full cream milk gantikan dgn air sahaja.
full cream milk menjadikan donut lebih Lemak Dan enak.

Jika buat utk jualan memadai hanya gunakan air SAHAJA.

MARSHMELLOW DIY

Resepi MARSHMALLOW halal
jom kita buat HOMEMADE MARSHMALLOW

Bahan:

1/4 cawan tepung jagung**
1/3 cawan confectioner sugar **
21 gm gelatin (gelatin Halalgel)

1/3 cawan air
2/3 cawan gula (boleh kurang kalau nak kurang manis)
1/2 cawan corn syrup (glucose syrup)
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla (boleh guna strawberry essence)
pewarna (hijau, merah, kuning, biru, ikut suka)

bentuk bunga dan bentuk twist

Cara-cara
Ayak tepung jagung bersama confectioner sugar, ketepikan buat sementara.

Satukan gelatin bersama air, biarkan terendam selama 5 minit. Kemudian masukkan gula, panaskan dengan api kecil sehingga gula larut.

Dalam bekas lain, satukan bancuhan gelatin tadi, corn syrup, vanilla, garam dan pewarna. Pukul dengan speed paling laju selama 15 minit.

Sediakan loyang 8x8 inci. Sapukan sedikit minyak, kemudian taburkan tepung jagung dan confectioner sugar tadi. taburkan pada dasar dan bahagian teping loyang.

Tuang bancuhan ke dalam loyang, kemudian biarkan mengeras sehingga 2 jam.

Bila dah ready, potong dengan pisau basah ataupun terap dengan acuan yang telah dibasahkan dengan air.
Salutkan dengan lebihan tepung jagung dan gula tadi. Biarkan betul2 kering baru simpan dalam botol kedap udara.

DONUT GEMUKS

Peberet saya suka buat donat,antara koleksi yang ada,siapa suka makan donat gemokss, sila tekan Like (Y)

1)Resipi Donut Gemoks (I)

500gm tepung high protein(cap kuda/diamond dan lelain-boleh beli yg unbleach)
10gm yis (jenama saf instant)
45gm gula halus (boleh tambah jika nak lbh manis)
5gm superbake (beli dr golden republic)
3gm double action baking powder
1biji telur (takda pun tak apa)
30-40gm planta
5gm garam
230-240ml air sejuk (cold water)-letak air sesikit dan jangan letak semua sekali ye.

Cara-cara:

1)masukkan semua bahan ke dalam mixer dan uli doh sehingga elastic dan licin.
2.keluarkan doh dan letak doh di atas papan pencanai yang bersih.boleh tabur tepung elak melekat(saya alas dengan plastik atas meja dan sapu sedikit minyak)
3)timbang doh seberat 40gm dan bulatkan sampai habis.(if nak donut size besar timbang 55-60gm)
4.rehatkan 15minit dan canai bulat kmudian lubangkan dengan penutup botol.
3.perap doh selama 30minit atau sehingga mencapai kembang yang sempurna.(had masa bergantung pd cuaca tempat puan-puan)
4)goreng dengan api perlahan
5)sejukkan dan boleh hias ikut suka anda.selamat mencuba

2)Resipi Donut (II)
Bahan A

500gm tepung gandum high protein
65gm gula
10gm yis
5gm superbake atau apa2 improver
3gm baking powder
Esen vanila
220-250ml air sejuk (cold water)-kaksue guna susu segar farm fresh atau susu cair

Bahan B
60-65 gm marjerin

Cara-Cara:
1)campurkan semua bahan A dalam mixer,garam jgn letak skali dgn yis,letak bucu lelain dlm mixer yea.
2.Uli dan masukkan air /susu segar sesikit,jangan letak semua sebab kita taknak doh kita lembik.kalau doh lembik nnti time goreng doh tenggelam dlm minyak.so hati hati ye.
3)uli adunan sampai elastik dan licin
4)timbang dan bulatkan doh
5)canai dan rehatkan sekejap sampai kembang dan goreng.

3)Resipi Donut Premium
(Kredit:Kak amie)

Bahan A:
350 gram tepung protein tinggi
200 gram tepung gandum
50 gram susu tepung
75 gram gula kastor
1 sudu teh garam
3 sudu teh (10 gram) yis segera

Bahan B:
1 biji telur gred A
170 gram air sejuk
80 gram krim putar
1 sudu teh esen vanilla (kaksue guna vanilla compound)
1 sudu teh perisa mentega (kaksue guna butter compound)

Bahan C:
40 gram mentega
30 gram butterol
1 sudu makan liquid bread improver

Info tambahan:
Bahan A - Lebihkan penggunaan tepung protein tinggi berbanding tepung gandum. Jika gunakan tepung protein tinggi sahaja lagi baik, tetapi jangan gunakan tepung gandum sepenuhnya. Untuk susu tepung pula, boleh gunakan apa-apa sahaja jenis susu tepung.

Bahan B - Hendaklah menggunakan air sejuk sepenuhnya, dan bukannya air suam supaya adunan naik dengan sempurna (Chef Khoo terangkan sebab-sebab pertemuan di antara yis dengan air sejuk atau air suam, tapi Amie terlupa... tak buat catatan). Gunakan krim putar yang mempunyai rasa manis seperti Value Pride, dan bukannya jenis UHT seperti jenama Anchor yang tawar itu. Jika tidak mempunyai perisa mentega, boleh gunakan perisa vanilla sahaja.

Bahan C - Jika tidak ada butterol, gunakan sahaja marjerin. Dan jika tidak ada liquid bread improver, gantikan dengan serbuk penaik lain.

Jika suka, tambahkan sedikit pewarna kuning supaya doh mempunyai warna yang cantik.

Cara:
1. Campurkan semua Bahan A di dalam mangkuk pemukul.
2. Masukkan Bahan B ke dalam campuran Bahan A dan pukul menggunakan kelajuan perlahan selama 1-2 minit.
3. Tukar kepada kelajuan sederhana, dan kemudian masukkan Bahan C. Pukul lagi selama 5-6 minit sehingga adunan menjadi licin.
4. Keluarkan adunan donut, dan biarkan ditutup untuk rehat selama 30 minit.
5. Ratakan adunan donut setebal 2cm menggunakan kayu penggelek, dan taburkan sedikit tepung gandum di bawah dan permukaan adunan.
6. Tutup dengan plastik dan rehatkan seketika.
7. Buka plastik penutup dan angkat adunan tadi dan kembalikan semula ke tempat asal. Adunan akan menjadi mengecil sedikit.
8. Gunakan acuan donut untuk menerap bentuk yang dikehendaki.
9. Susun di atas dulang yang telah ditabur dengan sedikit tepung.
10. Biarkan donut kembang sehingga menjadi 2 kali ganda.
11. Goreng sehingga kuning keemasan menggunakan api sederhana panas.

Peringatan: Sekiranya mesin pemukul anda bersaiz kecil, buat separuh adunan sahaja kerana doh tidak akan menjadi dengan sempurna sekiranya adunan terlalu banyak.

Resipi Topping:

Kredit:KakAmie Little Kitchen

Cheesy Cheese Doughnut

1)Bahan untuk topping:

250 gram coklat putih
250 gram keju cheddar (jika tidak ada tidak mengapa)
100 gram keju parmesan
150 gram UHT cream

Cara:
1. Coklat putih dicairkan secara double boil bersama UHT cream.
2. Parut keju parmesan - (boleh gunakan serbuk keju parmesan)

2)Bahan untuk filling:
250 gram krim keju
80 gram gula icing
40 gram UHT whipping cream

Cara:
1. Putar krim keju dengan gula icing sehingga lembut.
2. Masukkan krim putar (UHT whipping cream) dan gaul rata.

Nak isi filling dalam donut,
i)tebuk dan lubangkan donut
ii)kaksue guna kayu chopstick shj tebuk dgn hati2 yea
iii)kemudian,pipe kan filling yang kita letak dlm plastik yg dah di gunting ke dalam lubang yg dah kita buat tadi.harap korang boleh faham yea

3)Topping coklat
-hanya perlu double boiler white choc or dark compound choc kemudian celup dan hiaskan donut gemoks anda dengan taburan kesukaan anda

Contoh:badam/hirisan kacang/ore0/cornflakes dan lelain

Tips Untuk dapatkan donut gebu:

1.pastikan uli doh licin dan tak lembik
2.timbang dan bulatkan dengan licin.Rounding elok2 time ni,klu rounding tak cantik so ms goreng pun jd tak brapa cantik
3.donut ni jangan overproof,time bila ready nak goreng kena cek.doh ringan tp tak melekat bila kita angkat donut untuk goreng.Kita boleh timang2 atas tgn kita.
4.donut jgn bagi kena tepung permukaan dia tu klu nak donut licin cantik lpas goreng.Klu kena tepung tekstur kulit donut kasar.
5.Goreng donut guna api perlahan,panaskan minyak dan bebetul pns br goreng ye tp api kecik jer.jgn buka api dapur mcm nak bakar hutan.hihi
6.masa goreng perhati jangan main facebook ye dan terbalik donut tu 2x jer jgn byk kali.dan jgn suka usik2 donut dlm kuali.
7.angkat dan sejat serta sejukkan
8.dan suam2 kuku br salutkan gula or any topping.jgn salutkan gula time panas.Nanti cair gula nya nanti.

Tips lagi:

1)Guna gula kastor halus boleh beli di bakery biasa
2)Nak donut sedap letak esen vanila dan butter oil atau butter compound
3)Ketika goreng boleh letak sesudu or dua sudu shortening dlm minyak utk elak donut serap minyak.Saya pun baca tips org bagi.tak letak pun ok jer.
4)Guna saf instant yis lbh ok dari mauripan sbb kurang skit bau-tp terpulanglah pilihan masing2.

5)boleh guna improver superbake/bakerine plus dan lelain-(saya tak jual,just cadangkan)

6)guna coklat beryls klu nk sedap or apa2 brand.terpulang pd taste masing2.

7)Resipi Donut lebih kurang sahaja,boleh guna mana2 resipi ikut selesa yang penting practice dan buat,tak jadi buat lagi.buat sampai jadi tau.dan pastikan teknik pun betul,boleh blajar dgn cikgu2 yg buat PJJ.terpulang pd poket masing2.kaksue sekadar layan hobi shj.hihi.

Jadi selamat mencuba dan share lah yea

P/s:pilih mana2 resipi yang berkenan.

Sumber resepi : Suhasnida Ismail #mahn

KUIH CARA BERLAUK

Utk kuih cara:
2 cawan tpg gandum
3 1/2 cawan santan sederhana pekat (sy buat 2 cawan air + 1 1/2 cawan santan kara)
1 biji telur 
Garam & pewarna (sy guna serbuk kunyit)

**Blend je semua pastu tapis

Utk daging cincang:

200 gm daging cincang (sy guna daging ayam)
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kering yg dh di blend
Garam,gula & serbuk perasa (sy guna cukup rasa tp ckit je 😊)
Tumbuk atau blend bawang putih,bawang merah dgn udang kering,pastu tumis sampai naik bau. Serbuk kari dgn cili jadikan pes. Bila bhn tumisan dh wangu masukkan pes serbuk kari & cili tadi. Bila dh garing masukkan daging cincang. Sy slalu tambahkan air ckit nk bg betul2 masak.